NUFFNANG

Saturday 11 January 2014

Ini keputusan mahkamah kes Anwar signal Azmin masa Bersih 3.0

Ini keputusan mahkamah kes Anwar signal Azmin masa Bersih 3.0

anwar-bersih3.0xx

Ingat lagi senario himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan macam bagi signal kepada Azmin Ali suruh rempuh Dataran Merdeka.

Petang Jumaat,Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan Ketua Pembangkang itu dan lima yang lain.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Ahmad Bache.
Beliau membenarkan permohonan mereka selepas mendapati pertuduhan berkenaan tidak berasas, susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan perintah Mahkamah Majistret melarang Dataran Merdeka dijadikan venue perhimpunan, sebagai tidak sah.
"Selepas menimbangkan hujahan kedua-dua pihak dan merujuknya dengan beberapa pihak berkuasa, saya dengan ini mendapati pertuduhan, adalah cacat susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan perintah itu sebagai tidak sah.
"Oleh yang demikian, didapati pertuduhan adalah tidak berasas," kata hakim.
Ahmad turut menolak permohonan pihak pendakwaan untuk penangguhan perbicaraan, sementara menunggu permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap perintah Mahkamah Majistret.
Beliau berkata mahkamah mengambil perhatian bahawa rayuan ke mahkamah lebih tinggi, dalam kes ini di Mahkamah Persekutuan, tidak dapat berperanan untuk menangguhkan pelaksanaan mana-mana penghakiman atau perintah dikeluarkan mahkamah (Mahkamah Rayuan).
"Keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan ini, dipatuhi.
Lagipun, pihak pendakwaan sepatutnya membuat permohonan seumpama itu di Mahkamah Rayuan sendiri," katanya.
Anwar, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin, Timbalan Ketua PKR Rasah, Tangam Raju, peguam Rajesh Kumar dan pemandu van Farhan Ibrahim memfailkan permohonan DNA semalam.
Pada 22 Mei, 2012, Anwar, 65, dituduh secara bersama-sama dengan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, 49, dan Badrul Hisham, 35, menyertai protes jalanan di lokasi itu pada 28 April tahun yang sama, yang didakwa telah mencetuskan huru-hara di ibu negara.
Ketiga-tiga mereka turut menghadapi pertuduhan kedua iaitu bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim dengan cara menghasut mereka untuk mengalih penghadang besi di Jalan Raja pada hari yang sama.
Mereka merupakan yang pertama dituduh mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.
Kemudiannya, ketiga-tiga mereka juga berdepan pertuduhan ketiga iaitu bersubahat dengan Tangam, Rajesh, Farhan dan lima lagi penyokong "Coalition for Free and Fair Elections' (Bersih 3.0) untuk melanggar perintah Mahkamah Majiastret bertarikh 26 April, 2012 supaya tidak mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei, 2012.
Peguam S. N. Nair dan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili Badrul Hisham, Karpal Singh mewakili Anwar manakala Azmin diwakili Gucharan Singh.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.
source : ad

No comments: