NUFFNANG

Thursday 19 December 2013

Hanya Bersandarkan Satu Akuan Bersumpah, Anwar Cuba Lagi Gugurkan Shafie

Hanya Bersandarkan Satu Akuan Bersumpah, Anwar Cuba Lagi Gugurkan Shafie

AIDCNews – 02/12/13 – Hanya bersandar satu laporan akuan bersumpah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha sekali lagi untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwa raya bagi kes liwat II.
Anwar mendakwa Shafee telah menyembunyikan bukti-bukti yang didakwanya sebagai salahguna kuasa dan rasuah Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam kes Pulau Batu Puteh.
“Saya akan berbincang dengan peguam saya untuk segera memulakan prosedur dengan Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan pelantikan beliau,” kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini
Bagaimanapun, dakwaan Anwar itu lapor bnbbc.my hanya bersandarkan kepada akuan bersumpah yang dibuat oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim baru-baru ini.
“Tindakan Anwar cuba mengaitkan Shafie dengan dakwaan rasuah ini sudah boleh dijangka kerana rayuan beliau untuk mengggugurkan Shafee sebagai Timbalan Pendakwaraya dalam kes rayuan liwat II beliau di mana Mahkamah Persekutuan ditolak sebulat suara oleh hakim,” ulas bnbbc.my.
Mengulas dakwaan Mat Zain dalam akaun bersumpahnya, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman dilaporkan The Malaysian Insider mempersoalkan mengapa Mat Zain enggan membuat laporan polis supaya kes itu boleh disiasat lanjut.
“Kita tak tahu sekiranya beliau (Mat Zain) mempunyai agenda lain. Tak guna beliau berselindung di sebalik SD yang kandungannya mungkin khabar angin,” katanya.
Bekas pembantu Anwar, Yukets Vijay sebelum ini mendakwa Mat Zain merupakan ‘orang Anwar’ dan akan akan menghantar email kepada Ketua Pembangkang itu terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pihak lain.

source : aidc

No comments: