Saturday, November 21, 2009

Rahsia Surah Yassin Ayat Ke-58


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut..

"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu.

Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:

  1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
  2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam
  3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
  4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
  5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
  6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
  7. YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..
AMIN.


Wallahualam

Thursday, October 29, 2009

Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Wasalam

Wednesday, August 26, 2009

Cara Membuka Pintu Rezeki


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata .....

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
  • jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Saturday, August 22, 2009

May You Have A Blessed Ramadhan


 

MClone Copyright © 2009 Modified and Tweaked by LadyJava Creations