Tuesday, March 2, 2010

Galeri Motivasi

Motivasi Kejayaan
Perkembangan Kejayaan

Selama mana kita ingat matlamat yang kita nak capai, selagi itu kita tetap akan bersemangat.
Kebanyakan orang give up dan berhenti berusaha sebab fokus mereka teralih kepada permasalahan, cabaran dan kesusahan yang dirasai ketika dalam proses nak mencapai matlamat. Elakkan diri dari menjadi sebahagian daripada mereka.
Dreams are made to be achieved. Stars are made to be reached.
Impian akan terlaksana jika ada gabungan usaha, doa dan tawakkal.
Masalahnya, walaupun jutaan orang dah tahu tu semua, tapi cuma sedikit yang mampu bertindak melaksanakannya.

Permasalahan dan kesusahan sifatnya sementara. Begitu juga kejayaan.
Kejayaan akan jadi kekal, berkembang lalu terus berkembang apabila kita memilih untuk
menjadikannya sedemikian. Kejayaan akan jadi sementara jika kita menjadikannya sementara
– iaitu dengan berpuas hati dengan kejayaan sedia ada pastu tak nak mencapai kejayaan-kejayaan seterusnya.

Permasalahan dan kesusahan akan jadi berkembang lalu terus berkembang apabila kita memilih untuk menjadikannya berkembang. Permasalahan akan jadi berkembang apabila kita biarkan minda kita terfokus ke arah permasalahan.

Tiap kali anda berdepan kesusahan, ingat balik matlamat-matlamat yang anda capai supaya dengan itu fokus minda anda tak lari kepada permasalahan. Minda kita jadi lebih efektif
apabila :-
1. Kita set berbagai matlamat dalam proses mencapai kejayaan hidup
2. Kita fokuskan fikiran ke arah usaha untuk matlamat-matlamat tu, bukan kepada masalah- masalah yang menghalang kita.


** Kita sendiri yang dapat menentukan perkembangan atau pengucupan permasalahan kita.

==
sumber - iMotivasi


Photobucket



Motivasi Kejayaan
Bercakap-cakap dengan diri sendiri dapat mencetuskan semangat

Photobucket

Cara paling mudah untuk kita bermotivasi pada diri sendiri adalah dengan bercakap dengan diri kita sendiri di dalam hati. Cakapkanlah apa saja pada diri anda sendiri untuk membangkitkan rasa bersemangat yang amat kuat Bina attitude ‘you can do it‘. Katakan pada diri anda berkali-kali, you can do it, you can do it, you can do it. Jika anda sedang merasa sukar ketika melakukan sesuatu, gunakan cara ini.
Beri semangat pada diri sendiri dengan mengatakan di dalam hati..“aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat”.
Kenapa mesti 3 kali? Sebab, 3 kali lebih power daripada hanya 1 kali. Macam kita makan juga, 3 kali makan lebih banyak isinya dari cuma 1 kali makan. Cara lain untuk memotivasikan diri, gunakan ayat seperti ini..”orang lain boleh buat, aku pun boleh buat. Aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat!!.”..
Mula-mula buat teknik ni, perubahnya tak berapa ketara tapi bila dah selalu selepas dua tiga hari, anda akan terasa perubahannya. Ini kerana minda kita amik masa untuk menghadam lalu memahami perkara-perkara baru. Bila minda dah faham, minda akan mengatur sistem saraf dan aliran darah supaya jadi
selaras dengan kemahuan anda. Jadi, tiap kali anda kata “aku boleh buat” tetiba ada timbul keyakinan tinggi yang anda memang boleh buat, sebab anda nampak orang lain boleh buat. Bila buat, anda tak akan rasa ragu-ragu langsung.
Tiap kali Anda rasa tertekan sebab rasa sukar, katakan pada diri “aku boleh buat” ..Gunakan perkataan “aku boleh” lalu sesuaikan dengan situasi anda supaya anda jadi lebih bersemangat.

=
sumber - iMotivasi

Photobucket



Motivasi Kerja
Keseimbangan Motivasi Kerja


Seimbangkan bebanan kerja dan ketenangan riadah untuk menambah
baik tahap motivasi kerja

Terlalu banyak bekerja itu satu perkara yang bagus.
Tapi memaksa diri untuk terus-terusan menyiapkan kerja, itu kurang bagus.
Sebab, anda akan menghadapi beberapa masalah seperti:

1. kurang tumpuan
2. cepat tertekan
3. bingung nak buat mana satu
4. sukar membuat keputusan
5. susah nak tidur, berat nak bangun pagi.

Motivasi kerja akan terbina dengan sendirinya apabila anda menyeimbangkan
kerja dengan riadah. Kerja kuat, berilah masa sedikit untuk minda beriadah.
Minda kita ni kena berehat. Kebanyakan orang yang bekerja kurang ada masa
untuk bersukan. Jadi, untuk mengekalkan motivasi kerja, luangkan sedikit masa
untuk bersantai seketika. Selepas tu anda akan menemui kekuatan untuk
bekerja lagi. Tumpuan anda akan jadi semakin baik. Kerja yang anda tak suka,
tetiba jadi suka sebab anda rasa seronok dalam proses menyelesaikan kerja.
Terlalu kuat bekerja mungkin akan menyebabkan anda banyak duit, tapi kesannya
anda akan hilang motivasi untuk bekerja dengan lebih kuat lagi di masa akan datang
hingga menyebabkan anda tertekan sebab rasa makin sukar cari duit. Sebaiknya,
seimbangkan. Bekerja selama sejam, ambik rehat selama 10 minit. Jangan buat apa-apa,
cuma relaks sekejap. Dah habis 10 minit, sambung balik kerja. Jika anda amalkan
teknik ni selama seminggu, anda akan mampu mengawal tekanan kerja dan mampu
mengatur tekanan dengan baik walaupun anda cukup sibuk di tempat kerja

=
sumber iMotivasi

Photobucket

0 Comments:

Post a Comment