Monday 6 May 2013

Sungguh Teguh cintanya..aku cemburu!



Air mataku menitis lagi…apabila berbicara dengannya tentang hal ibadah dan agama sering kali membuatkan aku berfikir dan bermuhasabah diri. Si dia kurang ilmu agamanya tapi si dia amat banyak amal ibadahnya. Berbezanya dia dan aku, dia mahu namun kadang-kala dia tidak tahu, manakala aku tahu cuma kadang-kala sengaja tidak mahu…oh, sudah tentu  kerdilnya aku berbandingnya dihadapan mata Ilahi. Aku malu…

Petang tadi air mataku menitis lagi, mendengarkan kisahnya, bercerita sambil dia jua turut melempiaskan air matanya. Beliau menceritakan apa yg didengarnya dr ustaz di kaca tv. Tidak diterima amalan sunat seorang insan itu andai masih ada ibadah wajibnya yg masih tidak terlaksana. Mendengarkan perihal itu membuatkan hatinya gentar dan sayu..jika begitu apalah gunanya segala apa yg telah dilakukannya sebelum ini..apakah nilai tahajjudnya, puasanya, zikirnya? Ya, dia memang rajin melakukan semua itu walaupun umurnya sudah hampir mencecah 80 tahun. Hatinya bimbang andai ada ibadahnya yang masih tidak terlaksana ataupun sudah dilaksana namun masih tidak sempurna. Itulah perkara yg merungsingkannya..Lantas dia pun berhempas pulas menunaikan qada’, tidak kiralah samada solatnya mahupun puasanya.

 Hatiku jadi tersentuh..kudratnya lemah namun semangatnya masyaAllah, luar biasa. Sedangkan aku, umur masih muda, ilmu jua ada, tenaga seakan masih banyak yg tidak terguna namun jauh sekali aku jika dibandingkannya.  Sungguh hebat cintanya.. Pantang mendengarkan ibadah2 yg dituntut untuk dilaksanakan, pantas sahaja segara dilaksanakannya..SubhanAllah, sungguh teguh cintanya padaMu Ya Rabb.

Ya Allah, terima kasih kerana membuatkan air mataku menitis lagi..dengannya aku berfikir..terfikir bagaimana pula cintaku padaMu..Tolong Ya Allah, pimpin aku pada jalan Mu, tanamkanlah perasaan cinta dan riduku padaMu melebihi segala-galanya. Kuatkan semangatku dalam mujahadah melawan hawa nafsu, sabarkan hatiku dalam menunaikan ibadah padamu. Terima kasih kerana mengahadirkan si dia dalam hidupku..Aku amat menyayanginya Ya Allah..aku menyayanginya Ya Allah keranaMu..terimalah segala amal ibadahnya, makbulkanlah segala doa-doanya, selamatkan lah kehidupannya di dunia dan akhirat…Aku amat SAYANG kan dia. Dia yang ku maksudkan adalah nenekku…May Allah Bless her forever, dunya wal akhirah ..


No comments:

Post a Comment