Photobucket

Hitam Putih Kehidupan




Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

by sheila majid

Monday, September 19, 2011

GAMBARAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

Di bawah ini adalah gambaran manusia-manusia yang berdosa di padang mahsyar. Semoga menginsafkan kita semua. Allahualam.

MANUSIA BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

MANUSIA BERWAJAH BABI
Suka memberi dan menerima rasuah

MANUSIA YANG BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

MANUSIA YANG PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat dan kebajikan yang dilakukan kepada orang
lain.

MANUSIA YANG MEMPUNYAI TUBUH MENGALIR NANAH DAN DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu dan mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri
tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

MANUSIA YANG BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

MANUSIA BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

MANUSIA BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

MANUSIA YANG RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba seperti golongan yang digelar along atau ceti

MANUSIA YANG TIDAK BERTANGAN DAN TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti atau menyusahkan jiran sekeliling

MANUSIA YANG WAJAH DAN BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat dan lalai dalam solatnya hingga sering terlupa
rukun


PERUTNYA DIPENUHI ULAR DAN KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap
perniagaan dan lain-lain zakat

MANUSIA YANG BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

MANUSIA YANG TIDAK BERLIDAH DAN DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

MANUSIA YANG BERJALAN KAKI KEATAS DAN KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MANUSIA YANG MUKA HITAM DAN PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK DAN KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS DAN AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak atau segala jenis benda yang menghayalkan
seperti dadah dan lain-lain.

Sunday, June 6, 2010

RESEPI PUDING


Aneka Puding

1. Puding Jagung


Bahan-bahannya
1 liter susu segar
150 gm gula
130 gm tepung kastard
1 ½ tin jagung

caranya
  • Didihkan 750cc susu bersama gula di dalam periuk. Ketepikan.
  • Masukkan 250cc susu ke dalam tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  • Campurkan adunan kastard bersama susu mendidih dan kacau hingga pekat. Masukkan jagung dan kacau adunan lagi. Padamkan api.
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan hingga beku.

2. Agar-agar Marble


Bahan-bahannya
4 sudu besar tepung kastad
½ cawan susu cair
125 gm mentega
6 gelas air
1 bungkus agar-agar
5 biji telur
1 mangkuk kecil gula
Sedikit serbuk koko



Caranya
  • Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula.
  • Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar. Pukul telur dengan mentega sehingga kembang.
  • Setelah itu masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
  • Setelah itu tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi kemudian kacaukan hingga rata. Sesudah sebati dan kelihatan agak pekat bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  • Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan.

3. Agar-agar Pisang


Bahan-bahannya
100 gm pisang lemak manis-dilecek
10 gm agar-agar serbuk
150 ml susu rendah lemak
30 gm kastard
800 ml air
100 gm kismis
5 ml esen vanilla



Caranya
  • Agar-agar dimasak dengan air hingga mendidih.
  • Masukkan pisang, esen vanila, adunan susu kastard dan masak hingga kelihatan berkilat.
  • Masukkan kismis dan biarkan mendidih di atas dapur hingga kismis kelihatan kembang barulah dituangkan ke dalam acuan.
  • Bekukan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

4. Karamel


Bahan-bahannya
Bahan A (puding)
250 ml susu sejat
250 ml air
3 biji telur
4 sudu besar gula pasir
1½ sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B (gula hangus)
125 gula pasir
4 sudu besar air



Caranya
  • Satukan bahan (B) dalam periuk. Masak hingga pekat dan kekuningan. Tuangkan sirap ini ke dalam mangkuk kecil. Ketepikan.
  • Bahan (A): Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula kastor dan pukul lagi. Tuangkan susu sejat, air dan esen vanila. Kacaukan hingga sebati.
  • . Kemudian tuangkan adunan ini kedalam mangkuk yang berisi gula hangus. Bubuhkan sedikit margerin di atasnya.
  • Kukus di dalam pengukus selama 20 minit.

5. Puding Batik


Bahan-bahannya
600 gm biskut marie (pecahkan 4)
250 gm mentega
5 sudu besar koko
5 sudu besar milo
1 cawan gula
½ tin susu pekat
1 camca kecil esen vanila
5 biji telur (pukul sampai kembang)
1 cawan air



Caranya
  • Kesemua bahan-bahan di atas (kecuali biskut) dicampurkan, masukkan ke dalam periuk & dikacau selalu. Kecilkan api sedikit, kacau lagi sampai pekat.
  • Kemudian bila sudah masak, tuangkan ke dalam bekas yang sebelumnya diatur biskut marie di dasarnya.
  • Tekan-tekankan adunan agar bahan-bahan tersebut mampat & biarkan seketika.

6. Puding Kastard


Bahan-bahannya
20 gm agar-agar
1000 ml air
300 gm gula pasir
4 camca besar tepung kastard
400 ml susu cair
4 biji telur
300 gm mangga ranum (dikisar halus)
½ camca teh esen vanila
Pewarna merah



Caranya
  • Masak agar-agar bersama air di dalam periuk di atas api sederhana hingga agar-agar larut.
  • Masukkan gula pasir, kacau hingga ia larut. Asingkan 500 ml agar-agar, bubuh di dalam periuk lain di atas api kecil.
  • Kacau tepung kastard bersama susu cair dan telur di dalam mangkuk hingga ia sebati. Bahagikan ia dua bahagian.
  • Tuang sebahagian kastard di dalam agar-agar pertama, kacau hingga ia sebati. Tuang ia di dalam acuan pilihan. Biar ia keras sedikit.
  • Tuang baki kastard di dalam baki agar-agar tadi, kacau hingga sebati. Masukkan puri mangga bersama esen vanila dan pewarna merah. Jerang hingga ia mendidih.
  • Tuang agar-agar bermangga di atas agar-agar lapisan pertama tadi. Biar ia keras.

7. Puding Keju Kopi Bersama Mangga


Bahan-bahannya
1000 gm keju krim (cream cheese)
300 gm gula
500 ml krim segar
30 gm serbuk gelatin (dicairkan dengan air)
300 gm perasa kopi
60 gm mangga masak
30 gm buah kiwi
30 gm buah strawberry



Caranya
  • Pukul keju bersama gula sehingga kembang, masukkan gelatin perlahan-lahan diikuti dengan krim segar dan perisa kopi.
  • Masukkan adunan tadi kedalam acuan dan sejukkan didalam peti sejuk.
  • Hidangkan diatas pinggan dan dihiasi dengan kepingan coklat, mangga, kiwi dan strawberry mengikut citara sendiri.

8. Puding Laici
Bahan-bahannya


25 gram agar-agar
1 biji kelapa (diambil 2 cawan santan)
½ kg gula
3 biji telur (dipukul)
2 sudu besar tepung kastard
1 tin buah laici (dicincang)
5 cawan air
Sehelai daun pandan
Pewarna (ikut suka)



Caranya
  • Agar-agar dimasak dengan 5 cawan air. Masukkan daun pandan untuk mewangikannya.
  • Apabila air telah mendidih, masukkan gula dan biarkan ia larut, kacau selalu.
  • Kemudian, apabila larutan agar-agar sudah pekat, masukkan tepung kastard berserta santan dan telur dan juga buah laici yang telah dicincang dan kacau sehingga sebati. Selepas itu, bahagikan kepada 3 bahagian dan titiskan pewarna merah, kuning, dan hijau.
  • Masukkan ke dalam acuan atau bekas yang disukai. Biarkan ia beku dan sejukkan sebelum dihidangkan.

9. Seri Kaya Pisang


Bahan-bahannya
1 kg pisang berangan
500 gm gula melaka
3 cawan santan
10 biji telur
5 kuntum bunga cengkih
3 helai daun pandan



Caranya
  • Pisang dibuang kulit dan dipotong kecil-kecil. Masukkan pisang ini ke dalam loyang dan dikukus hingga masak.
  • Satukan gula melaka, santan, bunga cengkih dan daun pandan. Mask hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
  • Tuangkan santan dan bancuhan telur ke dalam loyang tadi hingga rata. Kemudian kukus lagi selama 20 minit.
    Sejukkan sri kaya ini sebelum dipotong.

10. Puding Roti Berkastad


Bahan-bahannya
2 liter susu segar
200 gm gula kastor
100 gm tepung kastad LADY'S CHOICE
20 biji telur
4 buku roti sandwich-dipotong kiub
200 gm kismis
200 gm badam-dihiris halus



Caranya
  • Masak susu, gula dan tepung kastad hingga gula larut. Sejukkan. Campurkan adunan susu tadi ke dalam bekas berisi telur yang telah dipukul sederhana. Kacau rata.
  • Setelah sebati, tapis dan tuangkan ke dalam acuan yang berisi roti, kismis dan badam. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'c selama 45 minit. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

Monday, May 31, 2010

AURAT WANITA MENURUT AL-QURAN DAN HADIS

Isnin - 31MEI 2010



Dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.selawat dan salam buat Rasul junjungan saw.


1. Bulu kening — Menurut Bukhari,
"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki)
—"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki. * kalau antunna ada pakai rantai tangan or gelang kaki, elakkan pakai yg ada loceng ( bunyi-bunyian).

3. Wangian —
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada —
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31 * tudung juga hendaklah tidak jarang yg boleh menampakkan leher ataupun rambut. (refer point no 6) Berfesyen tidak dilarang dalam Islam selagi mana ia tidak melanggar syara'.. Islam itu indah

5. Gigi —
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher —
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan —
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.* sekarang ni dh ade handsock..(byk dijual kt kedai2). InsyaALLAH, kita cuba pelan2. Walaupun rasa agak rimas pakai for the 1st time, but sooner kita akan rasa selesa n tenang sbb aurat dh terjaga.

8. Tangan —
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata –
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.
**(jaga suara..em..cakap bila perlu sahaja)

11. Kemaluan -
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31. "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian —
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang ukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.



ANTARA LAIN YANG PENTING BUKAN SEKADAR MENJAGA AURAT :
HATI - Jagalah hati kita supaya sentiasa dalam keadaan yang bersih. Memikirkan perkara2 yg maksiat boleh melemahkan hati kita sedangkan muslimah perlulah mempunyai hati yg kuat & kental utk pertahankan keizzahan diri. Elakkan zina hati, ( teringatkn kekasih hati n fikir perkara2 maksiat ). Perbuatan zahir kita akan terbias dari hati kita.
**(hati paling susah mahu dijaga,apapun itu antara kita dan Allah.jaga hati hiasi peribadi semoga menjadi muslimaH dambaan umat yang sejati.fahami maksud "MUSLIMAH" iaitu mengikut suruhan Allah dan meninggalkan laranganNYA)

NILAI TUDUNG WANITA

31 MEI 2010

Nilai Tudung Wanita


Menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

ADAB BERPAKAIN


ISNIN - 31 JUN 2010



Adab Berpakaian Menurut Islam

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.

ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat
TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza
MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." ・(Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)

7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." ・(al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas
TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.
Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

10. Mulakan sebelah kanan
APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian
APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".

12. Berdoa
KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.
"Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

KESALAHAN PAKAIAN WANITA ISLAM MASA KINI
































































































Keindahan Islam juga terletak kepada pakaian seseorang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...