NUFFNANG

Wednesday 17 July 2013

Chameleon Malaysia + Chameleon Indonesia = ??????

Chameleon Malaysia + Chameleon Indonesia = ??????


Kecoh juga di dalam team PKR semalam apabila serangan mengenai isu dana asing dibangkitkan di dalam dewan. Anwar panas punggung. 

Tiba-tiba naik angin dan membacakan SMS yang kononnya diperoleh daripada Pak Jusuf Kalla, mengenai tindakan undang-undang yang bakal diambil kepada BH.
jusuf kalla
Benarkah Jusuf Kalla Berbuka Puasa di Segambut? 
Benarkah ada 4 NOTA Bantahan Kepada BH?
Yang menjadi kemusykilan, BH hanya melaporkan apa yang dinyatakan di dalam blog lain. Tanpa editing dan penambahan.
HIMPUNAN BLACK OUT 505

MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di  seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum  baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?

JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar  dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina,  dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki.   Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan  sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan  itu. 

Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah  rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.

Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi  keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri  bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti  DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas,  ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli  parlimen dari parti lain.

Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan  Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan  sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.

Kita dah nyatakan banyak kali, bahawa ini adalah wawancara Pak Jusuf Kalla dengan majalah online. Tapi kali ini, kononnya Jusuf Kalla sudah konar baring, dan buat kenyataan yang lain pula?

Andaikata ada usaha anak Bugis Jusuf Kalla nak konar baring, kita boleh tahu kenapa.

Dia nak bertanding Presiden Indonesia tahun hadapan. Berhadapan dengan ramai calon-calon lain. Gertak Anwar, jika Pak Jusuf tidak membantu, dia akan membulatkan sokongan kepada calon lain dalam PEMILU itu nanti. Apakah itu sebabnya.
1. Megawati Soekarnoputri
2 . Prabowo Subianto
3. Aburizal Bakrie
4. Jusuf Kalla
5. Hatta Radjasa
6. Wiranto
7. Dahlan Iskan
8. Agum Gumelar
9. Sutiyoso
10. Anis Baswedan
11. Surya Paloh
12. Muhaimin Iskandar
13. Mahfud MD
14. Jokowi
15. Rhoma Irama
16. Gita Wirjawan
17. Ani Yudhoyono
18. Sri Sultan HB X
19. Hidayat Nur Wahid
20. Puan Maharani

Dalam kaji selidik oleh Soegeng Sarjadi Syndicate, populariti Prabowo Subianto mengatasi bekas Presiden, Megawati Soekarnoputri dan bekas Naib Presiden, Jusuf Kalla.
Prabowo, yang juga bekas pegawai tinggi tentera darat Indonesia yang  berpangkat jeneral tiga bintang dan bekas menantu Soeharto itu dipilih  oleh 25.8 peratus daripada 2,192 responden sebagai calon presiden  Indonesia 2014 kerana dianggap tegas dan berani membuat keputusan.
Sementara itu, Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan  (PDI-P) Megawati, berada di kedudukan kedua dengan mendapat 22.4 peratus sokongan,Jusuf Kalla tokoh dari Parti Golkar di tempat ketiga dengan  14.9 peratussokongan manakala Ketua Umum Parti Golkar, Aburizal Bakrie  mendapat 10.6 peratus sokongan.
Cadangan Anwar, peningkatan Prabowo boleh mudah dirosakkan dengan apa yang berlaku di Egypt. Anwar boleh minta akhbar antarabangsa mula membayangkan Prabowo adalah SOEHARTO in the making, jika itu boleh membantu Jusuf Kalla. Semua orang tahu, Anwar boleh menggunakan networknya di Washington untuk merosakkan peluang Prabowo. Sangat mudah.
PKR HQ sudah dioffer oleh Anwar menjadi gerak media serantau kepada Jusuf Kalla. Beberapa orang staff PKR HQ sedia diterbangkan ke Jakarta bagi membantu pembentukan imej baru dan stail JK yang baru.
Dana juga boleh diatur susun dengan kaedah yang betul. PKR HQ boleh membantu setakat yang boleh.
Anwar turut memberi gertak bahawa, segala kekuatan linkage antarabangsanya akan digunakan bagi memastikan Jusuf Kalla dilonjak kepada kedudukan yang lebih baik.
Selain daripada itu, soalan yang patut kita tanya Anwar:-
- Apakah benar Jusuf Kalla berada di Malaysia malam kelmarin dan ber-IFTAR dengan Anwar di Segambut. Hasil selidik blog ini dengan rakan akhbar di Indonesia, pada petang/malam yang sama, Jusuf Kalla mempunyai wawancara khas dengan akhbar Tempo. Kecualilah wawancara tersebut dilakukan melalui fon.
- Mengenali Anwar, apakah dia tidak membesarkan isu jika benar pak Jusuf Kalla berada di rumahnya pada malam kelmarin. Tiada gambar. Tiada update di blog. Tiada tweet. Kenapa Malaysiakini, TMI, fz.com, MalayMail Online dan semua akhbar pro-Anwar tidak dijemput dan membenarkan Jusuf Kalla membersihkan nama Anwar seluruhnya malam tersebut?
- Benarkah ada 4 NOTA BANTAHAN kepada BH? Mohon dedahkan.
p/s: Jusuf Kalla ini tidak cukup INCI. Rendang. Hati-hati bila bermain dengan orang rendang ini. Bahaya. Kata orang tua.

source: gelagat anwar

No comments: