Monday 30 April 2012

Hari Kelima - Gambar tempat yang kamu kunjungi

holla :)

jom kita ke cabaran hari ke-5 - gambar tempat yang kamu kunjungi..

antara tempat-tempat terbaru yang mama kunjungi adalah:-

Universal Studio Singapore
  • mama, papa, anak2 & officemate mama, Kak Siti & Alia gi trip ke USS masa Feb 2012. memang dah lama plan nak ke USS, asyik lah tertangguh. sudahnya, 18hb Feb 2012 kami selamat jejakkan kaki ke USS. happy berganda sebab dapat gi reramai. last time kami ke Singapore (Sentosa Island Resort)  gi ber-3 je, kali ni dgn adanya Zharif & BFFs lagi bermakna. hehehe
  • Best sebab dapat rasa naik roller coaster! yeeehhaaaa!!! walopon tutup mata kat atas nun tapi tetap kecut segala lemak perut, macam nak jatuh jantung.hikhik. but pengalaman yg tak dapat nak dilupakan.hikhik
Gunung Nuang
  • XPDC pertama mama buat dengan papa.serius best! macam tak sangka mama dapat panjat Gunung Datok,Rembau walaupun dah beranak dua. bangga kot sebab selalunya orang kalo dah beranak-pinak ni dah malas nak buat aktiviti lasak. tapi, mama rasa lagi seronok sebab dapat kongsi saat tu dengan orang kesayangans mama.walaopon terpaksa tinggal dua henbeg kesayanganku itu. hehehe
  • mama harap, aktiviti lasak ni takkan berakhir kat Gunung Datuk je. hope lepas ni, bleh tawan Gunung Kinabalu atau Gunung Everest barangkali. ewahh! tak agak-agak kan wishlist. heee :P
Bukit Broga
  • Aktiviti lasak ke-2 dalam 2012. Bukit Broga kami tawan di bulan cinta, bulan Februari. hehehe
  • Aktiviti kali ni, lebih istimewa sebab bukan papa je ada tapi BFF mama masa zaman matrix, Along Zunaira & kawan-kawan sekolah rendah a.k.a kawan sekampung pun join sekali. lagi meriah!!!

okeh, tu je setakat ni kot.... dalam tahun ni InsyaAllah ada banyak lagi tempat kami akan kunjungi. moga Allah permudah segala :)

tapi tempat yang mama kunjungi ni taklah sehebat tempat yang korang pergi kan. orang duit ciput cam amma ni, itu jek la yg mampu. kalo ada rezeki lebih, memang nak sangatlah kan gi travel jejauh. InsyaAllah, ada rezeki & umur kami dapat jejak tempat yg mama teringin nak jejak macam KOREA, ROME, JEPUN dll. pergghhh! tak agak-agak kan wishlist? berangan tak salah kan... heeee :)

okeh, setel gak cabaran sampai hari ke-5. walaupun tak aci kan, sbb skip pastu buat sampai 3 entry dlm satu hari.hahaha. ada haku keshah!!!


sambung sok tuk Cabaran Hari ke-6!!!taddddaaaa!!!!






--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Hari Keempat - Habit/ Tabiat kamu yang kamu harap kamu takde

okeh... salam semua ;)

mama extra rajin hari ni, kira balas dendam lah sebab weekend takleh update blog. so, jom mulakan Cabaran Hari keempat: Habit/ tabiat kamu yg kamu harap kamu takde.

  1. suka MARAH. hal kecik pun boleh mendatangkan marah. kadang tu, kerana nyamuk pun mama bleh mengamuk tau. dasat kan? tak senonoh mama ni tau. mama harap sangat sikap PEMARAH mama ni dapat mama buang jauh-jauh, but sampai sekarang dah beranak dua ni pun mama tak dapat kawal marah. serius! sumpah kalo boleh mama takmo MARAH-MARAH, sumpah kalo bleh nak lemah-lembut, penyabar dan penyayang. but.... tak leh nak kawal api keMARAHan ni. kadang tu, beristighfar banyak-banyak cool down sekejap, but pastu sambung lagi marah. cemana eh????
  2. suka MERUNGUT. mama rasa dah gitau kt Cabaran Hari Pertama tu yg mama ni suka merungut. hal kecik pun nak merungut, kalau hal besar memang empat hari empat malam lah merungut. egegege.
  3. suka MEREMPAN. korang tahu kan merempan ni apa? kiranya macam moroyan lah. hahaha. mama ni kalo marah/merungut akan merempan-rempan. ketuk-ketuk barang lah, campak-campak barang lah. but tak pernah lagi lah baling pinggan-mangkuk. hikhik. apa yang paling dasat mama buat? mama campak remote ASTRO sebab susah sangat nak tekan. terus mengamuk dan campak sampai berkecai. hish. tak senonoh kan??
  4. suka buat keje ikut mood. contohnya, kalo mama nak masak mesti tunggu ada mood. kalo takde mood, suruhlah mama masak apa pun, takkan dilayan. kalo bab keje umah lah selalunya benda ni jadi. kadang tu, baju yg dah dibasuh sampai penuh sebakul mama tak lipat sebab tunggu mood. tak senonoh kan?

setakat ni jek kot... yg lain semua, baik-baik je. ahhaha...mama harap sangat, semua sikap buruk mama ni tidak dicontohi anak-anak. tapi, ye lah anak ni kan cermin mak bapak. walau elak cemana pun, tetap menurun sikap tu kan. kecuali, iman mak bapak. anak-anak takkan mewarisi betul tak??


okeh... tunggu next cabaran!!!



--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Hari Ketiga - Gambar kamu dan sahabat baik kamu ( BFF lettew)

Salam Isnin semua :)

ops! sorry dah kalah cabaran 30hari sebab langsung tak update blog sepanjang weekend.but, mama janji tuk update 3 cabaran sekaligus hari ni. aci tak?
weekend yang sangat busy! super busy okeh.langsung tak cukup masa nak hadap tablet/PC. serius tak tipu punya busy.
sabtu pagi-pagi dah keluar. opss! bukan gi perhimpunan BERSIH tau, tapi gi jumpa kawan blogger sebab beli barang dari dia. TQ wanie!!!
lepas balik dari Shah Alam, terus gi 'rewang' umah nenek sedara papa. dia buat kenduri kawen tuk putera dan puteri dia. so, tolonglah sikit-sikit mana termampu kan. tolong lah sangat dengan 2 askar tu. hehe. bolehlah, tolong basuh telur masin, tolong kupas bawang. tu je kot termampu nak tolong. itu pun, anak dara dah mengamuk, anak bujang sampai basah kuyup. lepas zuhur terus balik umah tidurkan anak-anak. dengan mama dia sekali hanyut. hikhik. malam pulak di penuhi jemputan kenduri. ada 2 jemputan, kul 11 malam baru balik. sampai umah, tidurkan anak. biasalah dengan mama dia sekalilah lena kan.
Ahad pulak, papa ada kelas. so sebagai ibu tunggal tuk 1/2 hari tu memang tak menang tangan. serius tak dapat bayang kalo mama-mama yg tak dok serumah dengan suami tu. gila hebat! mama tabik lah kat lily mamazarazareef dan mama-mama lain yg sewaktu dengannya.hehehe

okeh... berbalik pada Cabaran Hari Ketiga kita! opening sikit punya panjang lebar. hik.

  1. gambar mama dengan kak Siti. dia lah BFF mama di tempat kerja. sejak 2009 until now, kami baik dan bukan je mcm BFF tapi dah jadi cam adik-beradik. no secret! Eh? tipu lah takde secret kan, but kami sentiasa berkongsi cerita dan rahsia. mama dengan kak siti ni bleh rapat sebab kak siti sebaya dengan kakak mama, Andak dan kak Siti selalu jadi pendengar setia mama. kisah suka dan duka mama. TQ akak!!! mucho graciass sista!!
  2. gambar kedua... my BFF a.k.a teman sehidup semati. dialah suami, dialah BFF dan dialah kekasih hati tuk forever. sampai syurga kalau boleh. sejak kenal dia since 2004, dan sejak itu lah kami berBFF. walaupun lebih banyak bergaduh dari berbaik, but kami tetap tak boleh nak berpisah. moga Allah terus berkati hubungan kami ni. InsyaAllah
  3. dan... BFF mama yg terakhir adalah my sista. Andak dan Endek. (gambar tu terselit my niece, kira HALAL la eh??) walaupun selalu bergaduh-bertekak, but kami tetap sisters. pertalian yg tak mungkin dapat dipisahkan. beza umur antara kami bukanlah rapat, mama beza 3tahun dengan Andak dan Andak pulak beza 3tahun dengan Endek. but kami berkongsi semua. kongsi rahsia, cerita & barang. hehehe

mama ni mudah mesra dan rapat dengan orang.kalo kena cara & gaya, memang boleh kamcing lah. setiap kali mama ada kat sesuatu tempat tu (sekolah/kolej/Uni/Office) mama akan ada sorang atau 2 kawan baik. yang sangat baik dan sampai sekarang jugak baik. antaranya... BFF masa kt SAMHSB, Ana Farhana, Ayu Shaliza, Izan, Asz & Azni. walaupun memasing sibuk dengan hal memasing, derang tetap BFF mama sampai mama mati. masa kt Matrik Dormate mama lah BFF mama, rindunya kat Ayu komplong, Izza, Nani,Has, Atun, Isha & Mimy. Persahabatan dengan derang takkan terputus, InsyaAllah. dan kat UiTM pun mama ada BFF gak, A'mirah, Ejan dll. semua pun masih BFF mama sampai sekarang dan insyaAllah sampai akhir hayat. cuma mama tak jumpa pulak gambar dengan derang, kat folder mana pun mama lupa. hehehe. but, derang tetap my BFF!!! love korang ketat-ketat.muuuaaaahhh!








--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Friday 27 April 2012

Hari Kedua - Maksud disebalik nama blog anda

Salam Jumaat semua :) semoga kita semua dapat keberkatan penghulu segala hari ni. InsyaAllah. Amin. :)

Wah, kembali kita dalam Cabaran 30 hari tuk hari kedua!!! (senyum dan teruja) macam mengacara lah pulak kan. Eh?

okeh, sebenarnya mama agak kompius dengan tajuk cabaran ni, maksud nama url atau nama blog neh?? hahaha..bantai lah... oleh kerana mama agak tamak, so mama bagi dua-dua maksud sekali. aci tak?kihkih

okeh.. pertama kita story pasal maksud nama url belog shayang ni...

http://mama-zahra.blogspot.com ini lah url belog ni, tapi ini kiranya url kedua. kalo korang still ingat, nama url belog ni yg asal adalah http://mamanurdiazahra.blogspot.com. masa 1st time buat belog ni, teruja yg amat. masa tu kan 2009, mama cuma ada Zahra. so, excited sangat terus letak mamanurdhiazahra. langsung tak fikir masa depan dah. hehe
tapi, bila papa mula plan nak tambah zuriat, terus rasa nak tukar url blog. kononnya taknak lah nanti mama cam shayang lebih kakak zahra, sebab tu mama bubuh nama kakak zahra sorang je. tapi, masa tukar tu bleh pulak takde idea nak bubuh apa. sudahnya bubuh gak mama-zahra, dengan harapan kalo zahra ada adik nanti, mama nak tukar lagi url mama-zahra-zharif. kalo adik lain nanti, mama-zahra-zharif-zahin ke.ini contoh je ye. tiada niat lain. wah! ada hati nak tambah nampak.kihkih.sudah! panjang bebenor kan??? kalo ada anak lain kang, tambah lagi kat belakang tu. akhirnya overlimit dah. ekeke. ngengada sangat lah kan. padahal sikit punya azab nak tukar url, segala link kena ubah, nuff nuff pun kena ubah. leceh! so, mama akan kekalkan nama url belog ni sampai satu masa yg mama sendiri tak ketahui. manatau nanti ada duit terlebih-lebih, bleh lah mama buat www.pinkmamadz.com kan.hikhik

okeh, intro pun dah panjang melalut. maksud url adalah sangat jelas disitu. iaitu, belog ni kepunyaan mama kepada zahra. walopon mama ada anak-anak yg lain selain zahra, tetaplah mama ni mama zahra kan??? sikit punya berbelit. tapi, korang yang pandai lagi bijaksana confirm faham kan??? kahkah

okeh.. kedua, kita story maksud nama belog pulak... yang korang sedia maklum nama belog ni tak pernah lagi mama tukar sejak azali iaitu ~Our Lil Sweet Home~. kenapa mama letak ~Our Lil Sweet Home~??? sebab... belog ni menceritakan tentang keluarga kami yg kecil dan sweet ni. tentang mama, papa, zahra, zharif dan anak-anak mama yg lain nanti. wahhh! hebak tak hebak perancangan mama. motippp? takde motip apa pun. sesaja je. oleh kerana keluarga kami kecil, mama letak lah lil disitu.kenapa home?? sebabnya, belog ni kira macam rumah mama lah. home sweet home gitu!. belog ni penuh dengan cerita suka dan duka, tawa dan tangis kami sekeluarga.apa sahaja berlaku dalam kehidupan mama, akan mama ceritakan dalam Rumah Kecil kami yg SWEET ini.... itupun kalau rajin update lah. kah.

Actually, mama ni sorang yg simple. apa yg terlintas dikepala hotak mama ni, itu lah yg mama tulis. mama tak suka serabut, tu yg main bedal letak nama blog tu. takde apa pun maksud disebaliknya. straight to the point gittewww! kalo hangpa semua tak faham gak, taktau lah mama kan..hehe

apa pun, mama shayang belog ni. walaupun ini sebenarnya bukanlah blog pertama mama. mama pernah ada blog masa mama bujang dulu. dan dah  tak pernah update pun. banyak kisah lampau dalam setiap entry tu. nak mama delete blog tu, mama dah lupa passwordnya. so, biarlah dia disitu.

ok, lupakan tentang blog lama tu. sekarang dan tuk selamanya, mama jadikan belog ni diary mama. supaya dapat mama kenang setiap kenangan yg mama abadikan dalam belog ni. dan anak-anak mama suatu hari nanti dapat baca jugak. tujuan mama buat blog, bukanlah tuk menunjuk-nunjuk tapi tuk dijadikan kenangan terindah dalam hidup mama. InsyaAllah :)


Selesai sudah Cabaran Hari Kedua. hope esok dapat teruskan cabaran. chaiyok!

psst: sesaja nak tempek gambar bleh x? gambar kami sekeluarga di USS :)







--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Thursday 26 April 2012

Hari Pertama -Gambar terbaru dan 15 perkara menarik tentang anda

ef="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-fJ3UYB0KkIwQIHrZDXjR9MEvLFWa_6pheUCcuzGElog1nvvuI4wc1OuxZY90VJKSUQpXOnldPTCMRxW-6I8PsNRn7iLrs4ZqBxSYt2oq3ZfKpb98QUobUroQR_wQVj25EPKyzWEXRo6w/s1600/Kapar-20120426-01292-715766.jpg">
Wah! semangat berkobar-kobar nak mulakan Cabaran 30hari ni.
ewaaah! jangan hangat-hangat chicken shit udah lah ye mamaDZ oi! hikhik

2 gambar ni, kiranya gambar terbaru mama lah... oh, tamak okeh nak letak 2 sekaligus. bajet ayu sangatlah mama ni kan. egegege

pic pakai tudung coklat tu, pic baru je tangkap semata-mata nak tepek dalam entry ni. semangat tak???
dan pic pakai tudung kuning (abaikan Zharif yg tgh ngempeng tu), pic bergaya ngan shawl shasmeen sakura Radiusite. amik gambar ni masa gi hantar mak mama gi Madrasah kat Jeram masa cuti pertabalan Agong tu. kira baru gak lah. lately ni rasa cam tak semangat pulak nak amik gambar sendiri. Eh?

Okeh, berbalik pada cabaran kita. tepek gambar terbaru, sudah. so, marilah mama reveal 15 perkara menarik tentang mama. ada ke fakta menarik banyak sampai camtu?

15 perkara menarik tentang mama DZ adalah..... (drum roll)
  1. mama pakai kasut size 3.5-4. (walaupun badan semakin bambam, kakiku tetap menten kiut gitu! wahh! perasan)
  2. mama pakai baju size S/M dan seluar jeans size 27.( berazam tuk turunkan berat supaya bleh pakai size XS dan seluar size 24. wah! tak agak-agak punya azam duh!)
  3. mama suka online shopping. kadang tu boleh habis duit sampai 2-3ratus dalam masa 1/2jam je. wah! hebak tak hebak lah kan. malah kadang tu, lebih dari tu. my fav blogshop are Thepoplook, sweetlike-marshmallow, dan semua blog jual hijab, i.e. FAREEDA, Radiusite, Alhumaira, Shawluver dll
  4. mama suka hang out ngan my sweet family. tak kesah lah kemana pun, janji cukup korum, mama,papa, Zahra & Zharif. kalo gi bercuti-cuti lagi lah suka kan, siapa tak suka travel angkat tangan??? mmg takde lah kot kan yg nak angkat tangan, semua suka betul tak? mama lagi lah suka dek non oii!
  5. mama suka blogwalking ke hijabistas a.k.a scarflets yg fofular seperti shea rasol, adriani adnan, arni yusnita sebab suka style derang. dan ada yg mama praktik. gila perasan muda duh! itu pun jika bersesuaian dgn umur dan status mama lah. mama gak suka usha-usha blog2 hijabers indonesia like Dian Pelangi, Dewi Neelam dll. suka gak style derang. sweet sgt tuk wanita bertudung.
  6. mama tak pernah berenggang dengan handphone & internet mama a.k.a my sweetberry. kalo ada henpon tp internet tadak pun, tarak syok wooo. sebab dgn enfon ni lah mama bukak facebook, twitter, emails dll. so, sangatlah BFF gittew! kalau tertinggal tu, rasa cam ada yg tak kena je.hehe
  7. mama tak boleh berenggang dgn handbag GUCCI & LV mama a.k.a Zahra & Zharif. walaupun mama tak sehat, sanggup jaga gak derang dan tak hantar gi umah baby sitter. walaupun aseklah menjerit macam tarzan, tetaplah nak jaga gak buah cinta mama tu. hikhik
  8. mama suka western food. spaghetti, pasta, pizza, chicken chop, steak adalah favorite  mama. dalam seminggu mesti nak bedal sekali. pehhh! sebab tu badan makin bambam. macam spaghetti & pasta memang selalunya mama masak sendiri lah. so, stok spaghetti & pasta mesti masuk dlm list groceries.
  9. mama suka baking. love it so much! seminggu sekali mesti nak baking. favorite mama Red Velvet Cake, Moist Choc Cake, Tiramisu & any dessert and cookies. kalo tak sempat mem- baking, mama mem- baking kat Secret Recipes je lah. heeee :D
  10. mama suka ice cream & chocolate. sbb bila stress je, terus cari ice cream atau chocolate. chocolate cadburry/kit kat mesti ada dalam handbag. sbb bila tension je, terus capai. ini jugak faktor penyebab mama makin bambam. hahaha
  11. mama suka tonton rancangan masak-masak. my favorite channel adalah Asian Food Channel 703. kalo takde drama yg best, mmg channel 303 lah mama tgk. 
  12. mama admire sangat Sazzy Falak. walaupun dia agak sexy, tp sweet je dia sbb dia kecik molek. ntah bile bleh jd kecik camtu ntah. berangan tak abis-abis. hik.
  13. mama suka handbag yang besar & luas. sebab mama suka bawak macam-macam barang dlm tu like enfon, galaxy tab,diapers anak, botol susu anak, sapu tangan, dll. my favorite brand GUESS and Charles & Keith. sbb derang punya koleksi tote bag sgt banyak. bukanlah mama tak minat COACH, LV, PRADA, LONGCHAMP dll tu. gila kau tak suka? cuma duit tak berapa banyak je. esok-esok kalo duit dah banyak, baru minat kot. hikhik. setakat nak pakai yg imitate tu, memang mama tak suka. tak suka perasan branded sgt padahal pakai tiruan punya. hehe
  14. mama suka bercakap. bleh bercakap non-stop berjam-jam gitu. especially dengan org yg rapat lah. dengan org yg kurang rapat, mama bleh jd pendiam dan keras macam patung. tapi kalo dah serasi, mmg bleh sembang semua perkara lah. hikhik
  15. mama suka merungut. yess! i know, ini bukan fakta menarik tapi ini lah hakikatnya. mama suka merungut pada semua perkara yg berlaku. merungut pasal driver depan kereta mama, merungut pasal Q pjg, pendek kata psl semua perkara lah, tak kira kecik atau besar. hikhik. teruk kan??? hahaha. ada haku kesah ke??
okeh, selesai Cabaran Hari Pertama!!! yeeyyyyy!!!!

korang sanggup ke???? jom lahhh!!!! kita cabar diri kita tuk jd blogger tegar.. haha. tegar lah sgt kan. ekeke

tadddaaaa!!! get ready tuk cabaran Hari Kedua :)
--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Wednesday 25 April 2012

Cabaran 30 hari!

Wah dah lama sangat tak updet belog shayang ni.
bukan dah tak shayang, tapi takde cerita best kot nak share ngan korang. hehe. lagi pun, cam tak cukup masa nak update.
mama ni busy mengalahkan rosmah. Eh?

Cabaran yang mama nak buat ni, bukan lah cabaran 30 hari tanpa nasi. oh, itu sangatlah ajaib kalau mama dapat buat kesayangans ku semua. memang pelik. sebab mama ni boleh meroyan kalau tak dapat nasi. eh eh?

tapi kan, cabaran yang mama cuba buat ni adalah.... cabaran tuk update belog selama 30 hari tanpa cuti. wah! hebak tak hebak lah kan. hik
itu pun, kalau mama mampu buat lah. tapi, mama nak cuba. motip??? takde cerita nak sembang ngan korang... so, mama buatlah cabaran ni... at least, ada gak tajuk nak sembang. so, belog ni takde lah bisu tanpa entry. ye dak? ok tak ok tak?

kalau korang nak follow sama, jom lah! esok kita mulakan Cabaran 30 hari!

mulai esok, entry mama adalah berdasarkan 30 cabaran kat bawah ni...

Hari Pertama -Gambar terbaru dan 15 perkara menarik tentang anda.
Hari Kedua - Maksud disebalik nama blog anda
Hari Ketiga - Gambar kamu dan sahabat baik kamu ( BFF lettew)
Hari Keempat - Habit/ Tabiat kamu yang kamu harap kamu takde
Hari Kelima - Gambar tempat yang kamu kunjungi
Hari Keenam - Super hero/heroin kesukaan dan kenapa kamu suka
Hari Ketujuh - Gambar seseorang/ sesuatu yang bagi impak besar pada kamu
Hari Kelapan - Matlamat jangka pendek (goal/wishlist) tuk bulan ini dan kenapa
Hari Kesembilan - Sesuatu yg kamu banggakn dalam beberapa hari lepas
Hari Kesepuluh - Lagu yg kamu dengar bila kamu gembira, sedih, bosan,gila dll
Hari kesebelas - Gambar kamu dan sahabat kamu (lagi)
Hari Kedua belas - Mana kamu tahu pasal Tumblr dan kenapa kamu buat akaun Tumblr
Hari Ketiga belas - Surat tuk seseorang yang melukakan kamu baru-baru ini
Hari Keempat belas - Gambar kamu dah keluarga
Hari Kelima belas - 10 lagu pertama yg kamu mainkan dalam iPod on shuffle
Hari Keenam belas - Gambar kamu (lagi)

Hari Ketujuh belas - Seseorang yang kamu nak bertukar tuk 1 hari dan kenapa
Hari Kelapan belas - Plan/ Impian/ Matlamat kamu
Hari Kesembilan belas - Nama timangan dan sebab kamu diberi nama itu
Hari Kedua puluh - Seseorang yang kamu lihat akan jadi pasangan kamu dimasa depan
Hari Kedua puluh satu - Gambar sesuatu yang buat kamu seronok
Hari Kedua puluh dua - Apa yang membezakan kamu dgn org lain
Hari Kedua puluh tiga - Sesuatu yang kamu inginkan (craving)
Hari Kedua puluh empat - Surat tuk ibu bapa kamu
Hari Kedua puluh lima - Apa yang ada dalam beg kamu
Hari Kedua puluh enam - Apa kami fikir tentang sahabat kamu
Hari Kedua puluh tujuh - Kenapa kamu buat cabaran 30 hari ini?
Hari Kedua puluh lapan - Gambar kamu tahun lepas dan hari ini, apa perubahan kamu sejak itu?
Hari Kedua puluh sembilan - Dalam beberapa bulan lepas, apa yang kamu pelajari
Hari Ketiga puluh - Siapa kamu?

Sebenarnya, saja je suka-suka buat cabaran ni. at least, ada gak topik nak sembang kan. yok! kita cabar diri kita bersama-sama. tadddaaaa!!!






--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Wednesday 18 April 2012

sudah cukup sudah

inikah caramu membalas cintaku?kau nodai cinta yang ku beri
inikah caramu membalas sayangku?kau lukai sayangku untukmu..
teganya kau menari diatas tangisanku
kau permainkanku sesuka hatimu..

sudah cukup cukup sudah..cukup sampai disini saja..
daripada hati gelisah
cintaku kau balas dengan dusta..

sudah cukup cukup sudah... cukup sampai disini saja..
daripada batin tersiksa..lebih baik ku pergi saja..

telah berulangkali kucuba mengalah
ternyata sabarku tak bererti untukmu..

sudah cukup sudah..... cukup sampai disini saja....

p/s: mama sedang diuji.... moga mama kuat hadapi ujian ini....

norlymamadz, sent from my Mr Samsung Tablet 10.1

Thursday 12 April 2012

Beralah tak beerti kalah

wahh! tajuk entry begitu drama sekali kan?
saja je nak propa! heeeee :D

okeh adik kakak semua, hari ni nak cerita kisah asam garam dalam rumah tangga. bukan tips ye, mama lom layak lagi nak ber-tips bagai lah. kahwen pun baru 5tahun lebih. kalau manusia, memang cakap pun pelat lagi ye tak??hikhik (gelak manja gitu =P)
saja je, nak membebel tak tentu hala kat sini. dalam bahasa lembutnya, mama hari ni nak bermonolog atau bahasa kasarnya, nak merungut. muahahaha

dah-dah, tak payah nak intro panjang sangat kot.
sebelum mulakan kisah selanjutnya, mama nak tanya kat adik kakak semua... kalau korang berselisih faham antara suami-isteri, siapa yang selalu beralah? ke korang suami-isteri ni hidup rukun dan aman damai? tak pernah bergaduh laki-bini, mahupun bertekak? wahhh! nak tips sikit!!!! Eh.
alah, korang pun tak payah nak drama sangat kot, mengaku je lah. suami atau isteri yang selalu beralah? ke korang cam mama gak, baik sendiri tak perlu sesiapa pun say sorry...

okeh, mama ngan papa kan, kalo bertekak, atau berselisih fahaman, atau bertegang urat, atau bergaduh atau bermasam muka kan, kitorang akan baik sendiri tanpa salah seorang minta maaf pun. tak payah lah nak bagi hadiah segala. memasing akan sms/whatsapp update terkini walaupun malam sebelum tu bergaduh. kekadang kalo bergaduh-merajuk malam tu, sampai memasing tidur peluk anak memasing, bangun pagi tu sambung merajuk dan pergi kerja sampai tak kiss-peluk bagai, nanti sampai office tetap lah memasing update berita terkini. so, petang tu balik keje memasing dah OK dan mulai hidup seperti biasa. hikhik. kelakar kan??? pastu kalau dah baik, mulalah nyesal malam semalam tak peluk-cium bagai. hahaha. kelakar.

tapi kan, sepanjang usia perkahwinan yang masih budak lagi ni kami tak pernah praktikkan sesi pujuk-memujuk, sesi bagi hadiah atau apa saja lah. rugi kan? kalau tak, mahunya hadiah tuk sesi pujukan dari papa tuk mama dah lebih 500biji. muahaha. ye lah, mama ni kan kuat merajuk. kih3 wah! nampak sangat dah bergaduh 500kali sepanjang kahwin. hahaha

mama ni kan, jenis yang kalau marah atau merajuk mama suka bagi sms yg sungguh haram-jadah yg tak pikir panjang kesan dari sms tu. seryas cam haram lah! bukan saja sms tau, kata-kata pun ikut sinis sekali. siryes kebudakan mama ni. padahal anak dah dua. muahaha

bagi mama lah kan, tak kesah lah siapa pun yang beralah atau mulakan berbaik. buat apa nak gaduh lama-lama. bukan seronok pun. bukan ada faedah pun. membazir air mata je. membazir masa. hidup kan singkat, baik kita enjoice!!!! hahaha. okeh, dah mula merepek entry ni.

yang paling penting, asalkan ikatan suci yg termeteri atas dasar suka sama suka ni tak hancur lebur sudah lah. dan anak-anak tak jadi mangsa rakus mama-papa yag kebudakan sampai bercerai-berai, padahal puncanya hanya kerana belacan dah lah kan. adoi, apa yang mama merepek ni!!!! okeh, yang penting rumah-tangga tetap bersatu, bak kata Liyana Jasmay la kan, cinta bersatu gitu! hikhik. apa pun, suka lah lagu baru LJ tu. sweet gitu!

siapa pun yang beralah, anda tidak kalah eh. sebenarnya andalah yg menang sebab berjaya memberhentikan peertelingkahan yang kadang-kadang sungguh mengarut puncanya. punca sebab salah beli apa yg dikirim lah, atau sebab lupa sms bila keje lebih masa lah, aduhainyapun.... benda kecik sangat kot. tak payahlah nak diperbesarkan. tak gitu cik bedah? jenab? kita berbaik lagi bagus dari gaduh tau, untung-untung dapat tambah zuriat. wah! lari topik dah ni.muehehee

apa pun alasan yang kita guna tuk merajuk dengan pasangan kita, jangan berlama-lama merajuk tu. kang tak pasal-pasal setan sibuk hasut kita sampai cerai-berai. kan payah tu. gaduh-gaduh manja tu biasalah, asam garam rumahtangga kan. kalo manis je, pun tak syok. nanti jadi penyakit kencing manis. kalau masin manjang pun tetap tak seronok, nanti penyakit darah tinggi pula datang kan. hikhik. so, yang sedang-sedang aja dong! sekarang ni tajuk entry kita penyakit bahaya ke beralah eh?? macam dah lari tajuk je. heee :D

tak kesah lah kesayangans semua, yang penting cuba sedaya upaya pertahan ikatan suci yg dibina tu dan senantiasa berdoa semoga Allah memberkati ikatan tu. sesama lah kita berdoa :)

okeh, sekian saja bebelan mama tuk hari ni. Assalamualaikum.













--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Monday 9 April 2012

cuti sakit sbb anak sakit. boleh?

salam isnin semua :-)
korang keje ke hari ni? mama MC, dari malam tadi semput. tidur pun asek terjaga sebab semput. pakai inhaler pun tak jalan. itu lah, semalam masak pun sambil kendong zharif mahunya tak semput hari ni...

actually, taknak MC hari ni, plan nak gi office lepas neb, tapi anak bujang pulak demam, batuk, kahak dan selsema. complete package gitu. tambah pulak mulut dia ada fungus. pecah-pecah macam ulser. sepanjang malam nak ngempeng je, maybe pedih kot mulut dia. cian anak bujang mama...

sudahnya, anak bujang dengan mama dia sekali kena neb. Dr suruh mama MC, sambil rehat sambil jaga anak sakit. boleh? kalau dah jaga anak sakit, memang takde istilah rehat lah gamaknya...

anak bujang ni sakit pun macam tak sakit. dok buat sepah seluruh rumah. manalah mama dia tak semput kan... dah lah dia suka betul sakat mama. bila mama guna inhaler je, mama letak je laju je dia tiru aksi mama guna inhaler. hari ni, bile kena neb tahu pulak nak nangis. hikhik... bertuah kan?

esok pasti keje banyak menanti kat office. hope Zharif sihat walafiat sok. amin.

norlymamadz, sent from my Mr Samsung

Wednesday 4 April 2012

kisah wirawan terulung

salam rabu semua :-)
selamat pagi.... (wah! serius rajin mama update pagi buta neh.hehe :P)
amacam korang keje tak hari ni? cuti ke MC? hehe
mama confirm bz hari ni, semalam pun kalut semacam sebab mama on leave hari isnin. hari ni la nak follow up status documents yg mama request dari auditee semalam. Lagi pun jumaat lepas mama emergency leave gara-gara rumah mak naik air. hujan lebat since 3pagi, tahu-tahu bangun kul 6 air dah paras betis dan semua barang dah terapung. uuwwwaaaaaa!!!!!
EL sebab nak bersihkan rumah.huhu. Alhamdulillah, takat hari ni rumah dah clear cuma bilik belakang dan stor je yg belum beres. huhu. ada sesapa nak tolong???? heeee ;P
tahun ni je, dah 2 kali air naik. serius penat nak bersihkan rumah tau. sampai semput mama dibuatnya. uuwwwaaaaa sekali lagi!!

Last friday gak la, mak mama discharge dari hospital besar klang setelah 4h 3mlm check in kat spital. suppose khamis mak dah discaj tapi pagi khamis tu kadar gula dalam darah mak turun ke 1.9 so terpaksa Dr tahan mak lagi kt spital. takut-takut mak kena strok. mintak jauh lah. amin. Dr cakap, kadar minimum gula dalam badan patutnya 3, if kurang dari tu berkemungkinan boleh kena strok tapi mujur mak kuat dan kak ngah ada teman mak pagi tu. cepat-cepat kak ngah panggil Dr. Alhamdulillah.... now mak dah beransur pulih berehat kat umah kak ngah... doakan mak mama eh kawan2!!!

okeh, berbalik pada tajuk entry. mama ni suka melalut kan. hikhik
actually mama nak story pasal encik wirawan terulung yang banyak berjasa pada kami sekeluarga. 'dia' lah yang bawak mama dan papa berdating masa zaman bertunang dulu. dialah jugak yg bawak mama gi ulang-alik checkup kt klinik kesihatan dan bawak mama gi spital masa nak bersalinkan zahra. fuh! banyak betul jasa baik dia. tapi sebelum kasih kami bertaut pada cik Persona non grata, encik wirawan terulung selalu mogok. walaupun banyak kali gi bawak jumpa Doktor tak bertauliah yang dok asek suruh kami tukar bateri en. wirawan, tapi at the end wirawan selalu lah tak boleh start time mama balik keje. paling dasyat masa mama Q nak bayar tol 50sen kt highway shapadu tu enjin dia mati tanpa ada amaran, ciskek betul tak pepasal abang drebar lori tolong tolak ketepi. hukhuk. sebab kejadian tu lah mama tekad pujuk papa beralih arah ke cik persona. walopon Doktor tak bertauliah yg pernah suggest mama tukar bateri en. wirawan tu jugak pernah perli mama. cakap mama ni nak berlagak pakai kereta baru. padahal tukar bateri je ok. tapi tiap kali wirawan tu mogok, dia dtg tlg ke??? tak la kan... dalam dok kutuk-kutuk mama tu, muka dia gak lah yg pinjam cik persona bile naj balik kampung. ciskek kan??

OK kisahnya camni, masa kami amik cik persona kami serahkan en. wirawan pada dealer proton edar. kira macam trade in la kan. setelah almost 4tahun kami bersama cik persona, tak pasal-pasal a few months ago, pihak bank call inform papa yg owner baru en.wirawan dah a few months tak bayar installment. ciskek sekali lagi! haramjadah! ntah bile pulak en. wiraan terulung tu bertukar tangan kami pun tak tahu. yang kami tahu, dia ada dalam simpanan proton edar. masa mula- mula kami amik cik persona tu, kami dah maklumkan dealer proton tu En. ANUAR, please inform kami dan bank if dapat jual en. wirawan tuk proses tukar nama. tapi nan ado. tetiba jadi camni. tak sakit hati ke?

papa ada gak try call dia, dia buat tak bersalah. at last kami dapat tahu, dia suka-suka hati mak bapak dia bagi abang dia pakai secara percuma kereta tu. ewah! ko ingat kami sedekah je kereta tu kat ko ke? memang dasar. ......! serius mama bengang ngan ANUAR tu. kalo ikutkan hati yang marah ni, nak je gi mpjumpa dia kat proton edar bukit raja klang tu, dan maki hamun dia. tapi tuan punya nama yg mukanya dah diconteng arang a.k.a papa sabarkan mama. papa cakap takde guna bercakap dgn manusia berhati binatang macam ANUAR tu. so, korang-korang semua, sila berhati-hati dgn dealaer bernama ANUAR ni eh kalo nak amik kereta proton. alah, korang mana pakai kereta mesia ye dak??? hehehe

so, isnin lepas mama dan papa amik cuti semata-mata nak setelkan hal en. wirawan ni. kami bagi surat kebenaran kepada bank tuk tarik kereta tu. terpaksalah kami tanggung segala tunggakan installment dan upah tarik kereta. kalo memang jodoh kami kuat dgn en. wirawan, kami akan jaga dia semula. insyaAllah...

sedih tak kisah wirawan terulung??? sedihkan, yang jadi mangsa kami.... hukhuk

okeh.... takmo sedih-sedih dah. mama nak bersiap gi keje, banyak keje menanti oh pagi ni. nak siapkan budak bertuah berdua ni. nak siapkan diri sendiri. kat opis nanti, keje melambak menanti. ahhhh! tension.....

assalamulaikum semua... selamat bekerja dgn ikhlas :-)


norlymamadz, sent from my Mr Samsung

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!