Isnin, 3 Januari 2011

Anak Muda Yang Kecewa - Bah 1

Kisah ini berdasarkan apa yang berlaku ketika aku masih bekerja di sebuah syarikat. tetapi hari ini aku telah meletakkan jawatan di syarikat tersebut kerana ingin melanjutkan pengajian. Ketika aku mula bekerja di syarikat tersebut aku tidak tahu apa-apa mengenai kerja yang bakal aku hadapi dan sehingga aku di hari terakhir ia semakin seronok bagi aku kerana aku memahami apa tugas aku itu.

Bulan pertama aku mempunyai tiga orang dibahagian pengurusan yang mana terbahagi kepada tugas masing-masing. Seorang itu telah diamanahkan sebagai Eksekutif Pemasaran untuk mencari seberapa banyak projek yang akan membantu syarikat pergi lebih jauh. Staf yang kedua sebagai Pengurus Projek yang ditugaskan sebagai Pelukis Pelan dan merancang segala aktiviti yang dikehendaki oleh klien dan ketiga adalah aku sebagai Penyelia Tapak Projek. Tugas aku hanya membantu Pengurus Projek melaksanakan kerjanya.

Seronok apabila aku cuba sesuatu yang baru kerana akau datang ke tempat tersebut masih kosong. Orang putih cakap 'zero knowledge'. Tetapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk bekerja. Aku terus bekerja dengan dua rakan yang tadi. Walaupun kedua-dua staf tadi boleh dikatakan telah berumur, ia juga senior kepada aku untuk aku menimba pengetahuan dalam bidang baru ini.

Selepas sebulan lebih aku dalam syarikat tersebut, datang seorang anak muda yang beza umur dengan aku hanyalah 3 tahun. Aku hormatinya sebagai seorang abang dan dia juga banyak membantu aku selok-belok dalam bidang ini. Pada mulanya aku tidak berapa rapat maklumlah baru kenal. Selepas dia banyak memberi tunjuk ajar, aku semakin yakin dengan kerja yang akan aku lakukan itu.

Maka hari demi hari telah berlalu sehingga tiba bulan ramadhan pula yang menjelma. Keseronokkan aku untuk bersama yang lain tidak bertahan lama selepas 2 ramadhan, dua staf tersebut telah berhenti dari kerja atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Maka tinggal aku keseorang bersama rakan kepada rakan staf yang meninggalkan kerja itu. Aku telah memikul tugas 3 in 1 yang mana semua kerja aku kena buat. Walaupun anak muda itu bersama tetapi dia bukan bekerja dengan syarikat tersebut. Dia hanya sebagai sub sahaja.

Kehulu kehilir aku bersamanya. Anak muda tersebut telah menerima kerja sebagai sub kerja dari syarikat aku. setiap kali tiba waktu rehat, aku keluar makan bersamanya sambil kami berbicara akan suasana negara diselang-seli dengan isu politik tanah air yang berlaku. Rutin itu dilakukan setiap hari jika aku tidak ibuk dengan kerja-kerja aku itu. 

Setelah beberapa bulan dengan kerja yang dilakukan maka siaplah kerja yang syarikat aku beri kepadanya. dia selaku sub kerja mempunyai 3 orang pekerja di bawahnya. Seronoklah para pekerja tersebut kerana akan mendapat bayaran dari anak muda tersebut. Tetapi dalam keseronokkan itu datang pula masalah yang menyulitkan anak muda tersebut...... (sambungan bah 2.. ngantuk la pulak)
Read rest of entry

Ahad, 2 Januari 2011

Rahsia Solat dan Keutamaanya - Bah. 1

Solat itu adalah tiang agama dan tempat berlindung segala keyakinan. Ia juga Penghulu dari segala amal kebaktian dan ketaatan. Semua usul-usulnya (pokok-pokoknya) dan furu'-furu'nya (cabang-cabangnya) telah pun terkumpul di dalam mata pelajaran ilmu fiqh. Di sini kita hanya menyingkatkan pembicaraan kepada perkara-perkara yang perlu saja bagi para pelajar, iaitu membicarakan amalan-amalan solat dan rahsia-rahsia kebatinan solat semata-mata.

Keutamaan azan

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Tiada seorang jin atau manusia atau benda apapun yang mendengar suara pangilan azan itu, melainkan dia akan menyaksikannya di Hari Kiamat kelak."

Sabdanya lagi:

"Apabila kamu mendengar suara azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh muazzin itu sendiri."

Menyahut azan sama seperti kata-kata muazzin itu adalah dituntut dan sunnat, kecuali pada hai'alataini maka hendaklah dijawab dengan kata:

"Tiada daya dan kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah."

Dan pada kata-kata 'Qadqamatis-Solah' dijawab pula:

"Semoga Allah mendirikannya (solat) dan mengekalkannya."

Dan pada kata-kata: 'Ash-Solatu Khairun Minan-naum' pula dijawab:

"Engkau telah berkata benar dan berbakti."

Sesudah azan, hendaklah ia membaca:

"Ya Allah, Tuhannya doa yang sempurna ini, dan juga shalat yang berdiri ini. Kurniakanlah Nabi Muhammad kedudukan yang tinggi serta kehormatan. Dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji (Maqam Mahmud) yang Engkau janjikan baginya."

Keutamaan solat fardhu

Allah berfirman:

"Sesungguhnya solat itu merupakan kewajiban yang ditentukan atas kaum Mu'minin." (an-Nisa : 103)
Rasulullah s.a.w. pula bersabda:

"Solat-solat yang lima dan demikian pula satu Jum'at sampai satu Jum'at yang lain menjadi tebusan dosa antara masing-masing solatnya, selama dijauhi dosa-dosa besar."
Baginda juga pernah ditanya: Apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab:
'Solat pada waktunya."

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq pula berkata: Apabila sampai waktu solat, maka segeralah mendapatkan api yang kamu nyalakan itu seraya memadamkannya .

Keutamaan menyempurnakan rukun-rukun solat

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Barangsiapa menunaikan solat pada waktunya dan melengkapkan wudhu'nya serta menyempurnakan ruku'nya, sujudnya dan khusyu'nya, nescaya solat itu akan terangkat (ke atas langit) dalam keadaan putih dan cemerlang. Ujar solat itu: Semoga Allah memelihara engkau, sebagaimana engkau memelihara aku. Barangsiapa menunaikan solat di luar waktunya dan tiada pula melengkapkan wudhu'nya serta tiada menyempurnakan ruku'nya, sujudnya dan khusyu'nya, nescaya solat itu akan terangkat dalam keadaan hitam legam. Ujar solat itu: Semoga Allah menyia-nyiakan engkau, sebagaimana engkau menyia-nyiakan aku. Apabila ia telah sampai ke tempat yang ditetapkan oleh Allah, maka ia pun dilipat-lipat, sebagaimana dilipatkan baju-baju yang koyak, lalu dipukulkanlah solat itu ke muka orang yang melakukannya."

Keutamaan berjemaah


Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Solat berjemaah itu melebihi solat bersendiri dengan 27 darajat."

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengesan beberapa orang tidak ikut serta dalam jemaah, lalu baginda berkata: Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam solat, kemudian saya pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkannya (solat berjamaah), lalu saya membakar rumah-rumah mereka .

Dalam sebuah Hadis Marfu' yang diriwayatkan oleh Khalifah Usman r.a. dari Rasulullah bunyinya: Barangsiapa yang mengerjakan solat Isya' berjemaah, maka ia seolah-olah mendirikan ibadat sepanjang malam itu .

Berkata Muhammad bin Wasi: Saya tiada menginginkan dunia melainkan pada tiga perkara saja:

(1) Seorang saudara yang apabila saya membuat bengkok (salah), dia akan meluruskan (membetulkan) saya.
(2) Makan dari rezeki yang halal.
(3) Solat dalam berjemaah yang akan diangkat daripadaku semua kelalaianku dan dituliskan bagiku pahala.

Al-Hasan pula berkata: Jangan kamu bersolat di belakang seorang yang tidak sering mendatangi para ulama.

Ibnu Abbas r.a. berkata: Barangsiapa mendengar suara muazzin, sedangkan dia tiada menjawabnya (menurut pergi solat berjemaah), nyatalah ia tiada mencintai kebaikan, dan tentu sekali kebaikan juga tidak akan mencintainya .

Keutamaan sujud

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang Muslim pun yang bersujud kepada Allah sekali sujud saja, melainkan Allah mengangkatkan baginya satu darjat (pahala) dan menghapuskan satu keburukan (dosa)."

Dan sabdanya lagi:

"Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud, maka perbanyakanlah berdoa ketika itu."

Allah berfirman:

"Tanda-tanda mereka ada di wajah mereka tersebab dari bekas (banyaknya) bersujud." (al-Fath: 29)

Yakni cahaya atau nur kekhusyu'an mereka, kerana cahaya inilah yang dikatakan memancar dari batiniah seseorang, lalu terpapar dilahiriahnya.

Kewajiban berkhusyu'

Allah berfirman:

"Dan dirikanlah solat itu kerana mengingatiku." (Taahaa: 14)

Mematuhi perintah itu adalah wajib dan kelalaian dalam solat bertentangan dengan maksud mengingati Allah. Bagaimana seseorang itu dikatakan mendirikan solat untuk mengingati Tuhan, sedangkan ia lalai dan lena dalam solatnya.

Allah berfirman lagi:

"Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai." (al-A'raaf: 205)

"Sebenarnya telah menanglah orang-orang Mu'minin yang berkhusyu' dalam solat mereka." (al-Mu'minun: 1-2)

Allah telah mengkategorikan khusyu' dalam solat itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari tingkat-tingkat kejayaan. Ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang-orang yang lena dan lalai dalam solatnya, bahawa mereka itu adalah berada paling bawah sekali dari tingkat-tingkat kemenangan dari kejayaan yang dimaksudkan dalam ertikata "al-Falah".

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesungguhnya solat itu adalah ketenangan hati dan kerendahan diri dan permohonan jiwa, dan anda mengangkat kedua belah tanganmu berkata: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Barangsiapa tiada melakukan serupa itu, maka solatnya tidak sempurna (kurang syarat-syaratnya)."

Sabda lain:

"Barangsiapa yang bersolat, padahal solatnya itu tiada dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadaNya."

Diceritakan suatu peristiwa dari Muslim bin Yasar, bahawasanya pada suatu hari dia bersolat di Masjid Basrah, maka dengan tiba-tiba dinding masjid itu runtuh, sekalian orang-orang di pasar (yang berdekatan dengan masjid itu) merasa terkejut kerana kerasnya bunyi keruntuhan itu, akan tetapi Muslim yang sedang mengerjakan solat itu tetap pada tempatnya, menoleh pun tidak. Sesudah solat, apabila dilihatnya orang ramai mengucapkan selamat kepadanya, dia merasa hairan. Katanya: Saya tidak tahu atau rasa dinding itu runtuh.

Berkata Ibnu Abbas: Dua rakaat dalam tafakkur (mengingatkan kebesaran dan kekuasaan Allah Ta'ala) lebih baik daripada beribadat sepanjang malam sedang hatinya lalai.

Keutamaan masjid dan tempat solat

Allah berfirman:

"Hanyasanya yang meramaikan masjid-masjid Allah, ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat." (at-Taubah: 18)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa mendirikan masjid kerana Allah, sekalipun seperti pondok ayam, nescaya Allah akan mendirikan baginya rumah dalam syurga."
Sabdanya lagi:

"Apabila seseorang di antara kamu memasuki masjid, maka hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk."

Sabdanya lagi:

"Tiada akan sempurnalah solat orang yang bertetangga dengan masjid, melainkan di dalam masjid."

Sabdanya lagi:

"Akan datang kepada manusia suatu masa, mereka akan duduk-duduk dalam masjid, mereka membicarakan tentang hal-ehwal keduniaan, ketahuilah bahawa Allah tiada berhajat kepada orang-orang serupa itu, maka hendaklah kamu menjauhkan diri daripadanya."
Read rest of entry

Sabtu, 9 Januari 2010

Serang Gereja : Tindakan Tidak Matang

Tindakan menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati dianggap sebagai satu tindakan yang tidak matang dalam menghadapi sesuatu situasi yang melibatkan sensitiviti kaum dan kepercayaan keagamaan dinegara ini, yang dijamin hak dan kebebasan menurut Perlembagaan.

Hal ini dijelaskan Timbalan Pengerusi Majlis Gereja Katholik Paroki, Jimmy Jawatah dalam kenyataan medianya baru-baru ini.

“Saya bersimpati dengan kejadian Gereja Metro dan meminta mereka bersabar, akur dengan apa yang berlaku. Seterusnya, saya menyeru semua pengikut bertenang dan jangan melakukan sebarang tindakbalas kerana itu bukan budaya umat Kristian,” katanya.

Jimmy yang juga Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) berkata demikian sebagai maklumbalas beliau terhadap satu laporan portal Malaysiakini.com yang memetik bahawa Gereja Metro yang terletak di Desa Melawati telah dibom awal pagi Jumaat oleh sekumpulan yang tidak dikenali.

Terdahulu, wujud kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini, yang membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ di dalam penerbitan majalah ‘The Herald’.

Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan pelaksanaannya setelah pihak KDN berjaya dalam rayuannya yang dibuat sehari selepas itu untuk menangguhkan keputusan itu sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes tersebut.

Read rest of entry

Penggunaan ISA Ke Atas Pengebom Gereja Tidak Wajar

Sikap kerajaan dan polis yang ingin menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan pihak-pihak tertentu yang mengebom gereja baru-baru ini adalah tidak wajar.

Setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Nalini E. berkata, penggunaan ISA dan lain-lain akta untuk menahan seseorang tanpa perbicaraan tidak akan menyelesaikan masalah sebenar.

Malah, katanya, tindakan tersebut akan hanya mengundang lebih banyak ketakutan dan rasa tidak selamat dalam kalangan warganegara di Malaysia.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Musa Hassan berkata, mereka tidak teragak-agak menggunakan akta tersebut untuk menahan pihak yang bertanggungjawab meletupkan tiga buah gereja di sekitar Lembah Kelang.

Insiden letupan gereja itu berlaku gara-gara wujudnya bantahan luarbiasa berhubung penggunaan nama Allah yang telah digunakan dalam penerbitan majalah mingguan Herald The Catholic Weekly.

Nalini berkata, pihaknya sedar bahawa sikap tidak bertanggungjawab itu didalangi oleh kumpulan yang cenderung mencipta keganasan sekali gus mengundang kekecohan dalam negara.

"Kami memahami keperluan undang-undang untuk mencegah jenayah. Oleh itu, kami desak kerajaan agar membawa penjenayah yang telah memecahkan perpaduan antara kaum ini untuk diadili.

"Hingga kini, akta ini masih mendera tertuduh ketika mereka berada dalam tahanan. Kami menyeru kerajaan agar berhenti menahan rakyat di bawah ISA. Bebaskan tahanan ISA atau dakwa mereka di mahkamah," kata beliau.
Read rest of entry

Persinggahan

Ketika keadaan menjadi tidak stabil maka ada sahaja manusia yang tidak berpuas hati dengan manusia yang lain. Apakah sifat dengki dalam diri ini adalah lumrah? Bagaimana mahu mengawal perasaan cemburu jika kita sndiri tidak mahu berusaha untuk berada disuatu tempat yang selesa
Read rest of entry

Percubaan

Semua ini adalah satu percubaan sahaja
Read rest of entry

Malaysiakini

Harakahdaily

Suara Keadilan

Utusan Online

UMNO Online

Senyum Tangis Sendu

The Red Warriors