NUFFNANG

Friday 10 January 2014

Tun sindir Marina tak guna otak berfikir?

Tun sindir Marina tak guna otak berfikir?


Tun Dr Mahathir berkata lepas satu majlis di tabung Haji semalam bila kita suruh belajar bahasa Melayu, bangsa asing tak mahu guna bahasa Melayu dan mahu bercakap dan bersekolah Cina.

Tiba-tiba mereka mahu guna bahasa Melayu dalam bible. Apa niat tak baik Paderi Andrew Lawrence untuk berdegil menentang perlembagaan, undang-undang dan mahkamah dan engkar perintah Sultan?

Perkataan Allah adalah bahasa Arab. Kalau nak guna Bahasa Melayu / Malaysia maka God itu adalah Tuhan, gunalah perkataan Tuhan. Mengapa nak guna Allah juga yang dalam Bahasa Arab tu?

Maknanya puak menatang ni memang ada niat jahat..

Bekas Hakim Besar Tun Hamid pun timbulkan isu sama:


Niat jahat mubaligh Kristian itu didedahkan oleh video bekas Katolik berikut:



Takkanlah Marina tak ada otak untuk faham sindiran bapanya terhadap marina yang seolah-olah tidak boleh fikir. Malah Marina terus dengan keangkuhan dalam kebodohannya...


Adakah Marina yang hanya belajar ijazah kewartawanan itu sepandai dan sebijak ahli-ahli keluarganya yang lain?

Sebenarnya Marina tidaklah sebijak tapi hanya cakap penuh retorik dan sering kurang berfakta. Beliau menyebut kebebasan berugama dalam artikel 11 tapi itu saja yang dia tahu tanpa mengetahui ada kluasa yang menggariskan kebesan ugama dan sejarah penubuhan Malaysia.

Marina tidak berupaya menguasai fakta. Dia tidak sedar bahawa dia hanya dipergunakan oleh pembangkang dan gereja akan kebenciannya terhadap Islam untuk membenci kerajaan.


Marina tidak boleh berbincang dengan ikhlas. Dia hanya bercakap untuk menjadikan dirinya popular kepada hadirian yang beliau bercakap. Sering kali pandangannya bercanggah antara satu sama lain.

Kalau dia berdebat dan ditengah berdebat orang patahkan hujahnya, dia akan toleh tepi dan belah terus.

Marina hanya pembicara monolog dan pasti terduduk jika ada orang yang intelek sedia boleh berdebat dengannya.

source : aidc

No comments: