Thursday, March 12, 2015

kehidupan,
sering saja menguji kesabaran diri,
namun harus redha dengan ketentuan ilahi,
kerana aku masih disini menuju pengakhiran nya nanti..
tidak tercapai dek akal
setiap yang datang dan berlalu pergi,
seperti lajunya persis air  yang membasahi bumi,
menjadi pedoman dini hari.
tidak tercalar diwajahku,
dengan masalah yang dipikul mesti
adanya senyuman ikhlas menyapa insani
kepada sesiapa yang menanti dan mengharap lagi
walaupun ianya hanya penambah seri
senyuman yang manis bak sang puteri dan bidadari
namun hakikatnya terpendam seribu satu misteri
yang tekadang tidak tercapal dek akal sendiri,
tetapi gugur di penghujung hari
menitisnya tidak dapat disekat lagi.
guguran air mata sebagai penawar diri
untuk bangkit meneruskan langkah ini,
kehidupan 
bukanlah seindah drama di tv
tidak juga semanis novel terkini
apatah lagi setenang .......

Wednesday, January 7, 2015

Alhamdulillah, diatas kurniaan ini, masih diberi nikmat hidup bagi mengirup hening pagi yang bak haruman mawangi indah, syukur atas nikmat ini.. Alhamdulillah hari ini masih diberi peluang bagi mengisi dinding²  ini. Syukur atas nikmat yg diberi dari kecil higga dewasa kini melayari bahtera kehidupan dengan sangat teratur diselangi rasa nikmat kebesaran tuhan mengatur segalanya menjadi cantik bak kata² cinta..Aku sedar diri ini masih banyak kekurangan yg perlu atasnya bimbingn serta kata² hikmah dari sahabat sekalian, masih mencari masih mahu mencedok ilmu yg tidak habis dan tidak mungkin habis di atas muka bumi ini.Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah merasa mencuba membantu sahabat² yang ditimpa bencana alam, kesempatan yg diberi kali ini amat aku hargai dam membawa aku lebih mengenalai kehidupan sebenar. Tiada apa kupinta dalam misi ni melainkan keredhaan abah tercinta yg mengizinkan aku terus melakukan kerja² amal seperti ini. Sisa² cuti persekolahan kini telah terhidu bahangnya, pendaftaran pelajar terus menerus rotib hari dini hari sehingga bertemu kita dengan penghujungnya di diharap aku lebih banyak sabar+sabar+sabar bagi menangani kecelotihan anak² kecil yang kanvasnya masih berseri ingin mencorakan dengN Lebih berwarna warni bak pelangi. Fitrah insani yg tidak disangkal lagi, mencecah umur 22 tahun ini lebih banyak dikongsi mengenai fitrah insani, hanya mendegar sahabat² melucur kata, hanya memberikan pendapat yang mampu diterima, untuk aku berkongsi mungkin belum saatnya lagi kerana aku belum pasti apakah kejujuran yg keluar dari kata²ku selaras apa yg ada di hati ini & apa yg aku boleh tegaskan disini mungkin tidK lagi membiarkan hati ini berharap, mungkin tiada lagi sekumit harapan menginggap mungkin juga cuba  memberi peluang kepada yg menanti dan aku peraya akan cepat pengakhirannya... Harapan dini hari tiada lagi penelokan demi penolakan yang aku berikan kepada yang membawa hajat, tiada lagi bermasam muka apabila berjabat, tiada lagi kekecewaan yang mendapat.. Semoga dipermudahkan segala urusan hidup dan matiku.
#harapantidaklagiditolakbagiygsefikrah.

Monday, December 15, 2014

Alhamdulillah, nikmat yg engkau berikan kepada hamba mu yg kerdil ini, tidak terhingga nilainya untuk ditukar ganti .... 
Aku tersesar dari buaian mimpin, tersentak dengan alam realiti... mungkin selalu hati ini berbicara, mungkin juga tidak kenaa gaya, mungkin juga tidak tentu masa, dan mungkin juga ianya hanya angan 2 semata2.... sedih, sayu, pilu malu pd diri sendiri merasakan kebodohan diri, bukan aku tak sudi tetapi terlalu mengikut kebodohan diri,  yaAllah hilangkan lah perasaan ini, hilangkan lah rasa hati ku ini. 
Aku hanyalah kaca yang berduri sedangkan dirimu permata yang dijaga rapi. Mungkin ini adalah jalan yg terbaik untuk hambamu yg sering alpa pada diri ini.. teruskan lah kaki ku ini untuk melangkah melayari kehidupan penuh fantasi ini.. kepada harapan senipis kulit bawang doa ku panjantkan untuk mu semoga Allah mempermudahkan segala urusan mu nanti, juga diketemukan dengan bidadari dambaan hati sendiri....
Ya Allah bukakan lah hati ku ini untuk seseorang yg ingin memiliki ku bukan aku yang ingin memilikinya bukan juga haya harapanku semata2.😔


Sunday, December 7, 2014

^__^

"Jika Allah tidak mengizinkan kita mendapatkan seseorang yang kita impikan , semoga Allah memberikan seseorang yang sangat mengimpikan kita :') "
"Jika Allah tidak mengizinkan kita bertemu seseorang yang kita rindui , semoga Allah menemukan seseorang yang amat merindui kita:') "
"Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan seseorang yang kita cintai , semoga Allah menyatukan kita dengan orang yang sangat mencintai kita :') " 
Pernah terbaca:
"Jika akhirnya kamu tidak bersama dgn org yg sering kamu sebut dlm doamu,,mungkin..
kamu akan dibersamakan dgn org yg diam2 sering menyebut namamu dlm doanya..."
Allahhu..

ceritaku ari ini

alhamdulillah ari ni seperti biasa, pagiku ditemani tawa riang anak2 kecil seperti biasa...
adek2 ku merupakan amanah yang dititip kan Allah untuk sementara, mengajar aku erti kedewasaan , kesabaran, kekuatan, kebertanggugjawaban, semuanya telah direncanakan olehNya sebaik mungkin . doaku semoga aku terus ikhlas didalam melayari kehidupan ini..
pengalaman ya pengalaman mendewasakan kita, terlintas sejenak sungguh indah perancangan Nya untuk hambanya yang kerdil ini.. tidak kata tidak hanya tunduk syukur kepada ilahi dengan setiap yang terjadi.. aku hnyalah insan biasa yang duduk dikalangan orang biasa biasa tetapi bercita2 menjadi yang luar buasa.berdasarkan pengalaman ku coretkan kehidupan membawa senyuman kebahagiaan.
minggu penuh dengan kegembiraan sahabat2, seringkali telifonku berbunyi penuh noti di perkalangan whatt app ku membawa khabar gembira sahabat2 mengenai konvo, ada saja ceritanya
 tirah: mira kita nak konvo doakan deh
tikah : mira rabu ni tikah konvo tau
atin : mira aku nak konvo nggu dpn, nak pkai baju ape ye, tudung, mane sesuai?pilihkan? pendapat hang???
soalan demi soalan dilemparkan , aku ikut kan saja rentak mereka, dikala perjuangan tidak lagi  sama tetapi mereka tidak melupakan aku yang tercicir ini.. ape2 pon Tahniah kepada semua sahabat2 yg konvo thn ni ,gembira sgt tgok korang n thanks atas gamba2 yg telah diposkan . aku?? bila?? 2016 errrkkkk lama lagi tu... tak pe lah masing2 dengan  jalan masing2.
cinta??? cinta itu fitrah, tidak dinafikan manusia yg normal ingin bercinta,suka,syg,n disayangi.. sealim mana pon dia memerlukan cinta . cinta kepada pencipta merupakan yang hakiki, cinta kepada makhluk fitrah insani.sayang seribu kali sayang hati ini masih mengharapkan senipis kulit bawang , bilakah ianya akan berakhir??? terdamba sesekali ingin meninggalkannya pergi dari memory, usaha kearah yang lain membuka ruang untuk yang sedang menanti, tetapi buayian mimpi lena mencetus kontrovasi , menjadikan teringat kembali..adeh apakah ini? seringkali terserempak tp kali ini berbeza dari yg biasa . tiada pandangan tiada senyuman, mungkin bermulanya daripadakau atau aku yg tak perasan ohh tidak!
    kisah bermula
 " usai aku membeli makanan ,terlihat kelibatnya di jalan sehala , berderau hati ini tidak terkata seperti selalunya, aku memalingkan muka kearah makanan2 yang dijual terus melangkah tanpa menghiraukannya sehingga satu bunyi "ehemmm" diarahnya aku menunjukkan muka , owhh rupanya saudara kandungnya menyapa dengan mesra berbual seketika ''.. Ya memang itu kebiasaanya dia tidak memandang apatah lagi berbicara..
itu kebiasaan bagiku , aku mengenalimu lain dari sahabat2 yg mengenali mu
setahuku :
engkau pendiam ,bagi mereka engkau peramah ada je topic nye
engkau xmemandang , bagi mereka sering memerhatikan
engkau biasa2 je , bagi mereka ada aja lawaknya
oleh itu aku masih merasakan engkau bagiku hanya senipis kulit bawang itu. 
doaku agar engkau dipermudahkan segala urusan :)
 bagi yg sedang menunggu kuatkan iman maniskan senyuman, mungkin akan ada kebahagiaan di pengakhirannya.. 






Wednesday, November 19, 2014

Jujur aku memilih..

semua kengkawan dok kata..
MIRA boleh x jagan memilih sangat!!!!!!!!!
maaf ku katakana bukan niatku untuk memilih sgt tapi aku tahu aku terpaksa memilih bukan untuk sehari dua tetapi untuk sepanjang hidupku, dengan satu keputusan  yang akan ku buat akan mencorakkan hari2ku yang mendatang... see??

jadi buat mase ni aku masih mendahulukan harapan ku yang senipis kulit bawang itu, kerna aku yakin masih ada sisa2 baki yang mungkin menjadi keajaiban dini hari.

kepada yang sedang menanti maaf dari  mu ku pinta, mungkin menguji kesabaranmu tetapi itulah yang terbaik buatku dan dirimu, agar tiada lagi yang akan terluka atau mungkin kesabaranmu itu membawa seribu satu kebahagiaan sekelip mata. memang terlalu awal buatku yang baru mengenalimu, tambahan pula adanya harapan senipis kulit bawangku itu menjadikan aku masih menanti teguh berdiri. :).. terima kasih atas kemesraan ibumu, tetapi itu belum lagi menjadi pilihanku, aku masih terkejut dengan kejadian itu sehingga kurasakan gerak geriku sering diperhatikan tambahan pula tika aku sedang berbicara dengan senipis kulit bawang ku itu... 

mudah bicara sahabatku, mira lupakan...LUPAKAN  ok,... memang mudah berbicara , tapi dengan pertemuan setiap minggu itu menjadikan aku lebih berharap ditambah sintom2 yang di kemukakan menambahkan aku lebih terperasan. oh mira yang perasan.. setelah mendengar khabar saudara kandungmu , menjadikan harapan senipis kulit bawangku menebal senipis kulit oren terkadang oren sunquet pon ade jugak huhuhu..... hanya ku serahkan segalanya kepada ilahi, sukar untuk dibicarakan bersama insani hanya dinding ini menjadi peneman diri..

dengan tanda2 yang engkau kemukakan itu membuatkanku risau dikala aku menerima yang mendatang , hadirmu membawa 1001 harapan baru, ketika itu kerana terpaksa ku relakan menjadi penentu.....

aku hanya insan biasa

alhamdulillah sekian lama menyepikan diri, akhirnya malam ni dapat juga melakar coretah hidup hamba yang dhoif ini, syukur atas nikmat yang diberi pengalaman suka duka yang dilalui sepanjang melakar corak hidup sendiri ditemani hari2 yang sepi dikala unggas2 sibuk menyiapkan diri menjalani hari2 yang menanti.. seperti biasa rutin harianku tidak lari dari sebelum2 ini syukur atas nikmat yang diberi bagi menghabiskan sisa2 baki sebelum menghadapi cuti semesta kali ini.. Aku hanya insan biasa walaupun bertittle "ustazah" imanku tidaklah segah sering goyah kadang2 rebah namun hanya satu yang ku yakini adanya yang maha mengetahui dan sering menanti rintihan hambanya yang satu ini...aku hanya manusia biasa kadang lalai kadang alpa, tidak kata tidak sering melakukan kesalahan hanya diingini tidak diulangi kembali..
aku sebagai insan biasa juga tuidak terlepas daripada perasan menyayangi n ingin disayangi, itu merupakan fitrah Insani, walaupun sukar diluahkan melalui lisan yang tidak bertulang ini jadi emosi sebagai pengganti diri..adakah aku terperasan?? atau memang perasan?? ya aku mengaku aku memang mudah perasan tapi akan jadi lebih mudah apabila org lain memperasankan aku haha apakah???andailah mulut ini mudah berbicara, andailah perasaan ini tidak dipenjara, andailah kita memang ditakdirkan bersama, semua itu ada takdirnya dari sang Pencipta aku harus redha... seandainya engkau tahu, apakah yg akan terjadi selepas ini??... dengan keaadaan yang kita sering bersua muka walaupun tiada kata2 hanya senyuman di birbir mengganti kata2, masih segar di ingatan di rumah saudara kandungmu, dikala sahabat adam sibuk menjamu juadah di luar sana engkau bersama sahabatmu duduk didalam sebaris bertentang dengan ku, terkadang lirit mata ini bertentang tiada kata2 tetapi membawa seribu satu anda tanya, Jujur ku katakana aku amat senang bersilaturahim bersama keluargamu, Alhamdulillah sikap mengambil berat saudara2 kandungmu membuatkan aku lebih mudah mesra..minggu mendatang keluarga kau dan aku serta  saudara2 seperjuangan ku akan bercuti bersama adakah keajaiban akan berlaku atau masih harapan senipis kulit bawang ku :)...
#tolong jgn bagi saya banyak2 perasan cukup satu dua saja...

Wednesday, August 20, 2014

sahabat mimpiku adam vs hawa

sekian lama aku menyepikan diri
bukan kerna ku tak sudi 
bukan juga kerna taksub dengan kehidupan sendiri 
tetapi ini adalah ketentuan ilahi..
usai anak2 muda mengaji 
hujan membasahi bumi 
kini masih bertelekung 
masih setia menanti anak2 ciptaan ilahi 
yang cintakan kitab suci
kurebahkan tubuhku diatas sofa 
sambil menunggu kesudian mereka
sangkaan ku meleset
sehingga aku turut terlelap mengikuti buaian mimpi
hari ini sekali lagi engau menghadirkan diri
didalam lena panjangku 
cuma tidak seperti biasa 
yang mana 
lebih ramai keluarga mu menghampiriku ..
usai lena panjangku
aku tersenyum seperti hari2 biasa mainan tidur ini menjelma
semakin tekat ku ingin membiarkan perasaan ini berlalu pergi
semakin kerap engau memasuki corong2 mimpi lenaku...
.............................................................................................
aku tidak mengharapkan lebih dari mu
sesungguhnya aku mengetahui jodoh itu dari pencipta
hanya ku titipkan doa untuk mendapat yang terbaik didalam hati
penerimaan saudara dekatmu, terhadapku sebagai sahabat & ba'it nada adikmu (kita kan adik beradik) amat menyenangkan hati ku...
semoga Allah mempermudahkan urusan mu....

Wednesday, June 4, 2014

Apabila hujan membasahi bumi
Sebelum terbitnya mentari menyinari embun pagi
Aku berpuitis mengenai diri
Harus ku akur dengan kehendak ilahi.
Aku hanya manusia biasa yg sering rebah n lehah
Tidak ku nafi kelemahan diri
Yg sentiasa dahagakan petunjuk ilahi
Ya Allah dinihari aku mengharapkan kekuatan iman didalam diri
Jangan  engau biarkan aku hanyut belayar pergi
Tanpa cintamu Ya Ilahi
Ya Allah ku insafi kekurangan ini
Ya Allah jangan lah engkau biarkan cinta ini melampaui batas
Janganlah engkau biarkan hati ini  berbolak balik
Janganlah engkau biarkan aku hanyut dibuai mimpi
Yang semuanya tidak ku pasti..
yaAllah berilah aku kekuatan iman
supaya sentiasa meredhai setiap yang terjadi nanti..