Monday, March 17, 2014

PENGALAMAN BARU DI TABIKA KEMAS, TG TUALANG


Menghitung hari detik demi detik.  Cewah, sebenarnya kami tengah menghitung hari untuk minggu last study sebelum cuti study week.  So, tiap-tiap hari la dok kira hari nak balik rumah.  Tak sabar nak balik rumah.  Dan dalam minggu ni kami bukan main sibuk.  Dah macam Perdana Menteri yang dok pulun nak selesaikan masalah negara. Hahaha.. 


Dan minggu terakhir kokurikulum a.k.a koko.  Memandangkan sem lepas aku tak terlibat dengan koko sebab ada sijil PLKN.   Kira beruntung jugak yang masuk PLKN ni.  Orang lain dok kalut siap-siap nak p koko aku dan kawan-kawan yang lain dok rilex je..  Ayat yang selalu keluaq dari mulut kawan -kawan yang kena pi koko, "Untung la tak payah pi koko". Untung la jugakkan..


 Untuk sem ni koko wajib buat kami semua. Paling best  tak perlu berkawad, community service.  Tak perlu memakai uniform so kira untung la.  Tak payah nak pening kepala lepas habis kelas boleh terus pergi koko,,


Untuk community service, setiap kumpulan perlu buat proposal dimana kami di kehendaki membuat satu charity program.  Program tu memakan masa selama lapan jam.  Antara enam kumpulan, hanya satu kumpulan je yang terpilih.  Dalam program ni kami kena pergi ke Tabika Kemas dekat Tg. Tualang. 


 Kami di bahagikan kepada tiga kumpulan kecil.  Untuk kumpulan yang pertama, bahagian lukis mural.  Kumpulan kedua pula, bahagian membersihkan kawasan surau yang berdekatan Tabika Kemas tersebut.  Dan untuk kumpulan ketiga, bahagian LDK.  Antara ketiga-tiga bahagian, aku terpilih menyertai kumpulan LDK bagi aktiviti bersama kanak-kanak kat Tabika tu dari awal program sampai habis.  


Program tu berlangsung pada hari Sabtu, 15 Mac 2014, kiranya itu last la koko untuk sem ni.  Yeayyy!!!  Mula-mula sampai tu, tengok gelagat budak-budak tu excited bukan main lagi.  Riuh satu Tabika tuu.  Elok kami masuk dalam Tabika tu semua pakat dok senyap.  Ada yang terlalu ramah . Ada yang senyap ja tak mau bercakap langsung.  Dan ada juga yang mula-mulanya dok elok ja, tiba-tiba menangis pulak dah.  Takut agaknya.  Hahaha.  Lepas suai kenal dan bermulalah aktiviti yang telah dirancang..


Tarian "Chicken Dance" untuk aktiviti senamrobik.  Mula-mula tu memang tak dapat sambutan pun dari depa.  Masing-masing tak mau menari dan dok keras macam tunggul tu.  Yang kami ni dok fikir cara macam mana nak tarik perhatian dia orang.  Selepas cikgu dia orang join barulah dia orang nak menari.  Haih, time tu rasa kelakar sangat sebab kami semua macam syok sendiri ja.


Lama kelamaan dia orang dah nampak okay sikit dan ada yang mula tunjuk belang.  Haa, game kedua ni memang terlebih sambutan la sebab main musical chair pakat dok berebut kerusi.  Sampai ada yang dok bergaduh la sebab tak dapat nak duduk atas kerusi tu.  Aku tersenyum memandang dia orang semua, comel ja tengok gelagat depa nii.  Dan masa ni aku tertarik dengan sorang budak yang bernama Dania.


Nama dia lebih kurang nama adik aku ja. Adik aku Damia dan budak ni pula Dania, Hahaha.  Dania ini budaknya comel dan berisi sikit.  Gelagat dia tu buat orang suka kat dia.  Menurut cikgunya,  Dania ni kasar orangnya.  Dan memang tak dinafikan la memang begitu.
Sebabnya, waktu musical chair tu dia boleh letak kaki dia atas kerusi, macam ala-ala Gangster.  Lepas tu bila orang mengusik dia sikit, mula la penumbuk dia keluar.  Kahkah.  Comel jaa.




Ni la dia Dania si comel dan Gangster
Aktiviti membawa bola pingpong dalam sudu.  Yang ni best tapi aku tak sempat nak tengok sebabnya dok kalut dengan aktiviti yang lain..  Aktiviti seterusnya, isi air dalam botol.  Haa, yang ni memang ada yang basah.. Budak-budak memang seronok bermain air.. Larang pi la lagu mana pun.  Depa dok buat taktau ja.  Manakala game ketiga ni pulak makan buah epal yang siap digantung. Punya la pulun sungguh nak kan epal tu sampai ada yang terjengkit-jengkit tapi still tak sampai.  Ada juga yang p pegang buah tu.  Sepatutnya, masa dia orang makan tu tangan kat belakang, baru la mencabar sikit.  Ni ada yang tak mengikut arahan.  Hahaha.
Tapi, takpa budak kecik nak tau pa? Biaq pi kat depa la.. 




Gelagat Dania makan epal.  Kena tolong sikit sebab tak berapa nak sampai.

Game kedua akhir pula cari gula-gula dalam tepung.  Tu dia,  macam-macam gelagatnya.  Dok suruh tiup tepung tu depa p makan. Emm, macam-macam la adik-adik ni.  Hahaha.  Yang syok nya masing-masing muka dok penuh tepung.  Game yang last sekali ialah game bawa belon dan pecahkan.  Biasa ja game ni tu pun ada yang tak mau main.  Tak tau pasal apa. Takut dengan belon la kot.  Hahaha, mungkin laa.  




Bawa belon secara berpasangan dan dipecahkan.


Pecah, pecah jangan tak pecah.

Dari program ini  kami dapat pengalaman baru bersama mereka. Dan betul juga cakap cikgu mereka, walaupun telatah dia orang ni kadang-kadang buat kita rasa nak marah.  Tapi, dengan cara ini kita dapat melatih diri kita untuk lebih bersabar.  Yang uniknya dia orang ni juga boleh buat kita tersenyum melebar bila melayan pelbagai telatah dan ragam mereka.  Cuma kita kena pandai tarik perhatian dia orang.  Dan berharap kami di beri peluang lagi untuk menyertai program-program yang melibatkan aktiviti bersama masyarakat.  Berakhir sudah koko untuk sem ini.  Ada rezeki kita jumpa lagi untuk semester depan.  








Student Community Service.  Sehingga kita berjumpa lagi..







No comments:

Post a Comment