Monday 11 February 2013

Masjid Pusat Penyatuan Ummah

Assalamualaikum.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Masjid ialah rumah ibadah bagi seluruh umat Islam. Selain tempat ibadah, masjid juga merupakan pusat komuniti Muslim. Aktiviti juga kegiatan seperti perayaan besar ( Hari Raya ), perbincangan agama, ceramah, tazkirah, dan pembelajaran Al-Quran juga sering dilaksanakan di masjid-masjid. Bahkan di dalam agama Islam, masjid turut berperanan sebagai pusat bagi aktiviti sosial sama ada melibatkan hal agama mahupun kemasyarakatan.

Jadi, marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid bagi mejunjung amalan serta sunnah Baginda Rasulullah SAW.