Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 8, 2009

Ex-SMGRian dan selebriti

Hasnida Hanim Ahmad Kamil

Wahid Senario merupakan ex-SMGRian yang melibatkan diri dalam bidang hiburan, bukan yang pertama kerana sebelum ini Zul (senior aku, tak ingat dia batch tahun berapa) pernah menjadi gitaris untuk kumpulan rock Teja (yang popular dengan lagu Kau Yang Tak Mengerti). SMGR memang telah melahirkan ramai bintang yang lazimnya terlibat dalam bidang sukan terutama bolasepak antaranya seperti Mohd Faris bin Ahmad (ex-SMGRian 91) yang pernah bermain untuk pasukan Perak dan Negeri Sembilan sedikit masa yang lalu dan juga Shamsul Saad (ex-SMGRian 92).

Selain daripada Wahid Senario, turut menjadi selebriti adalah pembaca berita sukan TV3, Hasnida Hanim Ahmad Kamil yang merupakan ex-SMGRian dari tahun 1993 - 1997. Menurut info yang aku dapat daripada media, Hasnida Hanim pernah menjadi pesilat negeri Perak dan pernah mewakili Perak sewaktu SUKMA di Penang pada tahun 2000. Hasnida Hanim melanjutkan pelajaran di UiTM dan memperolehi Sarjana Muda Sains Sukan. Dia baru sahaja melansungkan perkahwinannya pada 21 Jun yang lepas.

Arash Mohamad bersama isterinya Noor Afidah Wati

Ex-SMGRian kedua yang aku kesan bukanlah seorang selebriti sebaliknya mempunyai pertalian dengan seorang selebriti. Noor Afidah Wati @ Fid yang telah melansungkan perkahwinan dengan pelakon Arash Mohamad adalah ex-SMGRian 1992 - 1996.

Sekiranya anda mempunyai maklumat terbaru mengenai ex-SMGRian tidak kira batch tahun berapa pun, sila maklumkan di sini.

*Gambar Hasnida Hanim Ahmad Kamil img source : Harian Metro

*Gambar Noor Afidah Wati img source : Kosmo Online

3 comments:

~Kpop FanFiction~ said...

assalamualaikum,ni bekas SMGR ke?
kenal mak saya tak?

~Kpop FanFiction~ said...

assalamualaikum,ni bekas SMGR ke?
kenal mak saya x?

Zairul Salleh said...

Ya, saya memang bekas pelajar SMGR, maknya siapa?