NUFFNANG

Friday 10 January 2014

KALIMAH ALLAH: SIAPA YANG KELIRU, CELARU, MERAPU DAN MENIPU?

KALIMAH ALLAH: SIAPA YANG KELIRU, CELARU, MERAPU DAN MENIPU?




Apabila timbul polemik mengenai penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian Roman
Khatolik terdetik hati umat Islam untuk mengetahui mengapa pihak Kristian Roman
khatolik begitu beria-ia benar mahu menggunakannya. 

Bagi umat Islam, ia bukanlah soal penggunaan tetapi soal penyalahgunaan yang
tujuannya adalah untuk mengelirukan seterusnya menjadi senjata untuk memurtadkan
umat Islam sendiri. 

Memanglah Allah s.w.t itu pencipta langit dan bumi. Namun kepercayaan tersebut
terpesong bilamana ada pihak yang keliru dengan ‘akidahnya’ sendiri cuba
memaksakan kecelaruan akidahnya kepada umat Islam. 

Kajian dan pemerhatian di seluruh dunia menunjukkan timbul kepelbagaian aliran dan
mazhab dalam ajaran Kristian itu sendiri akibat ketidakpastian dan kecelaruan mereka
mentafsir makna Tuhan. Timbul pelbagai fikiran yang merapu-rapu dan tipu menipu
demi mencari pengaruh. 

Buktinya kita lihat sendiri perbandingan dasar dan konsep ketuhanan pelbagai aliran dan
mazhab dalam Kristian itu sendiri.

    
Bil
Aliran / Mazhab Gereja
Dasar dan Konsep Ketuhanan
1
Roman Khatolik
Menerajui fahaman Trinity – tiga kuasa bersekutu yang memerintah alam; Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus) dan Ruh Kudus (Holy Spirit).

Vatican menggunakan istilah God, Yahweh, Ella, Elohim bukannya Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

God disembah sebagai Bapa kepada Jesus. Maria sebagai isteri God, Jesus sebagai penyelamat dan penebus dosa manusia sementara Roh Kudus membawa petunjuk kepada penganut Kristian yang dianggap sebagai anak-anak Tuhan.  

2
Orthodox
Pada mulanya menolak konsep Trinity dengan menerima Jesus sebagai manusia yang dilantik menjadi nabi bukannya Tuhan. Roh Kudus merupakan perantara wahyu kepada Jesus. Namun kepercayaan tersebut berubah dengan pengaruh dari Khatolik.

Allah dianggap sebagai Tuhan Bapa yang mempunyai anak dan diangkat sebagai Tuhan Anak. Sementara Maryam (Maria) sebagai Tuhan Ibu dan kadangkala dianggap sebagai Ibu kepada Tuhan Jesus. Manakala para paderi dan biarawati mereka adalah anak-anak yang dilahirkan oleh Tuhan Bapa untuk berbakti kepada gereja.

Aliran ini berkembang di Negara-negara Timur Tengah dan dikenali sebagai Kristian Coptic, Assyrian, Armenian dan Habasyah

3
Protestant
Mempercayai konsep Trinity namun menolak dominasi Pope Khatolik sebagai wakil Tuhan Trinity yang berkuasa penuh terhadap kristianiti dan berkuasa mengampunkan dosa-dosa penganut Kristian melalui pengeluaran surat pengampunan dosa yang dikenakan bayaran tertentu mengikut tahap dosa seseorang.

Bersaing hebat dengan fahaman Khatolik dalam mencari pengaruh di kalangan manusia untuk menyebarkan Kristian.  

4
Lutheran
Merupakan pecahan dari aliran Protestan namun tetap mempercayai konsep Trinity, Maria adalah isteri Tuhan dan Jesus pula anak Tuhan yang telah mengorbankan dirinya bagi mengampunkan dosa-dosa manusia dan akan turun ke bumi suatu hari nanti untuk menyelamatkan manusia.

5
Anglican
Mempercayai Tuhan itu Satu. Namun Jesus adalah manusia yang memiliki sifat-sifat ketuhanan yang diturunkan kepada manusia bagi menebus dosa-dosa manusia melalui hukuman salib yang dijatuhkan ke atasnya.

Roh Kudus pula adalah roh yang keluar dari zat-zat Tuhan Bapa dan anaknya; Jesus untuk menyampaikan wahyu kepada anak-anak Tuhan di dunia yang merupakan para penganut Anglikan.

6
Methodist
Merupakan pecahan aliran Anglican yang mempercayai konsep Trinity sebagai dasar agama Kristian. Menggunakan kaedah atau methodmengabdikan diri pada kuasa Trinity sebagai proses penyucian diri menjadi penganut Kristian sejati.

Penganut aliran ini menganggap diri mereka sebagai anak-anak Jesus yang menyatu dengan roh Tuhan Bapa untuk kesempurnaan amalan kerohanian mereka.

7
Bibles’ Church
Mempercayai konsep Trinity bahawa Tuhan Bapa memilih penganut aliran ini untuk menjadi manusia yang baik dan sanggup berbakti kepada masyarakat sepertimana Anak Tuhan Jesus.

Maria sebagai ibu Jesus akan memberkati penganut aliran ini dan memberi restu kepada penganut aliran ini memasuki syurga apabila mati kelak untuk bertemu dan berkasih sayang dengan Tuhan Bapa.  

8
Pentecostal
Mengubahsuai konsep Trinity dengan mempercayai Tuhan boleh wujud dan berperanan sebagaimana manusia. Penganut aliran ini percaya Roh Kudus hadir untuk membimbing dan menentukan kehidupan manusia sebagai anak-anak Jesus.

Mereka juga percaya boleh berkomunikasi dengan Roh Kudus untuk mendapat apajua petunjuk dan kasih sayang Tuhan.

Pembaptisan dilakukan untuk menyucikan dan mendekatkan diri dengan Tuhan Jesus sepertimana diperintahkan oleh Tuhan Bapa.

9
Presbyterian /Hervormd
Mempercayai upacara pembaptisan anak-anak kecil membolehkan mereka diterima sebagai anak-anak Tuhan sepertimana Jesus yang dianggap anak Tuhan dan anak Maria yang merupakan isteri Tuhan di bumi. 

10
Jehovah
Tidak percaya pada konsep Trinity dan kewujudan Tuhan. Juga tidak mengakui Jesus dan Roh Kudus sebagai Allah. Kematian Jesus ditiang salib tidak dapat sama sekali menebus dosa semua manusia tetapi hanya dosa Nabi Adam sahaja.

Percaya hanya pengikut mereka sahaja yang akan diselamatkan oleh Jesus manakala golongan lain sesat dan masuk neraka.

11
Mormon - Church of Latter Day Saint
Mempercayai Tuhan (God) boleh dirasai dan mempunyai kekuatan luar biasa. Tuhan itu adalah jelmaan Nabi Adam yang dibaptis dan berkahwin dengan Maryam lalu melahirkan Jesus yang akhirnya bertukar menjadi Lucifer (anak syaitan). Aliran ini percaya poligami adalah medium mendekatkan diri dengan Tuhan dan menambah bilangan penganut Mormon.

Mempercayai penganut Mormon yang ramai akan menjadi penyelamat manusia dihari kiamat nanti.

12
Children of God
Tidak menerima konsep Trinity kerana God merupakan Tuhan yang Seksi (Sexy God) yang hanya menerima keimanan manusia secara total melalui jalan kepuasan seks sesama penganut aliran ini.

13
Christian Science
Jesus bukannya Tuhan dan ia hanya suatu khayalan semata-mata. Sebaliknya Roh Kudus adalah Ruh yang memberikan ilham dan penghibur kepada manusia. Memuja Ruh Kudus sebagai Pembimbing yang berkuasa.

14
Baptist
Menganggap Tuhan Jesus hanya menerima penganut aliran mereka sahaja dan akan masuk syurga.

Penganutnya yang dewasa dibaptiskan ke dalam air untuk mensucikan roh agar dapat mendekatkan diri dengan Tuhan Bapa.

Menentang pembaptisan terhadap bayi yang dianggap menyeleweng dari ajaran bible.

15
Adventist 7 Day’s
Mempercayai Jesus Christ sebagai anak Tuhan yang akan turun ke bumi bila-bila masa saja untuk menyelamat dan menebus dosa-dosa manusia.

Mereka memilih hari Sabtu sebagai hari suci / Sabbath sepertimana penganut Yahudi dan mengutuk penganut aliran Kristian lain yang beribadat di gereja pada hari Ahad.

16
Charismatic
Mempercayai kewujudan kuasa Trinity tetapi lebih mementingkan Ruh Kudus dan menuduh aliran gereja lain tidak sempurna / terpesong kerana tidak memuliakan Ruh Kudus.

Mendekatkan diri dengan Tuhan secara meditasi dan menganggap diri mereka memiliki ruh dan kuasa kebatinan yang boleh meramalkan sesuatu kejadian dengan kuasa resapan Ruh Kudus tersebut.

17
Bethany
Mempercayai Jesus adalah Tuhan Penyelamat dan penebus dosa kepada umat manusia.

Gereja menjadi institusi kerohanian yang boleh mengampuni dosa-dosa manusia dan mendapat restu Tuhan Bapa.

18
Evangelical
Mempercayai Roh Kudus sentiasa mendorong penganut-penganut Kristian agar mengakui Jesus sebagai Juruselamat untuk mendapat belas kasihan Tuhan Bapa di dunia ini. 

Apabila mati roh-roh manusia akan bertemu dan mendapat kasih sayang Tuhan Bapa di syurga.

19
Calvinist
Mempercayai konsep Trinity dengan menyanjung Tuhan Bapa sebagai pencipta alam semesta dan manusia dengan tujuan supaya manusia memuliakannya.

Manusia yang berdosa akan diampunkan oleh Tuhan Bapa jika mereka memuliakan Jesus sebagai anaknya yang suci dan penyelamat manusia.  

20
Reformed
Merupakan pecahan aliran Protestan yang menolak dominasi Khatolik dengan mempercayai proses pembaharuan Kristian dalam konsep Trinity dan tidak tertakluk pada fahaman lama.

Penganutnya dibolehkan berasimilasi kepercayaan dengan penganut lain bagi mencapai tahap keimanan yang tinggi seterusnya membaptiskan mereka sebagai pengikut Jesus.

21
Scientology
Menolak kewujudan Tuhan dan konsep Trinity dengan menjadi seorang ateis. Tuhan bersifat infiniti dan tidak boleh nampak. Kesempurnan hidup akan tercapai jika manusia mendapat kebebasan total jiwa dan pemikirannya. Manusia tidak perlu takut pada dosa dan pahala.

Mereka akan memasuki syurga dan menjalani hidup yang bebas diakhirat kelak lebih baik dari di dunia ini.

22
Jedi Church

Dicipta dan dianuti oleh sebahagian penganut Kristian yang mengagumi filem Star Wars dan watak-wataknya.

Menolak sebarang konsep ketuhanan dan trinity kerana percaya pada kuasa diri dan menjadikan kata-kata ‘May Force with You’ sebagai dorongan menjadi Jedi yang berkuasa dan dihormati.

Penganut aliran ini semuanya kesatria Jedi belaka yang bertanggungjawab menjaga bumi dan menentang kuasa jahat.

















Kesimpulan yang kami dapat buat bahawa golongan Kristian sendiri keliru dengan
sifat ketuhanan dengan mencampur adukkan kepercayaan mistik dan khayalan
untuk menterjemahkan God atau Tuhan kepada Allah. Mereka sendiri bercelaru dan
tidak ada kepastian cara beribadat sepertimana umat Islam. 

Tak perlu jika ada orang yang tak tahu mendakwa bahawa Syiah dan Qadyiani-Ahmadiyah
itu sebagai ajaran Islam. Sudah nyata aliran-aliran ini sesat dan terkeluar dari syariat
Islam. Islam hanya mengiktiraf 4 mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) iaitu Hambali,
Maliki, Hanafi dan Syafie. Manakala Wahhabi, Salafi adalah aliran pemikiran dalam Islam dan
masih lagi ASWJ. Sedangkan terdapat lebih 200 aliran Kristian dalam pelbagai bentuk di
pelbagai negara. 

Perselisihan antara aliran-aliran dalam Kristian berlarutan sejak dahulu lagi hingga s
ekarang. Mereka bergaduh hingga membawa kepada peperangan di antara empayar
Yunani, empayar British – Perancis hinggalah ke gerakan pemisah Irish menentang
United Kingdom di Ireland Utara di antara penganut Khatolik dan Protestan. 

Di Malaysia juga tidak terkecuali apabila pengaruh aliran gereja Protestan semakin
berkembang menyaingi gereja Roman Khatolik. Sementara aliran-aliran Protestan lain
seperti Methodist, Anglican, Presbyterian, Adventist, Charismatic dan sebagainya juga
semakin berkembang hingga melemahkan pengaruh Khatolik. Jadi untuk menaikkan
kembali pengaruh aliran khatolik maka suatu isu perlu dicipta dengan menjadikan umat
Islam sebagai kambing hitam dan polemik kalimah Allah adalah caranya bagi
menyatukan golongan-golongan kristian yang berpecah ini. 

Andrew Lawrence: Nak jadi paderi besar rupanya...patutlah garang semacam!

Yang kami tahu paderi Murphy Pakiam telah bersara di kala umurnya 75 tahun sebagai
ketua Paderi Roman Khatolik pada 14 Disember lalu. Tempatnya berkemungkinan akan
diganti oleh Andrew Lawrence sebagai paderi yang senior. Berkemungkinan ada calon
lain lebih senior namum Andrew merasakan perlu dirinya menjadi lebih garang
untuk mempromosikan dirinya menjadi paderi baru. 

Mungkin seronok menjadi paderi besar kerana pengaruhnya lebih dari paderi-paderi
Kristian aliran lain, selain mendapat imbuhan wang yang begitu besar dari Vatican.
dapat juga komisyen dari wang pengampunan dosa penganut-penganut khatolik
yang bertaubat. Makin besar dosa maka makin besar wang tebusan yang perlu dibayar
pada paderi besar. 

Pada kami juga macamlah tak der warna lain, dulu dan kini hanya bagi yang hitam gelap
mengelip saja ka jadi ketua paderi. Yang ‘putih sepet’ memang bodoh-bodoh belaka
cuma layak jadi sapi perahan atau tukang salak saja. 

Mungkin juga atas desakan dan pengaruh DAP, isu kalimah Allah sentiasa dihangatkan
kununnya berlakunya diskriminasi kerajaan Malaysia (baca kerajaan
Melayu-Islam-UMNO) terhadap kaum minoriti. DAP ingin memastikan kehangat isu
ini menjadi momentum kemarahan rakyat terhadap kerajaan terutama sekali menjelang
PRK Sarawak untuk mempengaruhi kaum majoriti bumiputera di sana agar menolak BN. 

Seterusnya, polemik kalimah Allah ini juga akan menjadi kemarahan berganda rakyat
terhadap kerajaan yang dilihat sengaja menganiaya rakyat dengan isu kenaikkan harga
barang. Justeru pihak kristian akan dilihat sebagai penyelamat /Mesiah kepada kegawatan
ini. Cubalah kita lihatposter-poster bersimbolkan lambaian tangan, burung merpati atau
bunga Pakatan Rakyat, semuanya ada unsur kristian bukan? 

Kini mereka dalam masa yang sama telah melakukan proses pendaftaran dan
pemindahan pengundi secara senyap-senyap ke kawasan-kawasan yang dimenangi
BN /UMNO untuk menjatuhkan kerajaan pada PRN Sarawak dan juga PRU 14 nanti. Tak
percaya cuba periksa. Sebab tu mereka boleh menang besar di Selangor,Pulau Pinang, Johor
dan Perak. 

Pesan kami sebagai umat Islam marilah kita bersatu padu elakkan persengketaan kerana
ia akan melemahkan kita sendiri. 

Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam 
kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara 
sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati 
mereka berpecah belah. Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka adalah kaum 
yang tidak mengerti. (Qs. Al Hasyr : 14).

source : mymassa

No comments: