NUFFNANG

Sunday 12 January 2014

Persatuan Bible tetap mahu guna kalimah Allah

Persatuan Bible tetap mahu guna kalimah Allah

SHAH ALAM - Persatuan Bible Malaysia (BSM) tetap berkeras mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dengan alasan naskhah Bible itu mempunyai cop pengesahan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Presidennya, Lee Min Choon berkata, pihaknya menganggap tindakan itu adalah tidak salah mengikut undang-undang kerana ia mematuhi resolusi penyelesaian 10 perkara berkaitan penganut Kristian yang diputuskan Kabinet pada 2010.
Menurut beliau, antara perkara yang terkandung dalam resolusi berkenaan ialah membenarkan pengimportan, penggunaan dan percetakan kitab Bible berbahasa Melayu.

No comments: