Jumaat, 17 Mei 2024

Nama

 NAMA MELAYU


Catatan menunjukkan nama orang Melayu dulu-dulu asalnya adalah daripada perkataan2 Melayu harian spt Buyong, Itam, Putih, Golok, Panjang, Bulat dsbnya. Yg perempuan pula biasanya mengambil nama bunga spt Melati, Kemboja, Kenanga, Tanjung dsbnya. Nama2 ini boleh dieja dgn sistem tulisan Pallava dan bunyinya tepat spt sebutan.


Perubahan masa dan pengaruh Arab serta Islam kemudiannya menyebabkan orang2 Melayu mengambil nama Arab. Maka datanglah nama2 spt Hasan, Husin, Ahmad, Muhammad, Ali, Mustofa, Siti Aminah, Khodijah, Rofeah dsbnya. Sistem ejaan Pallava tidak mampu membawa bunyi yg tepat. Mustofa umpamanya dieja Pallava berbunyi Muntopa, Qosim berbunyi Kesim.


Maka orang Melayu mengambil sistem ejaan Arab kemudian diMelayukan dgn penambahan beberapa huruf supaya sesuai dgn bunyi Melayu spt cha, pa, nga, nya dll. Sistem tulisan ini disebut Jawi.


Lama2 org Melayu semakin kreatif mencipta nama mereka. Ada yg digabung2 dgn nama Arab dan nama etnik lain. Kdg2 digabung tanpa makna yg baik. Umpamanya Muhammad Himar (keldai), Hawiah (nama neraka) dll.


Ada juga nama yg tidak menggambarkan jantina (nama unisex) spt Zaini, Roslin, dsbnya yg boleh utk lelaki dan boleh utk perempuan. Ada yg tambah Mohamad Zaini maka jadilah lelaki dan Noor Zaini jadi perempuan.


Dulu2 pendaftaran nama anak dibuat di balai polis. Masa itu ramai bapa dan atok yg tak pandai menulis. Jadi bergantung kpd polis utk menulis. Itu yg jadi macam2.


Kawan saya namanya Amran tapi dieja Amaran oleh polis. Seorang lagi kawan saya org Melayu totok tapi namanya Ngajijah binti Sungib. Katanya polis tu yang Jawa. Sepatutnya namanya Azizah bt Shuib.


Ada seorang lagi bapa saudaranya sengau. Dia pergi daftar nama. Sepatutnya Lokman, dah jadi Okwan. Ada juga yg atoknya terkejut sbb disergah polis Benggali. Sepatutnya nk namakan Ani. Disergah polis langsung lupa lalu disebut Anu. Bila dah sekolah baru diubah nama jadi Anu @ Ani binti Abdullah.


Kawan saya seorang lagi di sekolah dulu namanya Muhammad Saja bin Ibrahim. Katanya polis tanya bapa saudaranya nak namakan apa? Dijawab Muhammad. Polis tanya lagi Muhammad apa? Dijawab Muhammad Saja. Dah ditulisnya Muhammad Saja.


Ada seorang tu saya pernah jumpa namanya Pukaih. Saya tanya dia kenapa pelik sangat namanya. Dia jawab atok dia yg pergi daftar. Atok dia jenis suka melatah. Tengah nk bagi nama siren balai polis bunyi. Dia terkejut dan sebut 'pukaih'. Langsung nama cucu ditulis Pukaih bin Ismail.


Jadi bila nama dah jadi mcm2 org pun salahkan polis. Sekarang polis dah tak mau terlibat. Mereka suruh ibu atau bapa tulis sendiri nama anak.


Apa ada pada nama? Nama adalah lambang keperibadian. Nama adalah doa. Maka berilah nama yg baik-baik...


Oleh FB Abdul Muati Ahmad

Ahad, 12 Mei 2024

Tuek

 Pada suatu hari, selepas mesyuarat, saya  ke tempat letak kereta dan meraba-raba poket saya untuk mendapatkan kunci kereta saya.  Tiada dalam poket saya!  Tiada dalam beg bimbit saya!  Aah.. sudah. 

 Saya bergegas kembali ke bilik mesyuarat untuk mencarinya, tetapi tidak ditemui…


 Tiba-tiba, saya teringat bahawa saya mesti dah tinggalkan kunci saya di dalam kereta.  Suami saya telah berpesan berkali-kali supaya berhati-hati agar tidak meninggalkan kunci saya di pintu kereta ... Saya segera bergegas ke tempat letak kereta, tetapi perkara yang mengerikan berlaku: kereta itu hilang!


 Saya segera menghubungi polis dan memberitahu mereka di mana saya berada, warna kereta, nombor plat, tempat saya meletakkan kereta...dll.  Akhirnya, saya mengaku cuai dan tertinggal kunci di dalam kereta...


 Kemudian, saya dengan berat hati menelefon suami saya dan memberitahunya: Saya meninggalkan kunci saya di dalam kereta, dan kereta itu telah dicuri!


 Suami senyap agak lama ... Saya fikir panggilan telah diputuskan.  Kemudian, saya mendengar suara marahnya: "Bodoh!"  dia menjerit, "Saya yang memandu awak ke sana tadi!"


 Kini, giliran saya pula untuk diam.. Saya malu, tetapi saya juga sangat gembira kerana kereta itu tidak hilang.  Saya berkata: "Baiklah, sila datang dan jemput saya!"


 Dia menjerit lagi: "Boleh.. boleh! Tetapi awak perlu meyakinkan polis bahawa saya bukan pencuri dan tidak mencuri kereta awak. Saya kena tahan di balai sekarang! Macam mana saya nak ambil awak?"


 Ini ialah novel mikro yang memenangi anugerah "Tanda-Tanda Penuaan" pada Mac 2023. Tolong jangan hanya ketawa diam-diam sendirian, majukan kepada saudara dan rakan anda, dan kongsikannya dengan rakan kumpulan!


Kita dah tua..

Isnin, 6 Mei 2024

H ketam

 Nak cerita pengalaman minggu lepas. Saya pengguna kereta H. Sejak tahun lepas,mmg ada masalah bayaran bulanan memandangkan bisnes online sy drop teruk.. ada bulan ok ada bulan senak.


4tahun lebih dah pakai masuk tahun ni. Isnin minggu lepas,sedang bersantai2 depan tv dgn anak bini,tiba2 ada repo dtg sayup2 depan pagar rumah. Terkejut la kami laki bini. Saya acah acah tenang. Bisik kt bini "org tarik kereta dtg" 


Saya keluarlah. Discuss dgn repo. India. Besar. 2orang. Sy taknak jiran kiri kanan tahu. Jd berborak dgn dia pun santai. Slow talk. Repo pun faham. Dia pun slowtalk je.. Sedang settle menyetel,bini keluar. Masuk campur. Terus kecoh mcm nk gaduh. Padahal repo tadi,rilek je discuss dgn sy. 


Sy mintak izin repo utk masuk kejap.bincang dgn bini. Bini call public bank utk double confirm. Sy pula call kwn utk mintak nasihat.. Settle call,bini dh nangis2. Sy tetap slowtalk dgn dia. "Ujian kita ni b,takpe la,bg je kereta kt dia" 


Sy keluar semula,ajak repo masuk kereta. Bincang lagi. Repo dgn sy dh mcm kwn la pulak. Sbb nk kan ketenangan dan taknak jiran tahu. Repo ni mmg betul nk jaga air muka kita dgn jiran..  Repo nk nego dgn sy,"kalau settle tepi,kereta boleh tak ditarik". Tp repo lagi sorang ni,bz call bank. Nk confirmkan dgn bank ,wife ada ckp apa2 tak dgn bank. Yg repo lg sorang masih nk offer itu ini..tampal sticker la itu la ini la hahaha.. sy ckp sy nk bayar bank pun tak mampu,lagi nk bayar u😅Sy taktau pun apa maksud dia pd mulanya. Dia ckp kalau nk settle tepi taknak kena tarik,bayar dia Rm1800. 


Dtg semula repo yg bz call bank td kata "wife u sudah ckp kita(repo) mau cas rm1500 utk tarik. Lalu,offer repo utk settle tepi tadi,takdpt la dilakukan.. terpaksa la juga sy serahkan kunci pd mereka dan mereka beransur..


Masuk semula kerumah,wife masih nangis.gigil2 tangan. Sedih sgt la kot. Kita ni lelaki. Koyak mcm mana pun takkan nk tunjuk kt wife. Kami pun berhuhuhu dalam sejam dua mcm tu. 


Sy contact kwn sy yg sy call tadi. Sudi tak terima "pajak barang" memandangkan sy ada beberapa koleksi item yg harganya lebih tinggi dr nilai sy nak pinjam dia. Kwn sy pun offer "ko pakai je la dulu,ko tengah susah" tak lama kemudian,dia transfer pd sy Rm6000. Barang koleksi belum lg dipass pd dia. (Total brg ni lebih Rm10k jika dijual) 


Dan kami,laki bini pergi la ke public bank utk settlekan. Sampai bank,kena naik tingkat atas kejap turun bawah kejap naik atas lagi itu ini dan habiskan masa dlm 2jam mcm tu. Oh ya,masa ni kami guna kereta 2nd kami saga utk kesana. Sy terkejut,bila sy kena bayar cas towing hanya Rm750 sahaja berbanding "settle tepi tadi yg rm1800".. dan bayaran 2bulan 21hari tertunggak Rm3363 (termasuk bulan ni) dan Rm150+70 (cas bank dll).. selesai la urusan kt bank. Kami bergerak pula ke store untuk ambil kereta.


Store simpan kereta ni kat johor jaya. Tmptnya mmg menyeramkan ye. Tanah lapang yg penuh lalang dan ada pagar zink je. Jengah kat dlm ada beratus motor/kereta yg belum dituntut. (Terus terdetik: susah2 aku bayar kereta ni,ramai lg yg susah😭) kat store ni,rasanya ada dlm 30minit juga tggu turn dpt kunci,kemudian kena bayar cas Rm10 kt store tu. Walhal,belum sehari pun letak kereta. Bayangkan mereka yg tak tuntut tu,berapa dah kena bayar kt store? Belum lagi cas tarik kereta itu ini. 


Sepanjang perjalanan selepas dpt Rm6000 dr kwn sy tadi,,semua sy update gambar/info kt dia demi menjaga kepercayaan dia terhadap sy. Selesai je dpt kereta,kami pulanglah kerumah.. sampai je rumah,tanpa membuang masa,sy terus minta kwn sy td tu uruskan utk "JUAL KERETA SAYA" .. memandangkan dia agent jual kereta (jenama lain).. so sy anggap je dia tahu selok belok jual kereta ni.. 


Selang beberapa hari,kwn sy update,kereta dah dpt beberapa offer harga utk dibeli dr beberapa used car termasuk Carsome. Dan offer harga tertinggi adalah dari Carsome. Sy pun bersetujulah utk surrender dan serah kereta..


Isnin kelmarin,org Carsome dh dtg ke rumah sy utk thumbprint tukar nama dan sebagainya. Lalu,diserahkan kunci secara "rela" pada tarikh tersebut 29/April 2024. Lagi sekali nmpk wife sy menangis.. (terus tertanam tekad,aku nk naikkan balik bisnes ni jadi mcm dulu)


Tamatlah sudah "serabut bulanan saya" selama hampir setahun sejak tahun lepas walaupun ianya adalah first archivement saya yg sy sayang.. alhamdulillah,kereta dapat dijual tinggi,dan dapat cash sikif selepas Carsome buat settlement baki dgn Public Bank. Cash tu nak bayar semula Rm6k kwn sy tu dan balance sy nak rolling utk bisnes sy akan dtg. Tak give up,sbb bulan puasa dan hingga harini,flow bisnes saya "tengah okay".. 


PENGAJARAN : 

PERTAMA: janganlah beli kereta "mewah" kalau takda deposit tinggi. Sy beruntung masa sy beli dulu,sy letak deposit tinggi,jadi bulanan sy rendah. Kalau deposit sy rendah dulu,rasanya kereta tu setahun je sy mampu bayar. 


KEDUA: jangan percaya "settle tepi" dari mana2 penarik kereta ataupun apa apa "settle tepi" sbb itu dh dikira "rasuah" yg dh terang2 haram disisi agama islam.


KETIGA: elakkan perempuan/isteri/mak dlm diskusi yg sebenarnya tenang dan yg boleh membuatkan isu yg boleh settle elok2 jadi tegang dan kecoh..


KEEMPAT: jangan tangguh hutang. Jangan lewatkan hutang.. public bank ni kira baik,sy punya interest naik sikit je sejak tahun lepas walaupun byk skip skip..


KELIMA: jual je laa kalau dah setahun nampak mengorek mengais tak mampu tu,,nak dibela buat apa lagi... kalau org tanya kenapa jual? Ckp je kereta dah tak sedap bawak ataupun "jodoh sampai situ je"


KEENAM: respek org yg menjalankan tugas masing2.. baik repo/baik org bank/baik sesape pun. Semua kerja.. kita yg berhutang ni,patut malu sbb org menagih hutang mereka😔


BYE BYE HONDA KETAM &  TERIMA KASIH SUDI BACA LUAHAN INI.. 


-3.20am 1mei2024- 

tak boleh tidur sbb tengah leka baca kesah org dlm group ni. Kredit :- Anonymous Participant di Muflis Bangkrup di Malaysia.

Khamis, 25 April 2024

EPF Sejahtera

 BM


Penstrukturan Semula Akaun KWSP Untuk Menangani Keperluan Kitaran Hayat Ahli

Kongsi


Date: 25 Apr 2024

Penstrukturan Semula Akaun KWSP Untuk Menangani Keperluan Kitaran Hayat Ahli


KWASA DAMANSARA, 25 APRIL 2024: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli. 


Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut: -

•  Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;

•  Akaun Sejahtera untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan

•  Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.


Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Encik Ahmad Zulqarnain Onn berkata, “Fokus utama inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini adalah untuk memperkasa ahli dalam membuat keputusan bagi mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan mereka kelak.”


 


Mekanisme Penstrukturan Semula Akaun KWSP


Pada 11 Mei 2024, semua akaun KWSP ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga (3) akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar. 


Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut: 75% ke dalam Akaun Persaraan, 15% ke dalam Akaun Sejahtera dan 10% ke dalam Akaun Fleksibel.


Antara 11 Mei 2024 dan 31 Ogos 2024, ahli diberi pilihan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera mereka (sebelumnya Akaun 2) sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel. Sekiranya ahli tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera. 


Akaun Fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas tarikh pelaksanaan. Sekiranya ahli membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel dan akaun-akaun yang lain (jika berkenaan) adalah berdasarkan jumlah baki yang terdapat dalam Akaun Sejahtera ahli tersebut pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh ahli. Kaedah pindahan adalah mengikut pecahan seperti di bawah:


 


Baki dalam Akaun Sejahtera adalah RM3,000 dan ke atas

Pindahan akan dibuat seperti berikut:

•  Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel;

•  Lima per tiga puluh (5/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan; dan

•  Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.


 


Baki dalam Akaun Sejahtera adalah kurang dari RM3,000


Pindahan akan dibuat seperti berikut:

•  Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel. 

•  Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.   


Perbezaan dalam kaedah pengagihan ini adalah untuk membolehkan ahli yang mempunyai baki simpanan yang rendah untuk turut mempunyai jumlah permulaan yang bermakna dalam Akaun Fleksibel mereka. 


Ringkasan pindahan amaun permulaan adalah seperti berikut:




Ahli boleh membuat pilihan untuk pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel sebanyak satu (1) kali sahaja bermula daripada tarikh kuat kuasa sehingga 31 Ogos 2024, di mana selepas ini pilihan ini tidak boleh dibatalkan. Ahli yang ingin memanfaatkan pilihan ini boleh mengemukakan permohonan mereka melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau Self-Service Terminal yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.


Encik Ahmad Zulqarnain menambah bahawa “Inisiatif ini bukan sekadar tindak balas KWSP terhadap keperluan semasa, tetapi merupakan langkah proaktif untuk membantu ahli menghadapi perubahan landskap pekerjaan dan demografi penduduk serta keperluan kitaran hayat ahli KWSP. Dengan penambahbaikan ini, KWSP berusaha untuk memastikan setiap ahli KWSP dapat menguruskan kewangan mereka dengan yakin dan berdaya tahan dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar ini.”


 


Pengeluaran Akaun Fleksibel 


Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50. Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara. Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.


Akaun 55 dan Akaun Emas


Seperti amalan sediakala, kesemua simpanan dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel ahli yang telah mencapai umur 55 tahun akan disatukan ke dalam Akaun 55. Caruman baharu yang diterima oleh ahli mulai umur 55 tahun akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas. 


Ahli boleh mengakses sistem sepenuhnya pada 12 Mei 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP, ahli boleh mengunjungi mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara atau merujuk kepada laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau melalui KWSP i-Akaun.

 


Dikeluarkan oleh Media Desk KWSP

Jabatan Hal Ehwal Korporat

25 April 2024

Khamis, 18 April 2024

Budi bicara

 Berhati-hati bila berkata-kata…


“kalau takde duit tak payahlah order makan macam².!!”


1 kedai dengar tokey kedai tu sound pakcik ni dengan family dia.


Pakcik tu dengan makcik,4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa.


"Menantu saya tak dapat dihubungi,dia yang suruh makan kat sini..."


"Itu hal awaklah,habis tu takkan dah makan taknak bayar...rm259 ni"


Ah kacau, dah jadi drama plak kat restoran tu,pelanggan² lain dah mula bergosip,ada yang buat tak tahu...


Aku tengok pakcik tu punya muka macam malu yakmat...


Tadi aku tengok masa makan² family dia happy sangat...dan ada terdengar sorang budak kecik tu cakap...


"Mana baba atuk? Rindu nak jumpa baba..."


Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi..call pun tak angkat²...


Tadi aku tengok 1 family ni sampai kat restoran pun pakai van vanete lama...masuk restoran pun,tengok yang kecik² tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar...


Keluarga baik2 ni, tak sanggup aku tengok diaorang dimalukan...


"Makcik, kira saya punya dulu, saya nak cepat ni"


Panggil aku kat tokey kedai yang tengah hot tu yang berdiri kat meja pakcik tu...


Tokey kedai datang kat aku... "20 dik"


"Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat makcik minta maaf ngan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni,boleh?"


"Tapi kenapa? Kenapa tak cakap adik je belanja?"


"Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga,makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai,

jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan.


Dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan, sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan² lain akan mula anggap makcik ni tokey restoran yang tak baik.


Nanti mereka akan cerita macam² pasal restoran makcik...


padahal saya tahu makcik orang baik,

dah lama saya jadi pelanggan makcik..

saya taknaklah disebabkan benda macam ni reputasi makcik jatuh dimata orang lain.."


Tokey kedai pun macam tersentap dan sedar kekasaran dia...


Lepas aku siap bayar, aku tengok tokey kedai pergi kat pakcik tu ngan muka senyum², bersalam salaman ngan yang perempuan² kat meja tu..


Terhangguk² kepala masing², tengah minta maaf dan memaafi la tu...


Lepas tu aku tengok pakcik tu bangun tergesa²...semua pun bangun tergesa² menuju ke van mereka dan gerak....


So aku pun bangun dan gerak nak bla...


Tokey kedai follow aku sampai kat luar kedai dan...


"Dik, terima kasih sedarkan makcik, duit makanan keluarga tadi makcik nak bayar balik kat adik, biarlah makcik belanja diaorang...rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu lah menantu dia tak angkat2 call...


Kalaulah makcik terus marah² dia tadi,tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macamana..."


"Sebab itulah saya taknak makcik marah² tadi,sebab setiap masalah tu mesti ada sebabnya...takut kita menyesal kalau tak bersabar..."


"Ni duit rm280 makcik nak pulang semula kat adik,biarlah makcik yang belanja keluarga tu ngan adik punya sekali..."


"Takpe makcik,simpan duit ni untuk bayarkan dan bantu maybe akan ada yang susah atau takde duit nak makan akan datang...carry foward je sedekah ni...semoga jadi asbab pahala mengalir tak putus² kepada kita..."


.

.


Begitulah kawan²,nenek moyang kita pun dah berpesan...


Kalau benci jangan benci sangat...

Kalau marah jangan matah sangat...

Kalau tak suka jangan tak suka sangat...


Bersederhanalah dalam setiap perkara...


Kredit : Fahmi Huzairi