Tuesday, January 3, 2012

Hudud : Guan Eng Ancam Kepimpinan Pusat DAP Akan Letak Jawatan! >> Sunday, September 25, 2011 Isu Hudud semakin panas nampaknya apabila, DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat. Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan. Menurut laporan Star Online hari ini, Lim menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan. Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu. “Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan,” kata beliau. Dalam hal ini PAS kena tegas jangan sampai di baculkan sekali lagi oleh DAP kafir ni!! Posted by Bro Jinggo at 10:01 PM

No comments:

Post a Comment