NUFFNANG

Saturday 4 January 2014

PM Najib, DPM Muhyiddin dan Rosmah! PM dikelentong Penasihat ... rakyat belum puashati

PM dikelentong Penasihat ... rakyat belum puashati



Kami mendapat pelbagai timbalbalas dari pelbagai pihak berkenaan 11 langkah penjimatan yang diumumkan PM.

Pendikkata, pengumuman penjimatan agak terlambat dan perkara yang diumumkan agak cetek dan tidak difikirkan dengan baik dan dalam. Ianya seolah-olah ide beberapa orang penasihat saja.

Tak sampai pun 2% dari expenditure kerajaan dijimat. PEMANDU masih wujud, begitu juga Talentcorp dan lain-lain agensi yang tak ada erti langsung.

Pelik pula PM kata rakyat puashati.



Menurut Malay Rights, PM syok sendiri ditipu oleh Penasihat-Pansihat. Baca sepenuh tulisannya diSINI.

Siapa lagi Penasihat-Penasihat PM kalau bukan Omar Ong, JJ, Idris Jala, dan beberapa lagi yang lain. Semua manusia yang tak duduk di bumi nyata, ada kepentingan peribadi dan kaki kelentong power point presentation saja.


Dahlah PM umumkan baru nak buat Makmal ketika sudah keluarkan Manifesto PRU, kali ini perasan rakyat terima baik.

Sebenarnya rakyat dah tahap marah dan tak mahu dengar jawapan teknikal. Mereka mahu jawapan yang meyakinkan dan bukan masih nak kaji kaji dan umum dulu ini komdian umum lagi.
source : the unspinners

No comments: