AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN PKPK SEMPENA MENYAMBUT KEHADIRAN RAMADHAN 1431H
Sukacita dimaklumkan, pihak PKPK akan menganjurkan beberapa aktiviti sepanjang Ramadhan pada tahun ini. Semua warga POLISAS yang beragama Islam dijemput menyertai program ini.
Aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-
i) Slot 1 : Ceramah Isra' Mikraj : Pengajaran Yang Tersurat & Tersirat, oleh Ustaz Saudi bin Saad Pada 28 Julai 2010 (Rabu)
ii) Slot 2 : Ceramah Tuntutan Sya'aban : Matlamat Insan Kamil, oleh Ustaz Mohd. Zainudian bin Zakaria Pada 05 Ogos 2010 (Khamis)
iii) Slot 3 : Ceramah Ramadhan : Kedatangannya Yang Ditunggu-tunggu, oleh Ustaz Mansor bin Ahmad Pada 17 Ogos 2010 (Selasa)
iv) Slot 4 : Mega Tadarus Pada 25 Ogos 2010 (Rabu)
Program Tahlil Arwah Sempena Ramadhan juga dianjurkan dengan penyertaan RM20/arwah. Sila hubungi Pengerusi Biro Kebajikan PKPK (En. Mohd. Khaspi bin Kosnin) untuk keterangan lanjut.
Segala kerjasama dan usaha tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sumber : PKPK/BK/09(08)