NUFFNANG

Saturday 11 January 2014

GEMPAQ DAN TANDA TANYA!!? Mesej Anwar Di Sebalik Amaran ‘Cina Di Bandar Kena Bantu.. Jangan Persulitkan Kerja Kita’

Mesej Anwar Di Sebalik Amaran ‘Cina Di Bandar Kena Bantu.. Jangan Persulitkan Kerja Kita’

AIDCNews – 10/1/14 – Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada masyarakat Cina di bandar harus membantu dan bukannya menambahkan kesulitan terhadap usaha yang dilakukan oleh pakatan pembangkang di negara ini.
Cina di bandar pun harus tahu bahawa dia kena bantu, jangan dok tambah kenyataan yang mempersulitkan kerja kita.
“Umpamanya bila ada cadangan, apa masalah serbuan, selesaikan masalah serbuan, ini tidak, ‘pinda undang-undang,’ dah orang panik pula,” kata Anwar pada 5 Januari, di Pusat Reformasi, Demokrasi dan Inisiatif Sosial, Puchong.
The Malaysian Insider menjelaskan amaran Anwar itu ditujukan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP – Yeo Bee Yin (Damansara) Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Kampung Tunku) mencadangkan pindaan ke atas Enakmen 1988 yang digubal semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) menyekat bukan Islam dari menggunakan 35 perkataan Arab dalam amalan beragama mereka termasuk Allah, Injil dan Insya’Allah.
Cadangan tiga ADUN DAP itu susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Persatuan BibleMalaysia (PBM) dan merampas 300 Bible berbahasa Melayu serta Iban.
Anwar menjelaskan tindakan tiga ADUN DAP itu dilihat sebagai ‘keterlaluan’ dan boleh merugikan PR.
“Sekarang ini bacaannya bahawa ada sesetengah Pakatan Rakyat ini keterlaluan, dia nak gunakan kuasa ini nak menolak kedudukan Islam dalam negeri,”katanya.
Menurut Anwar cadangan tiga ADUN DAP itu akan membuka dimensi perdebatan polemik baru.
“Dah terbuka polemik baru tentang sama ada, kita gunakan kuasa Pakatan Rakyat itu (untuk) menidakkan (kedudukan Islam)..adalah keutamaannya dan ada juga cara dia.
“Kita harus sensitif kerana isu ini besar,”kata Anwar.
Sementara itu, blogger Helen Ang mendakwa cadangan tiga ADUN DAP merupakan luahan sebenar parti itu terhadap enakmen berkaitan Islam di Selangor.
Hannah Yeoh dan Rajiv Rishyakaran
Menurut blogger itu cadangan itu berkemungkinan didalangi oleh Tonny Pua, pengerusi DAP Selangor dengan kerjasama Hannah Yeoh, Naib Pengerusi DAP Selangor yang juga speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).
“ADUN-ADUN DAP yang menjuarai puak Kristian ialah pertamanya Yeo Bee Yin, wakil Damansara Utama, iaitu kawasan di mana terletaknya Bible Society yang diserbu Jais itu, keduanya Lau Weng San (Kampung Tunku, PJ Utara) dan ketiganya Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing, PJ Selatan).
“Rajiv ialah bekas pembantu peribadi Hannah Yeoh sementara Yeo Bee Yin adalah bekas pembantu peribadi Tony Pua,’ dedahnya dalam artikel bertajuk “Mahu Enakmen 1988 dipinda: Adakah Puan Speaker dalang buat onar ?

source : aidc

No comments: