Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 31 Julai 2008

HOSPITAL PUSRAWI MASUK DALAM PERKAKAS TERBARU UMNO

Oleh : Ulit Mayang

Nampaknya semua harta benda yang ada kat Malaysia, digunapakai sepenuhnya oleh kerajaan UMNO/BN, bagi menyelamatkan sisa-sisa usia yang tinggal sedikit ini

-Rasanya, cukup lah UMNO
-Rasanya, hentikanlah semua ini
-Rasanya, semua ikhtiar sudah tidak membantu untuk menyelamatkan UMNO
-Rasanya, keadaan sudah menjadi sudah terlalu lewat

Cukuplah tu !!!!!!!!!!!

Saiful tak pernah lakukan pemeriksaan akibat liwat - Pusrawi
30/07/2008 3:50pm

KUALA LUMPUR 30 Julai-Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. hari ini menafikan bahawa seorang doktor pakarnya telah melakukan pemeriksaan terhadap aduan liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

Sebaliknya, pihak hospital itu menegaskan, pegawai perubatannya, Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid bukan seorang doktor pakar dan tidak pernah menjalankan pemeriksaan aduan sodomi (liwat) ke atas Mohd. Saiful Bukhari.

Sebaliknya, Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Kamarudin Ahmad dalam sidang akhbarnya di sini petang ini memberitahu, Dr. Mohamad Osman hanya pegawai perubatan yang bertugas di Klinik Kemalangan dan Kecemasan pada hari berkenaan.

"Beliau (Dr. Mohamad Osman) bukan seorang doktor pakar... dia menasihatkan pesakit (Mohd. Saiful Bukhari) supaya menjalani pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan.

"Tiada pemeriksaan lanjut berkaitan aduan sodomi (liwat)," tegasnya. - Utusan

MURSYIDUL AM TERUS MENGETUK PINTU HATI MEREKA YANG INSAF

Oleh : Roslan SMS

Mursyidul Am PAS semakin hari semakin memanaskan suasana. Pada awalnya beliau mencadangkan agar Umno dan PAS, kedua-duanya dibubarkan. Kemudian sama-sama dibina satu parti baru berteraskan Islam demi perpaduan agama dan bangsa.

Mungkinkah ini sahaja cara yang terbaik. PAS dan Umno sudah bertelagah lebih separuh abad. Jalan terbaik adalah penyatuan dan tidak ada penyatuan yang lebih adil melainkan kedua-dua parti dibubar dan ditubuhkan parti baru, itu pandangan Tok Guru Nik Abd Aziz. Samada kita setuju atau tidak, itu pandangan beliau, sewajarnya ia diberi barang secebis penghormatan.

Memanglah cadangan itu sukar dilaksanakan. Mana ada orang Umno yang bersedia untuk membubarkan parti keramat mereka itu sebagaimana mana ada orang PAS yang mahu berbuat demikian. Tetapi mustahilkah ianya berlaku? Jika agenda penyatuan ummah itu dikira yang paling penting dan utama, apakah ianya nanti akan menggerakkan seribu satu kemungkinan?

Dalam pada orang ramai terkulat-kulat memikirkan cadangan Tok Guru yang mereka sayangi itu, tiba-tiba hari ini tercetus satu lagi idea dari pemimpin veteran PAS itu. Katanya jika terjadi pergabungan itu nanti, yakni Pas dan Umno, maka Hudud dan Qisas yakni undang-undang jenayah Islam bolehlah ditegakkan.

Sekali lagi cadangan ini pasti menecetuskan gelombang perbahasan yang hangat.

Kata Tok Guru sebagaimana yang dilaporkan oleh MStar Online:

Cadangan pelaksanaan undang-undang itu yang mengikut lunas syariat Islam akan dilakukan kemudian, selepas muqabalah (pertemuan) antara pemimpin kedua-dua parti mencapai persetujuan yang membawa kepada penubuhan satu entiti parti politik yang baru.

Saya pasti ramai makin terpinga-pinga dan terkulat-kulat lagi berikutan kenyataan Tok Guru ini.

Kenapa Tok Guru bangkitkan isu Hudud dan Qisas sekarang? Tidakkah ini nanti akan mencetuskan kemarahan kawan-kawan kita khasnya dari DAP (termasuk MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain). Tidakkah nanti semua pihak akan mula curiga kerana dahlah mereka menentangnya, dan PAS pun kelihatan seakan menikuskan agenda itu, tiba-tiba Tok Guru Mursyidul Am menghidupkannya kembali. Tidakkah nanti akan terganggu sokongan bukan Islam terhadap kita?

Mungkinkah nanti akan ada pula cadangan agar dimasukkan Tok Guru dalam senarai mereka-mereka yang wajar dikorbankan, tak silap dah semakin panjang senarai itu. Semakin pupuslah nampaknya kepimpinan ulamak……..habis semua mahu dinyahkan.

Bagi saya kenyataan terbaru Tok Guru ini sewajarnya difikirkan semasak-masak oleh semua pihak yang cemburukan Islam. PAS ini berjuang untuk apa?

sumber : www.n32.blogspot.com

TIADA SEBAB SAYA FITNAH ANWAR - SAIFUL

Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengeluarkan kenyataan bertulisan tangan melalui seorang peguamnya di sebuah hotel besar di Kuala Lumpur.

Kenyataan ini kali pertama dikeluarkan sejak kegemparan kontroversi kes itu sebulan lalu.Dalam kenyataan ringkas yang dibacakan oleh Zamri Idrus, bekas pembantu penasihat PKR itu berkata beliau "tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Anwar dalam kes ini." Seperti
kenyataan bapanya Azlan Mohd Lazim yang dibaca oleh peguam yang sama minggu lalu, pemuda itu juga menggesa Anwar agar tidak banyak berdolak-dalik. Mohd Saiful berkata beliau sedang menunggu siasatan polis terhadap Anwar selesai.

"Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas laporan polis saya tersebut. Saya kini sedang menunggu hasil siasatan daripada pihak polis untuk membawa individu yang terlibat ke muka keadilan," katanya.Peguam itu enggan mengulas lanjut reaksi Mohd Saiful berhubung laporan perubatan Hospital Pusrawi yang didakwa tidak menunjukkan kesan pemuda itu diliwat.

"Saya tidak mahu menyentuh perkara ini. Bila kita mengatakan itu adalah laporan perubatan, tiada siapa pun yang tahu apa itu sebenarnya. Kami tidak pernah melihatnya," katanya di sidang media di Hotel Nikko petang tadi, sejurus selepas sidang media hospital swasta itu.Mengulas lanjut maksud "Anwar berdolak-dalik" dalam kenyataan tersebut, Zamri berkata: "Apa yang Saiful maksudkan ialah telalu banyak laporan dibuat sebagai contoh apa yang tersiar semalam mengenai laporan perubatan (Pusrawi) dan banyak lagi.

"Jadi bagi Saiful, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat. Dan kita tengok apa yang berlaku selepas ini," katanya.Zamri menjelaskan bahawa Mohd Saiful masih dalam perlindungan polis kerana pemuda itu bimbang tentang keselamatan dirinya.Beliau bagaimanapun menafikan pergerakan Mohd Saiful dikawal oleh polis."Tidak, pergerakannya tidak dikawal oleh pihak polis," katanya.

Ditanya sama ada beliau atau anak guamnya itu dihubungi oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung siasatan mengenai tuduhan qazaf yang diadukan oleh Anwar awal bulan ini, beliau berkata: "Tidak.

"Ditanya sama ada kenyataan Mohd Saiful dikeluarkan kerana terbocornya laporan perubatan Hospital Pusrawi, peguam itu berkata ia dibuat untuk beberapa perkara.Disoal lagi sama ada sidang media itu diadakan selepas menerima arah polis, Zamri berkata pihaknya tidak bertindak bagi pihak polis. Peguam itu juga menafikan tuduhan Anwar bahawa dakwaan Mohd Saiful itu satu bentuk konspirasi politik.Beliau juga mengulangi kesediaan anak guamnya untuk bersumpah dengan al-Quran bagi membuktikan dakwaannya diliwat adalah benar.

Zamri juga berkata berat badan Mohd Saiful kini susut dan sedang mengalami tekanan perasaan sejak isu ini muncul tetapi masih bersemangat untuk menuntut keadilan.

HARGA MINYAK : NAIK TAK BERTANGGUH, TURUN JAUH SEKALI

Sedih mengenangkan nasib rakyat Malaysia yang berkerajaankan BN yang tidak berhati perut. Rakyat nak kebulur, nak mam$#%, nak makan nasi dengan garam itu engkau punya hal. Aku jadi pemimpin aku berhak bersenang lenang dengan gaji dan elaun dari duit rakyat. Malah aku cukup mewah dengan projek-projek yang aku dan kroni aku dapat.

Sedang Singapura menurunkan harga minyak kerajaan Malaysia diam seribu bahasa. Langsung tidak ada riak-riak harga minyak akan diturunkan walaupun harga minyak dunia sudah jatuh.


Kalau dulu alasan untuk menaikkan harga minyak adalah kerana harga minyak global naik, mengapa sekarang tidak mahu turunkan harga minyak setelah harga minyak dunia turun. Siuuul betul.

Media melaporkan bahawa harga minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter - penurunan terbesar sejak Ogos 2003. Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari.

Langkah mengurangkan harga minyak petrol semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.

Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.

Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum. (Sumber dari Blog Tian Chua)

Mungkinkah harga minyak di Malaysia diturunkan?

Mati hidup balik pun belum tentu harga minyak Malaysia akan diturunkan. Bukan apa selagi pemimpin yang tamakkan kuasa, keras hati, ego dan tidak memikirkan masalah rakyat serta tidak takutkan Allah memerintah selagi itulah rakyat akan dibelenggu dengan masalah harga minyak yang mahal ini.

Janganlah dok berangan harga minyak akan diturunkan oleh puak-puak pemimpin BN ini. Mereka langsung tidak memikirkan masalah kita.

Kalau minyak dunia turun sehingga 0.05 USD setong belum tentu mereka turunkan harga minyak. Binawe betul (lama tak guna perkataan ni).

Insan Teraniaya
Pulau Sebang, Melaka

SUMBER : MUTALIGAT

Rabu, 30 Julai 2008

KHALIL YAAKOB 'JUARA' BIDA NOMBOR PLAT KERETA NEGARA - HARAKAHDAILY

Zaili Muhammad

MELAKA, 30 Julai (Hrkh) - Gejala pembaziran yang berlaku di kalangan pemimpin Umno seperti 'irama dan lagu' yang tidak boleh dipisahkan walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat, namun ianya tidak memberikan kesan kepada mereka. Iklan

Terbaru, Yang Dipertua (YDP) Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, yang juga merupakan bekas Menteri Besar Pahang, sekali lagi membida nombor pendaftaran kenderaan untuk dua buah kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, sebanyak RM55,558.


Bidaan tersebut dibuat atas nama Tun Mohd Khalil Yaakob dengan nombor kad pengenalan 371229-06-5295 bagi nombor pendaftaran MBQ 1 sebanyak RM47,300 dan ianya merupakan jumlah bidaan yang tertinggi untuk nombor siri MBQ.

Manakala, beliau juga turut membida satu lagi nombor pendaftaran iaitu MBQ 11 sebanyak RM8,258 dan ini menjadikan jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil sebanyak RM55,558.

Pada akhir November lalu, penduduk Melaka telah digemparkan apabila beliau bertindak membida dua nombor pendaftaran bagi nombor siri MBN iaitu bagi MBN 1 sebanyak RM56,100 dan MBN 8 dengan harga RM22,000 dan ini menjadikan nilai bidaan yang telah dibuat oleh Tun Khalil pada masa itu berjumlah RM78,100.

Secara keseluruhannya jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil bagi empat buah kereta adalah sebanyak RM133,658 seterusnya mengalahkan rekod yang dipegang oleh bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim yang menender nombor plat RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17 sehingga mencecah RM120,000.

Dalam pada rakyat dibebankan dengan kenaikkan harga minyak yang melampau sehinggakan ada yang makan pagi kais pagi, makan petang kais petang namun pada ketika yang sama pemimpin Umno-BN berlawan sesama sendiri mempamerkan kekayaan mereka secara terang kepada rakyat dan melakukan pembaziran wang rakyat tanpa rasa bersalah.

Penduduk Melaka juga mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri tergamak memberi pampasan yang sedikit, di mana cuma sebanyak RM1,600 kepada nelayan yang hilang punca pendapatan akibat daripada projek penambakan laut di sepanjang pantai Melaka tetapi pemimpin negeri boleh pula membazirkan ratusan ribu untuk membeli plat kereta!

Jadi amat wajarlah saranan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek, supaya bacaan doa yang khas dibacakan kepada YDP Melaka selepas 'Khutbah Jumaat' dihentikan kerana ianya menimbulkan suasana tidak tenteram dan kurang senang di kalangan jemaah solat yang tidak mahu bersubahat mendoakan kesejahteraan hidup seorang pemimpin yang membazir.

Apatah lagi, dua individu iaitu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang, Razali Alias dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Berserah, Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman, yang masing-masing telah membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar Pahang itu dalam isu balak.

Satu lagi laporan polis terhadap Khalil juga pernah dibuat oleh Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Pahang pada bulan September lalu tetapi kes tersebut telah diistiharkan ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Dato' Mohd Shukri Abdul, baru-baru ini

"KARPAL DAH TUA MACAM SAYA JUGA" NIK AZIZ

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Pengerusi DAP Karpal Singh supaya menghormati hasrat PAS untuk mengadakan muqabalah dengan Umno.

"Karpal macam saya juga, usianya telah tua, dan kita hormati dia, maka dia pula perlu menghormati kita," katanya kepada pemberita di sini semalam ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin DAP itu yang mahu supaya kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula kerana menganggap perbincangan PAS dengan Umno boleh menggugat perpaduan dalam pakatan itu yang turut melibatkan Parti Keadilan Rakyat.

Nik Aziz berkata Karpal sepatutnya memahami mengenai muqabalah yang merupakan perbincangan bersemuka antara PAS dan Umno kerana pengalaman politiknya yang lama dan untuk menjaga kepentingan bersama antara Pakatan Rakyat.

Beliau juga berkata isu muqabalah antara PAS dan Umno itu tidak akan diperjelaskan kepada Karpal kerana perkara itu pernah dibincangkan dengan pemimpin DAP itu sebelum ini.

"Saya tak nak komen, lagi pun dalam dua, tiga minggu dulu saya dah tutup fail menyentuh perkara itu yang membabitkan saya dengan Karpal," katanya

SATU LAGI CARA KERAJAAN TAMBAH BEBAN RAKYAT

Tarikh luput topi keledar ditetapkan lima tahun

Oleh Rosdalilah
Zaharibhnews@bharian.com.my

JKJR perluas kempen bagi penunggang di seluruh negara
IPOH: Topi keledar akan ditetapkan tarikh luput penggunaannya selama lima tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

# TG KUDIN

Ini merupakan satu lagi cara kerajaan Umno/BN hendak membebankan rakyat Malaysia yang sudah begitu sengsara menghadapi kenaikkan harga minyak dan baraang-barang.

Mengapa perlu ditetapkan tarikh luput kepada penggunaan topi keledar, apakah rasionalnya sedangkan di Vietnam rakyatnya bermotorsikal tanpa menggunakan topi keledar, kerajaan komunis itu memberi pilihan kepada rakyatnya samada ingin memakainya ataupun tidak.

Tetapi kerajaan kapitalis ini hanya memikirkan bagaimana ingin mengaut sebanyak mungkin hasil dan wang ringgit daripada rakyatnya, cukuplah sebelum ini kerajaan menguatkuasakan peraturan bodohLAH iaitu memasang lampu bagi motorsikal 24 jam, mensyaratkan pemasangan tali pinggang untuk penumpang di depan dan belakang kereta dan sebagainya.

Semuanya ini bukan untuk menjamin keselamatan para pengguna tetapi lebih kepada untuk memberikan kekayaan kepada syarikat kroni-kroni mereka, kalau tak percaya siapa yang dapat tender untuk jual bateri, lampu, topi keledar, tali pinggang dan sebagainya.

Rakyat diliwat lagi...

Selasa, 29 Julai 2008

MUZAKARAH : UMNO HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG-SORONG

TG KUDIN

Isu Muzakarah kembali bergema diwar-warkan oleh Umno-BN diseluruh pelusuk negara membingitkan lagi suasana negara yang sudah sedia kucar-kacir dek onar yang dibuat oleh beberapa pemimpin rakus, tamak haloba, gila kuasa dan hipokrit.

Mereka yang mulanya mengajak PAS untuk duduk sama berbincang kononnya atas dasar ingin menjaga hak dan kepentingan Islam serta orang Melayu, kini melakonkan kembali adegan terlampau menjijikkan malah begitu memualkan.

Digambarkan seolah-olah PAS terlalu terdesak ingin menjalinkan kerjasama perkongsian kuasa dengan golongan yang mereka tentang selama ini, PAS sudah keluar daripada fahaman politik sempit danPAS sudah tidak sabar untuk memegang tampuk pemerintahan di Malaysia ini.

Tetapi hakikat sebenarnya ialah Umno-BN sudah mula sedar akan kemerosotannya dan betapa tidak relevannya lagi parti itu dalam suasana negara pada hari ini lalu cuba melakukan pendekatan lunak untuk meraih kembali simpati daripada rakyat yang kebanyakkannya bersikap tunggu dan lihat memerhatikan reaksi kedua-dua belah pihak yang selama ini ibarat anjing dan kucing.

Mereka sudah begitu tertekan dan tersepit dengan kebangkitan rakyat secara keseluruhannya menolak Umno-BN pada PRU 12 baru-baru ini di mana kesannya menyebabkan ramai pemimpin Umno sakit jiwa, tidak dapat menerima kekalahan sehinggakan ada yang meninggal dunia.

Maka timbullah isu perkongsian kuasa di antara Pas dan Umno di dalam membentuk kerajaan melalui pelbagai formula pembahagian yang dikira menguntungkan ke dua-dua belah pihak atau 'win-win situation' seperti yang terjadi ke atas pertikaian Pulau Batu Puteh yang kini menyebabkan Malaysia putih mata.

Ketika mereka dalam keadaan kritikal ini, mereka cuba menggunakan talian hayat yang terakhir kerana bagi mereka jika sekiranya PAS berjaya dijinakkan maka jangka hayat Umno-BN akan berjaya disambung kembali bagi mengekalkan 'survival' kuasa mereka yang diwarisi daripada penjajah.

Tetapi mereka hanya bermimpi kerana PAS tidak pernah melupakan peristiwa pahit ditendang oleh Umno sedikit masa dahulu bahkan ianya dijadikan sempadan bagi PAS agar tidak dipatuk oleh ular yang sama dan dari lubang yang sama.

Sebenarnya Umno-BN sudah hilang maruah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, muka tembok sanggup menjilat kembali ludah mereka, mengapa mereka menolak Muzakarah yang dipelawa oleh Pemuda PAS selepas pilihan raya 2004 ?

Pada masa itu Pemuda PAS mengajak Umno duduk semeja berbincang mengenai nasib Islam dan orang Melayu di negara ini tetapi apa yang berlaku ialah pelbagai tohmahan buruk dilemparkan ke atas usaha murni tersebut. Bahkan dengan sombong mereka mengatakan ianya tidak perlu.

Hakikatnya kini PAS telah diakui sebagai 'kuasa penentu' dalam politik tanahair bagi kawan mahupun lawan maka tidak hairanlah Umno cuba bermain mata dan KeADILan serta DAP mula melahirkan keresahannya terhadap perkembangan tersebut.

Penyelesaiannya ialah sekiranya pemimpin dan ahli Umno ikhlas ingin mengangkat kembali maruah Islam dan bangsa Melayu mereka mesti sanggup membuang keegoan mereka itu dengan menguburkan Umno yang sudah luput tarikh itu, Umno kini bolehlah diibaratkan seperti pesakit Aids yang sedang menunggu saat kematian di atas katil hospital dan cuma bergantung kepada bantuan pernafasan. Kasihannya...

Seterusnya masuk ke dalam PAS untuk bersama-sama berjuang mengangkat kembali maruah Islam dan bangsa Melayu, meningkatkan ekonomi orang Melayu, meringankan kesempitan hidup rakyat Malaysia dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

Atau seperti cadangan yang diutarakan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdu Aziz Nik Mat iaitu supaya Umno dan PAS sama-sama membubarkan parti kemudiannya menubuhkan parti baru yang berlandaskan Islam bagi menjamin keadilan bagi umat Islam dan bukan Islam di Malaysia

sumber:
www.generasiparameswara.blogspot.com

ANWAR UMUM TANDING DI KULIM - BANDAR BARU

OLEH : MSO

PENASIHAT PKR, Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman rasmi malam tadi beliau telah memilih kerusi Parlimen P 18 Kulim - Bandar Baru sebagai platform beliau untuk memasuki Parlimen.

Ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 orang di Pusat Rekreasi Cina di Kulim Anwar menjelaskan parti telah membuat keputusan beliau akan bertanding di kerusi berkenaan sekiranya petisyen terhadap kerusi diterima dan kerusi berkenaan kosong.

Katanya ada dua kerusi yang diura-urakan akan dikosongkan untuk memberi laluan kepadanya Permatang Pauh yang diwakili isterinya Dr Wan Azizah dan Bandar Tun Razak yang diwakili Khalid Samad.

Bagaimana pun menurut Anwar, parti telah membuat keputusan agar beliau bertanding di kerusi Kulim - Bandar Baru.

Kerusi Kulim - Bandar baru yang dimenangi Zulkifli Nordin kini menghadapi petisyen yang dikemukakan calon BN Abdul Aziz Sheiikh Fadzir yang meminta mahkamah mengistyharkan kemenangan itu dibatalkan.

Ketika Anwar membuat pengumuman itu, Zulkifli juga turut sama hadir!

Kerusi berkenaan mempunyai 51,995 dengan komposisi Melayu 69.5%, Cina 18.6%, India 11.7% dan lain-lain 0.2%.

Pada pilihan raya lalu Zulkifli menang dengan manjoiri 5,583 dengan mendapat 22,255 mengalahkan Abdul Aziz Sheikh Fadziz yang mendapat 16,672.

Keadaan Anwar kini sangat terdesak untuk berada di Parlimen memandangkan tempoh yang diuar-uarkan untuk membentuk kerajaan baru hanya tinggal 49 hari saja lagi. Anwar bercadang untuk berada di Parlimen sebelum pembentangan Bujet 2009.

DOKTOR BERSEMBUNYI SETELAH POLIS MAHU DIA REKACIPTA BAHAN BUKTI TERHADAP ANWAR

Laporan doktor itu menyatakan dengan jelasnya: Saiful tidak pernah diliwat, sama ada oleh Anwar ataupun sesiapa sahaja yang lain. Kenapakah kerajaan masih meneruskan kes ini terhadap Anwar? Kenapa mereka mencari doktor yang kini sudah bersembunyi bersama dengan seluruh ahli keluarganya?

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

Pada 21 Julai 2008. saya telah siarkan satu artikel di kolum yang sama.................
Dalam artikel itu saya ada menyebut perkara berikut:

Cuba anda perhatikan. Mereka telah meminta seorang doktor tertentu daripada sebuah hospital tertentu melakukan siasatan ke atas Saiful. Doktor itu berbuat demikian dengan satu laporan bahawa tidak ada bukti yang Anwar pernah menjolok ataupun meliwat anak muda tersebut. Polis kemudian tangkap dan tahan doktor itu selama tiga hari. Walaupun mereka cuba pujuk doktor tersebut menukar laporannya untuk mengaitkan Anwar , doktor itu enggan berbuat demikian.

Sehingga hari ini doktor itu masih bertegas dengan laporannya bahawa tidak ada bahan bukti bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Dia tahu dia akan merana kerana tindakannya, tetapi dia tidak peduli. Dia tidak akan mengubah laporannya dan berkata bahawa Anwar telah meliwat Saiful, tidak kira apa yang akan mereka lakukan ke atasnya. Kerana terdesak polis terpaksa melepaskan Anwar dengan ikat jamin ataupun ‘police bail’ Doktor tetap enggan mengubah laporannya dan Anwar pula tidak mahu memberikan contoh spesimen secara sukarela.

Baiklah, nama doktor itu ialah Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi (Pusat Rawatan Islam) yang kini sudah membawa keseluruhan ahli keluarga beliau lari bersembunyi kerana pihak polis sedang mencari beliau untuk menukar laporan perubatannya.

Pada 2.00 pm pada 28 Jun 2008, Mohd Saiful Bukhari bin Azlan telah berjumpa Dr. Mohamed Osman untuk mengadu dia kesakitan di bahagian duburnya. Saiful memberitahu doktor itu yang dia telah diliwat oleh seorang yang sungguh ternama – maksudnya beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman telah memeriksa Saiful tetapi tidak mengesan sebarang bukti yang dia telah diliwat, baik oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa sahaja yang lain. Laporan doktor itu yang boleh dilihat di Malaysia Today (salinan & penjelasan catatan doktor dapat dilihat di sini: Medical report demonstrates Anwar Ibrahim's innocence) mengatakan tidak ada kesan kulit yang mengelupas (o), zero (o) pendarahan, zero (O) keadaan menanah, dan lain-lain lagi. Pada asasnya ini bermakna dia tidak boleh merasa sakit di bahagian duburnya seperti yang dia mendakwanya.

Diagnosis doktor itu telah TRO (to rule out) yakni menafikan berlakunya serangan (sodomi). Dengan lain perkataan Saiful Bukhari Adam tidak pun menanggung sebarang kesakitan di duburnya dan dia tidak pun diserang ataupun diliwat di kawasan dubur itu.

Saiful kemudian berkata dia mahu membuat satu laporan polis, kerana itu Dr. Mohamad Osman mencadangkan agar dia pergi membuat pemeriksaan perubatan kedua di sebuah hospital kerajaan. Itulah yang dilakukan oleh Saiful dan doktor kerajaan pun membuat diagnosis yang serupa. Tetapi Saiful tetap membuat laporan polis di pondok polis di hospital itu. . .

Walaupun doktor telah memperakukan bahawa Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes tersebut. Anwar Ibrahim telah ditangkap akhirnya oleh lebih kurang 20 anggota gerak gempur yang berpakaian ‘balakalvas’ (bertopeng) dan lengkap bersenjata berat ala satu filem drama, di hadapan rumah beliau walaupun dia telah membuat pengakuan bahawa dia akan berada di balai polis pada 2.00 pm seperti yang dikehendaki.

Polis telah menahan Anwar di lokap sehingga keesokan paginya dan membawa beliau ke hospital untuk pemeriksaan dan cuba mendapatkan contoh DNA kerana polis berkata tujuannya mahu menyimpan satu profil DNA itu. Hakikat polis sudahpun ada menyimpan satu profil DNA Anwar pada 1981 dahulu, dan dua orang doktor daripada dua buah hospital sudah memperakukan bahawa Saiful tidak pernah diliwat tidak dipedulikan oleh pihak polis.

Jelas kerajaan cuba mereka cipta bahan bukti terhadap Anwar dan cuba mengenakan beliau berasaskan dakwaan palsu . Siapa lagi yang sanggup buat kerja busuk itu selain daripada si laknat AG dan si laknat KPN. Inilah dua orang laknat Allah yang sama melakukan kerja busuk yang serupa pada episod 1998 dahulu dan merekalah juga yang mendalangi kerja busuk yang sama.

Laporan doktor telah menyebutnya dengan jelas bahawa Saiful tidak pernah diliwat oleh Anwar ataupun sesiapa. Kenapakah kerajaan masih meneruskan kes itu terhadap Anwar? Kenapakah mereka mencari doktor yang kini sudah pergi lari bersembunyi bersama dengan ahli keluarganya?

Pertubuhan orang awam, NGOs dan Majlis Peguam Malaysia mesti mula bersuara dan jangan asyik diam membisu. Polis pernah menahan doktor itu selama tiga hari tetapi dia masih tetap enggan mengubah pendiriannya. Anwar tidak meliwat Saiful dan laporan doktor itu menyebut dengan jelasnya. Polis juga mempunyai satu salinan laporan yang sama seperti yang saya siarkan di bawah ini, jadi mereka tahulah apa yang saya juga tahu. Kini rakyat Malaysia juga sudah tahu apa yang saya dan pihak polis tahu - bahawasanya Saiful tidak pernah diliwat oleh sesiapa.

AZIZ DAN EZAM BEREBUT MAHU BERTANDING DI KULIM

Calon BN kerusi perlimen Kulim-Bandar Baharu dalam pilihanraya umum lalu Datuk Aziz Sheikh Fadzir berminat bertanding sekali lagi dalam pilihanraya kecil kelak jika berpeluang.

Bagaimanapun, katanya, biar Umno yang menentukan calon BN di kawasan tersebut selepas Mahkamah Pilihanraya mengisytiharkan kemenangan PKR dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu sebagai tidak sah.


"Sama ada saya atau orang lain termasuk Mohamad Ezam Mohd Noor akan bertanding di situ, ia merupakan satu spekulasi... masih terlalu awal untuk bercakap mengenai calon.

"Tetapi peluang BN kali ini lebih baik daripada yang dialami dalam pilihanraya lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pilihanraya umum lalu, Abdul Aziz kalah kepada Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi – beliau mendapat 16,672 undi, manakala pencabarnya itu memperolehi 22,255.

Kulim-Bandar Baharu mempunyai 67.93% pemilih Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang.

Abdul Aziz menambah, selepas empat bulan Pakatan Rakyat memerintah empat negeri, termasuk Kedah, rakyat mula membuat perbandingan antara kerajaan gabungan pembangkang itu dengan BN.

"Saya mendapat maklum balas bahawa ramai yang menyesal kerana mengundi Pakatan dalam pilihanraya umum lalu.

"Ini kerana kerajaan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak tidak melakukan apa-apa untuk membantu rakyat di negeri berkenaan," katanya lagi.

Sementara itu, pengerusi perhubungan PKR Kedah, Johari Abdul ketika dihubungi berkata, Anwar tidak gentar menentang sesiapa sahaja dalam pilihanraya kecil nanti.

"Sama ada Mohamad Ezam atau sesiapa, ia bukan persoalan yang besar bagi Anwar dan PKR," katanya.

Johari berkata, memandangkan sokongan semasa, peluang bekas timbalan perdana menteri itu untuk menang amat cerah.

Katanya, isu dakwaan liwat yang sedang dikaitkan dengan Anwar kini sama sekali tidak akan menyekat sokongan rakyat kepada beliau.

"Ini kerana rakyat lebih melihat kepada isu-isu seperti kenaikan harga barangan dan harga minyak dan bukannya isu yang karut-marut itu," katanya.

Johari berkata, PKR bahagian dan negeri telah bersiap sedia bagi menghadapi pilihnaraya kecil berkenaan.

Katanya, komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP sudah setuju untuk memberikan sokongan kepada Anwar jika beliau bertanding di Kulim-Bandar Baharu.

Beliau berkata, inilah masanya untuk Anwar bertanding bagi menguji sokongan rakyat sama ada rakyat terhadapnya.

EZAM TERINGIN CABAR ANWAR DI KULIM - MALAYSIAKINI

Bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor bersedia bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil.

Bagaimanapun, beliau mengakui peluang sebagai calon BN menang adalah tipis kerana faktor-faktor politik dan ekonomi negara ketika ini.


"Saya adalah underdog tetapi yang penting, saya berani mencabarnya secara habis-habisan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau akan bertanding di kerusi tersebut jika kemenangan PKR dalam pilihanraya umum 8 Mac diisytiharkan tidak sah.

Mahkamah akan mendengar petisyen pilihanraya calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir bulan depan.

Dalam ceramahnya di Kulim malam tadi, ketua umum PKR menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding setelah penyandangnya Zulkifli Nordin menawarkan kerusi berkenaan kepada beliau.

"Jika tidak ada aral melintang,dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Baharu ini.

"Terima kasih kepada Zulkifli yang menawarkan kawasan ini," kata Anwar di hadapan 10,000 yang hadir.

Pada pilihanraya lepas, Zulkifli memenangi dengan majoriti 5,583 – beliau memperolehi 22,255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672.

Kulim Bandar Baharu mempunyai 67.93% pemilih Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang.

Bagaimanapun, Mohamad Ezam berkata pucuk pimpinan Umno akan menentukan sama ada beliau bertanding di kerusi itu atau seorang calon yang lain.

"Jika parti mahukan saya bertanding, saya sedia menerima dan mencabar Anwar di kawasan tersebut.

Mohamad Ezam, yang juga bekas pemimpin angkatan muda PKR berkata, ramai pemimpin parti pembangkang itu di peringkat bahagian dan negeri kembali ke pangkuan Umno tidak lagi.

"Saya telah menerima panggilan dari pemimpin berkenaan yang kebanyakannya dari Sabah, Selangor dan Perak untuk kembali semula ke Umno," katanya.

Mengenai hubungannya dengan pemimpin PKR, Mohamad Ezam berkata, masih ada yang masih bersahabat dengannya.

Mengenai Anwar, Ezam berkata beliau akan mendedahkan rahsia bekas timbalan perdana menteri itu apabila tiba masanya.

"Ketika ini saya tidak mahu mendedahkannya kerana ia membabitkan maruah Anwar dan keluarga.

"Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tahu mengenai rahsia tersebut, sebab itu beliau mendiamkan diri apabila saya mencabarnya," katanya Iagi

Isnin, 28 Julai 2008

LAPORAN DOKTOR TERHADAP PEMERIKSAAN SAIFUL BUKHARI

Semalam 27-july-08 di bukit katil melaka, saudara YB Saifuddin mengatakan bahawa Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Bandar Kulim Kedah dan lagi satu laporan doktor pemeriksaan terhadap Saiful Bukhari yang diliwat oleh Anwar Ibrahim didapati tiada kesan berlakunya liwat.

Disini saya lampirkan laporan doktor yang diambil dari Malaysia today.


Berikut adalah seterusnya laporan dari Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu. Iklan

Menurut Malaysiakini, salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".

Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

Ahad, 27 Julai 2008

MENARA TAMING SARI SATU PEMBAZIRAN - GENERASI PARAMESWARA


TG KUDIN

Ramai orang merungut kepada saya dengan mengatakan bahawa pembinaan Menara Taming Sari bernilai RM 24 juta oleh kerajaan negeri Melaka langsung tidak memberikan manfaat kepada rakyat negeri ini khususnya kepada penduduk tempatan.

Bayaran yang dikenakan kepada orang ramai yang ingin menaikinya tidak munasabah iaitu berharga RM 20 untuk dewasa dan RM 10 bagi kanak-kanak malahan tempohnya cukup singkat iaitu selama 7 minit.

Cuba kita bayangkan kalau kita ingin membawa keluarga menikmati panorama indah yang dikatakan dapat dinikmati dari atas menara tersebut di mana sepasang suami-isteri berharga RM 40 dan bersama seorang anak berharga RM 10, maknanya untuk 7 minit kita telah menghabiskan sebanyak RM 50. Bagaimana pula kalau kita mempunyai keluarga yang besar sebagai contoh dua, tiga atau empat orang anak bukankah untuk perkara tidak mendatangkan faedah kepada kita dan keluarga, kita telah menghabiskan RM 100 untuk 7 minit.

Ini berbeza sekali dengan kos ketika kita menaiki Menara Kuala Lumpur, di mana dengan harga tiket yang lebih kurang sama kita boleh menikmati pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari atas menara tersebut sampai berapa lama yang kita suka pun tidak menjadi masalah atau sampai kita rasa jemu dan takut. Di atasnya ada disediakan teropong untuk kita melihat dengan lebih jelas dan terang serta ada disediakan tandas atau pelbagai kemudahan kepada pengunjung.

Saya syorkan kepada orang ramai supaya tak payahlah naik Menara Taming Sari ini kerana hanya membazirkan duit kita sahaja bahkan dalam masa yang sama hanya menguntungkan kroni Ali Rustam.

Menara Taming Sari itu sebenarnya bukanlah satu menara ianya adalah keris Taming Sari dalam versi baru atau bentuk moden yang muncul kembali bukan bertujuan untuk membela menegakkan keadilan rakyat tetapi digunakan untuk menikam dan menyula rakyat dari belakang tanpa kita sedari.

TG KUDIN - Kerajaan BN liwat kita lagi...

KEPUTUSAN TELAH MUKTAMAD TETAPI EXCO TETAP GUNA KE JB

Oleh : Insan Berguna

Maka Pak Lah membuat keputusan muktamad (
bolehkah dibaca sebagai mengalah?) bahawa Mercedes yang dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu dikekalkan cuma hanya untuk kegunaan tetamu negeri - begitulah laporan yang umum telah pun ketahui.

Laporan Utusan Online 25 Julai 2008, antaranya menyebut:

Keputusan itu, kata Perdana Menteri, adalah muktamad. "Dalam perjumpaan malam tadi, kita sudah maklumkan keputusan Jemaah Menteri bahawa Terengganu jangan gunakan kereta Mercedes untuk kegunaan Exco-Exco mereka. "Tapi dalam hal ini, sebab sudah diberikan (kereta Mercedes kepada Exco), kalau nak jual pun ada kerugian, jadi kita gunakan kereta itu untuk tetamu. "Itu keputusannya… tidak ada lebih, tidak ada kurang,"

Tetapi jika kita baca The Star Online hari ini, melaporkan sebuah Mercedes yang baru dibeli tersebut kini berada di Johor Bahru membawa seorang Exco untuk menghadiri Pesta Flora di sana.

Apakah benar apa yang IB sebut sebelum ini bahawa membenarkan kereta itu
digunakan untuk tetamu hanyalah suatu helah - sekadar menjaga air muka? Dan apakah ini sebenarnya keputusan yang dibuat - bahawa secara rasmi tidak boleh guna tapi pakailah diam-diam? Atau apakah ini adalah suatu kes Exco engkar keputusan (arahan) Jemaah Menteri?

Atau apakah ini contoh Exco yang sudah belajar deng an MBnya bahawa jika kita berani lakukan, teruskan. Bila kita berkeras dengan keberanian “nok ggocoh” orang akan mengalah dengan kita. Sekurang-kurang Mat Said sudah menang 2-0 dengan Pak Lah dengan cara ini.
Sekian, IB

http://ibrahimbaba.wordpress.com

'GOYANG GERUDI' BATAL LAGI, PENGANJUR RUGI RM500 RIBU

Penganjur IMS Prima Sdn Bhd bukan sahaja terus menanggung malu malah terpaksa menampung kerugian berjumlah setengah juta ringgit akibat pembatalan konsert Inul Daratista buat kali kedua di Malaysia.

Konsert kali kedua Inul itu dijadual berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini selepas selepas konsert pertama Inul Live In JB dibatalkan.


Pengurus Besar IMS, Nasir Abu Bakar, memberitahu murai.com.my petang tadi, mereka mendapat tahu mengenai pembatalan konsert di Bukit Jalil, pagi tadi.

Katanya, kertas cadangan ini ditolak oleh Jawatankuasa Agensi Permohanan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

"Ya, kami malu, sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi. Kami juga malu untuk berhadapan dengan Inul di atas pembatalan ini.

Kami sudah menghubungi Inul di Surabaya untuk memaklumlah pembatalan kedua ini dan Inul nampaknya tenang dan akur walaupun kecewa.

"Pihak kami terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 termasuk kos pengangkutan, logistik dan promosi.

"Saya juga difahamkan oleh pihak DBKL dan polis bahawa konsert ini ditolak atas sebab keselamatan negara dan bukannya personaliti atau persembahan Inul.

PUSPAL diwakili oleh 20 agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam dan Jabatan Imigresen Malaysia.

P/S : TAHNIAH KEPADA DBKL DIATAS KEPERIHATINAN ANDA KALI INI

'CHEDET' BISING LAGI, GESA AHLI UMNO JATUHKAN ABDULLAH SEGERA

Dalam kritikan terbaru terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad "mengaku bersalah kerana" memilih penggantinya itu, tetapi menegaskan, kini yang salah meneruskan kepimpinan beliau adalah "ahli-ahli Umno sendiri."

"Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa Umno dan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Abdullah, Umno masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri," katanya.

"Saya terima saya bersalah kerana memilih Abdullah sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean," kata beliau menerusi tulisan terbaru dalam blognya hari ini.

Dr. Mahathir yang telah banyak kali mengkritik dan mengecam cara Abdullah mengepalai kerajaan dan Umno sejak lebih tiga tahun lalu berkata: "Saya percaya ahli Umno dan pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama."

Bagaimanapun tegas beliau, hari ini yang berkuasa menggantikan Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Dr. Mahathir memutuskan untuk keluar Umno pada 19 Mei lalu atas alasan tidak mahu berada dalam parti yang dipimpin oleh Abdullah dan sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Kata Dr. Mahathir, beliau hanya akan kembali ke Umno jika Abdullah bukan lagi Presiden Umno.

Pada 10 Julai lalu, Abdullah mengumumkan tarikh kuat kuasa pelan peralihan kepimpinan kerajaan dan parti membabitkan beliau dan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menjelang Jun 2010.

Tambah beliau, ahli-ahli Umno tidak harus menunggu sehingga pilihan raya umum ke-13 untuk mengalahkan BN dan Umno supaya Abdullah berundur.

"Yang salah bukan BN atau Umno. Yang salah ialah Abdullah. Jika ahli Umno hendak melihat Umno dan BN dipulih semula, paksalah Abdullah letak jawatan sekarang.

"Jangan calon (mencalonkan) Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian.

"Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Abdullah terus menjadi Presiden Umno, yang salah ialah ahli Umno sendiri," katanya lagi.

Ahli-ahli Umno, menurut beliau, akan bertanggungjawab terhadap kehancuran Umno dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia. Yang akan hancur bersama ialah parti-parti komponen BN.

Kata Dr. Mahathir, setiap kali beliau mengkritik Abdullah sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata "awak yang lantik dia".

"Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Abdullah sebagai pengganti saya.

"Tetapi ahli Umno juga pilih Abdullah," katanya.

Sambil memberikan latar belakang Abdullah sejak pemilihan 1987 dengan panjang lebar, Dr. Mahathir memberitahu "saya jelaskan latar belakang pemilihan Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya."

"Saya rela dihukum jika saya salah," kata beliau yang menyerahkan kuasa pada Oktober 2003.

"Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah.

"Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan. Dalam perkara ini pendapat saya ialah Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir," katanya.

Kata bekas Presiden Umno itu, jika Abdullah benar-benar menyayangi Umno, beliau harus rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan Umno.

"Alasannya yang dia ingin awasi pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadirannya adalah sebab Umno dan Barisan Nasional jadi lemah," katanya.

PAS TEMERLOH BANTAH KONGSI KUASA - MALAYSIAKINI

Dalam satu perkembangan yang boleh dianggap sebagai reaksi akar umbi PAS berhubung muzakarah dengan Umno, PAS Kawasan Temerloh dengan tegas menentang sebarang kerjasama politik atau perkongsian kuasa dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ia terkandung dalam surat yang dihantar oleh Yang Dipertuanya, Abd Rahim Abd Latiff kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar, yang bertarikh 23 Julai lalu.

Menurut Abdul Rahim, pendirian itu dibuat dalam mesyuarat tergempar ahli jawatankuasa kawasan tersebut Rabu lalu.

"(Mesyuarat tersebut) membantah dan menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk perundingan, tawar-menawar atau kerjasama atau apa-apa tindakan atau usaha yang menjurus atau dilihat menjurus kepada apa-apa bentuk pakatan politik atau perkongsian kuasa dengan Umno/BN atas apa-apa sebab atau alasan sekali pun," katanya dalam surat tersebut.

Dalam surat tersebut, yang turut dihantar pada pihak media, Abd Rahim berkata, pihaknya mempertegaskan komitmen kepada persefahaman dan persepakatan sedia wujud dengan PKR dan DAP dalam kerangka Pakatan Rakyat.

Katanya, ia menjadi wadah perjuangan dan perubahan politik yang sah dan dipersetujui bersama untuk negara Malaysia yang bermoral, demokratik, adil, saksama, berkebajikan, bertanggungjawab, telus dan bebas.

Bagaimanapun, Abd Rahim berkata, pihak mempersetujui dan bersikap berlapang dada terhadap apa-apa bentuk komunikasi, perbincangan, muzakarah/muqabalah dengan mana-mana pihak di luar parti, sama ada parti politik atau pertubuhan atau individu, untuk tujuan dakwah atau kebajikan yang spesifik dan praktis serta dipersetujui bersama oleh kepimpinan parti.

Beliau juga merakam rasa sedih dan bimbang atas perkembangan dan insiden-insiden yang mempelihatkan berlakunya perbezaan dan percanggahan pendapat di antara kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan berterusan.

Katanya, perkara itu telah mencetuskan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan ahli dan penyokong parti, sekaligus membuka ruang kepada pihak-pihak yang berkepentingan menangguk di air keruh dengan menyemai benih keraguan dan perpecahan di kalangan ahli dan rakan dalam Pakatan dan rakyat umumnya.

Sehubungan itu, beliau meminta pimpinan parti supaya bersikap lebih berhati-hati dan tawadhu’ dalam mengeluarkan kenyataan dan pendapat bagi menghindari tercetusnya kekeliruan tersebut.

Jika perlu, katanya, semua kenyataan dan pendapat hendaklah diselaraskan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan oleh seorang jurucakap rasmi parti, terutamanya dalam hal-hal seumpama itu yang berpotensi menimbulkan konflik dan fitnah yang merugikan.

Mesyuara tergempar itu juga, kata Abd Rahim, turut merakamkan kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan parti yang diwakili oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abd Hadi Awang;

NIK AZIZ :BUBAR UMNO DAN PAS, TUBUH PARTI BARU - MALAYSIAKINI

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini

Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.

Jumaat, 25 Julai 2008

KENAPA KERAJAAN INI PERLU DITUMBANGKAN ??

Kayu – 19 Rejab 2008 / 23 Julai 2008

Teman yang sebenarnya sedikit tidak berminat untuk berbicara mengapa Kerajaan Barisan Nasional (KBN) sekarang perlu ditumbangkan dengan seberapa pantas. Kebanyakkan warga Malaysia yang berdaulat (termasuk ahli BN) sedia maklum yang ianya akan terjadi pada suatu masa dan ketika, hanya Allah yang akan menentukan masanya. Malangnya, kebanyakkan mereka berpendapat sedemikian sekadar kerana kebencian mereka kepada BN atau Pak Lah tanpa sebab yang kukuh atau mereka sendiri fahami.

Kebencian mereka untuk menjatuhkan BN kebiasaannya hanya berasaskan apa yang mereka baca, dengar dan lihat dari orang di sekeliling mereka. Tapi mereka kurang berfikir sebab-sebab utama mengapa KBN perlu ditumbangkan. Masyarakat Malaysia lebih tertumpu kepada isu-isu kronisme, kenaikan harga barang (inflasi) seperti minyak dan gejala rasuah (duit politik mengikut kata BN). Walhal kesemua itu hanyalah produk sampingan hasil dari sebab-sebab utama yang pemimpin-pemimpin kita abaikan.

Teman bukan hendak merujuk sekadar kepada KBN Pak Lah sahaja. Ianya harus merangkumi keseluruhan 51 tahun selapas merdeka, bermula dari Rahman hinggalah ke Pak Lah. KBN, telah berlaku zalim dan khianat terhadap kepercayaan yang datuk,nenek,ibu dan bapa kita telah berikan kepada mereka semenjak dari 1957 hinggalah sekarang.

Kenapa KBN perlu ditumbangkan – 1) Zalim@Tidak Adil

KBN adalah kerajaan yang tidak berlaku adil dari segala jenis batasan. Baik dari segi sistem undang-undang, royalti minyak/gas/air, kebebasan menegur atau bersuara, pilihanraya yang adil lagi saksama, anugerah kontrak atau konsesi, perlantikan penguatkuasa, agihan subsidi atau dana, sistem pembelajaran dan macam-macam lagi.

Kita ambil contoh isu royalti minyak/gas. KBN tidak berlaku adil semenjak dari tahu 1990 lagi. Bila saja PAS memerintah Kelantan, atau pada 1999 bila saja PAS memerintah Terengganu. Royalti minyak ditahan dan diganti dengan Wang Ehsan, tapi diberikan kepada ahli BN sahaja, tidak kepada kerajaan negeri. Terengganu pula mendapat Wang Ehsan (Royalti minyak yang sebenarnya) nya sebaik KBN memerintah kembali. Kelantan pula masih tidak mendapat apa royalti baik dari minyak atau gas asli.

Ini adalah salah laku tidak berlaku adil secara terang-terangan yang dilakukan oleh KBN. Membuatkan teman berasa hairan tersangat, mengapa warga Terengganu masih lagi memilih KBN yang telah menunjukkan sifat zalim mereka. Terang-terangan merampas sesuatu yang hak dari mereka yang berhak, tanpa ada rasa malu atau bersalah. Mungkinkah, warga Terengganu tidak sesabar warga Kelantan, atau imannnya tidak sehebat warga Kelantan untuk memilih diantara Islam atau Duit Ehsan. Mudahan-mudahan, doa-doa mereka yang dizalimi oleh KBN dapat mempercepatkan kejatuhan KBN, secepat yang boleh.

Senario yang sama terjadi di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor. Kementerian Pelancongan menarik balik peruntukan untuk dana perlancongan negeri, dengan alasan tidak bersefahaman walhal dana itu adalah dana dari persekutuan yang mana pemiliknya adalah rakyat Malaysia. Projek-projek dan dana-dana yang berkepentingan untuk rakyat dibatalkan sewenang-wenangnya sebagai membalas dendam terhadap rakyat yang tidak mengundi mereka.

Undang-undang hanya dilaksanakan kepada individu yang mereka rasakan perlu. Kroni dan para sahabat serta saudara mereka seringkali dilindungi samada dengan cara penipuan dalam sistem kehakiman, menggunakan polis untuk melaksanakan agenda zalim mereka dan menggunakan media semasa sebagai propaganda.

Ini adalah ciri-ciri kerajaan zalim.

Kenapa KBN perlu ditumbangkan – 2)Khianat@Tidak Amanah

Kita dan generasi terdahulu sebelum kita telah mengamanahkan hasil kekayaan Malaysia kepada KBN, untuk digunakan sebagai bekalan untuk generasi selepas kita. KBN telah diamanahkan dengan kekayaan yang melimpah ruah untuk membangunkan Malaysia, baik dari segi minyak, pertanian, perusahaan dan sebagainya.

KBN telah diamanahkan untuk menggunakan kekayaan sedia ada untuk membangunkan sistem pembelajaran, infrastruktur(pengangkutan,perumahan dll), keselamatan, khidmat sosial(hospital, tentera, polis dll), perundangan dan yang lain-lainnya untuk rakyat. Malangnya, KBN hanya melaksanakannya untuk orang-orang kaya atau pun kroni-kroni mereka.

DSAI telah menghuraikan konsep khianat ini dengan berkesan walau pun singkat sewaktu debat beliau dengan Menteri Shabery “Berbuih Mulut” Cheek. DSAI berkata, apabila KBN menggunakan kekayaan Negara untuk membantu rakyat miskin dan serdahana ianya dipanggil subsidi, tetapi apabila kekayaan negara digunakan untuk menyelamatkan kroni-kroni mereka ianya dipanggil “bail out”. Ataupun apabila memberi kelebihan kepada kroni-kroni kaya mereka untuk melaksanakan projek mega, ianya dipanggil perangsang(incentive).

Lebih teruk lagi, mereka menyembunyikan atau pun melarang kita sebagai rakyat Malaysia dari melihat kemana pergi kekayaan Negara yang kita amanahkan kepada mereka. Penyata akaun Petronas, Khazanah, Dana Harta, KWSP, LHDN semuannya disembunyikan atas alasan keselamatan. Walhal, kita lah yang telah memberikan amanah itu kepada mereka.

Ianya ibarat seorang bapa memberi seratus ringgit kepada anaknya untuk membeli barang dapur. Tetapi si anak balik hanya membawa sekilo ikan kembung dan seikat sawi tetapi memberitahu bapanya bahawa kesemua seratus ringgit telah dibelanjakan. Bila diminta resit, si anak memberitahu bapanya tidak perlu sibuk-sibuk hendak bertanya bagaimana si anak membelanjakan wang tadi. Jika situasi ini kita bayangkan kepada KBN dan kita, layaknya mereka sudah lama diberi penampar maut.

Tahukah anda 40% kekayaan di Malaysia dikuasai oleh hanya 10% penduduk di Malaysia? Sebahagian besar mereka ini adalah pengkhianat yang terdiri dari ahli-ahli KBN dan kroni-kroni mereka yang mencuri hasil kekayaan Malaysia untuk diri sendiri.

Dengan ini, teman menyeru kesemua rakyat Malaysia yang masih mengundi KBN pada PRU-12 yang lalu, sudah-sudahlah. Teman tahu, setiap kali anda memangkah KBN pada pilihan raya sebelum ini anda sering berkata kepada diri sendiri. “Tidak mengapa, aku yakin kali ini KBN akan berubah. Menjadi lebih adil dari yang dulu”. Masa depan kita masih ada peluang sekiranya anda berubah sekarang dan caranya hanya satu; iaitu Kerajaan KBN sekarang ini perlu ditumbangkan.

Mejoh - Freelance writer
http://mymejoh.blog.com

"DAH SAMPAI MASA RAKYAT BANGUN" FAUZI - BERNAMA

Datuk Fauzi Abdul Rahman, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Fauzi, 62, membuat pengumuman itu di Ibu pejabat PKR dengan diapit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau meninggalkan Umno, yang disertai pada 1966, kerana sudah hilang keyakinan kepada parti yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional dan kepimpinannya.


"Saya meninggalkan politik secara aktif lima tahun lepas tetapi senario politik semasa telah memaksa saya kembali semula.

Saya fikir sudah sampai masanya rakyat Malaysia bangun. Apa pun saya sudah berehat terlalu lama , katanya pada sidang akhbar.

Ahli politik veteran itu pernah menuntut bersama Anwar di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Fauzi yang pernah menerajui Umno Bahagian Kuantan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan pada 1990 sehingga 1995 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi (1995-1997) sebelum menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (1997-1999).

Menjawab soalan, Fauzi berkata beliau tidak menganggap dirinya sebagai orang buangan Umno kerana beliau masih mendapat sokongan daripada penyokongnya di dalam parti itu.

"Sebenarnya, penyokong saya mahukan saya bertanding dalam pemilihan Umno bahagian tahun ini tetapi saya menolaknya," katanya.

Sementara itu, Anwar mengulangi kenyataannya bahawa tempoh yang ditetapkannya untuk parti pembangkang membentuk kerajaan baru tidak berubah walaupun berdepan dengan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu yang menyaksikan pembangkang menawan empat negeri -- Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain Kelantan yang sudah berada di tangan Pas, Anwar berkata gabungan parti pembangkang, PKR, PAS dan DAP, akan menubuhkan kerajaan pusat pada 16 Sept.

Anwar berkata PKR juga sedang berbincang dengan PAS dan DAP berhubung "pilihan raya kecil tidak lama lagi" yang akan ditandingi beliau sebelum melangkah ke Parlimen.

Menjawab soalan, Anwar berkata ramai lagi anggota Umno akan menyertai pembangkang " tetapi kami akan membuat lebih banyak kejutan dari semasa ke semasa".

Berhubung muzakarah di antara PAS dan UMNO seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas, Anwar berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk mempersoalkan kejujuran PAS.

"Saya tidak sangsi dengan komitmen PAS. Saya tidak nampak sebarang masalah yang bakal mendatang," katanya.

MUZAKARAH: INI KOMEN IBRAHIM ALI - MALAYSIAKINI

AHLI dan penyokong PAS membantah muzakarah antara parti itu dengan Umno kerana mereka tidak mendapat maklumat sebenar mengenainya, kata ahli parlimen Pasir Mas.

Datuk Ibrahim Ali berkata, berikutan itu, mereka menjadi takut apabila pemimpin mereka bertemu pemimpin Umno.


"Atau mungkin juga kerana PAS sudah menjadi sebuah parti yang besar sehingga menyebabkan ahli dan penyokongnya tidak mahu lagi parti mereka berbincang dengan Umno.

"Masalah ini yang sedang berlaku dalam kalangan akar umbi PAS kerana mereka tidak tahu perkara sebenar mengenai muzakarah tersebut," katanya, ketika diminta mengulas bantahan sesetengah pihak dalam PAS mengenai isu muzakarah PAS-Umno.

Selain kenyataan mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggesa muzakarah tersebut dihentikan segera, sekumpulan ahli dan penyokong PAS mengugut untuk mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut, esok.

Selepas pertemuan majlis syura ulama di Kota Bharu semalam, yang membuat penegasan PAS masih setia bersama Pakatan Rakyat dan menolak rundingan kongsi kuasa dengan Umno, sumber-sumber parti itu yang ingin menganjurkan demonstrasi menganggap "Nik Abdul Aziz telah diberikan maklumat salah" dalam mesyuarat sejam itu.

Malaysiakini hari ini difahamkan perhimpunan menyokong Nik Abdul Aziz dan membantah muzakarah dibatalkan selepas keputusan majlis tersebut.

Ibrahim berkata, apa yang perlu difahami ialah, muzakarah bukanlah bermakna PAS setuju dengan apa yang Umno putuskan.

"Kita perlu bersikap terbuka dan tanpa mempunyai syak wasangka terhadap muzakarah tersebut.

"Adalah lebih baik bertemu daripada tidak bertemu langsung," kata bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi.

Tambahnya, apabila orang Melayu sudah bersatu, secara tidak langsung ia akan menghasilkan kuasa dan kekuatan kepada mereka.

Pertemuan dan perbincangan, katanya lagi, merupakan budaya Melayu dan Islam.

Nik Abdul Aziz bersama presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalan mursyidul am Datuk Dr Harun Din dilaporkan sepakat menyatakan PAS tetap komited dengan kerjasamanya bersama PKR dan DAP.

Mereka menyifatkan dialog beberapa pemimpin PAS, yang diketuai timbalan presidennya Nasharuddin Mat Isa, dengan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai "muqabalah" (pertemuan bersemuka) - dan bukan "muzakarah" (dialog) - untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

MARI BERFIKIR : HARAKAH 2 KALI SEMINGGU

OLEH : ctkay's

Seawal penerbitan akhbar lidah rasmi PAS pertengahan 1987, Harakah diterbitan seminggu sekali, kalau tidak silap saya pada masa itu harganya ialah 70sen .

Lebih sepuluh tahun kemudian itu akhbar Harakah di terbitkan seminggu dua kali iaitu pada hari Khamis dan Isnin.Ketika itu akhbar harakah sangat laris dipasaran.


Selepas mengalami kekalahan teruk pada september 1999, sehingga BN terlepas Terengganu serta PAS dapat menambah kerusi dibeberapa negeri yang tidak terfikir sebelum itu, termasuk Pahang dan Selangor, pada tahun 2000 permit akhbar harakah 2 kali seminggu telah ditarik balik dan hanya dibenarkan diterbitkan hanya 2 minggu sekali( dari 2 kali seminggu jadi 2 minggu sekali).Pengedaranya pula dihadkan kepada ahli sahaja dan hanya boleh dipamir di premis milik PAS sahaja.

Pada masa itu rakyat sangat dahagakan berita altenatif, ruang cyber tidaklah sehebat sekarang.Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang rancak dibicarakan.bayangkanlah berita yang 2 minggu sudah berlalu baru boleh dapat dibaca di Harakah.

Akhirnya diberitakan harakah mengalami kemerosotan yang amat teruk.

Kini, sebaik sahaja selesai Pilihanraya ke-12, BN mengalami yang amat teruk, lebih teruk dari 1999 akhbar Harakah telah diberi semula permit penerbitanya dua kali seminggu.

Kelulusan penerbitan dua kali seminggu ini diterima oleh lembaga Pengarah harakah selepas permohonan yang dikemukakan oleh Lembaga pengarah Harakah sejurus selepas Pilihanraya ke-12 8 Mac 2008.Bulan Mac dibuat permohanan dan bulan Jun diberi kelulusan.

Apa yang hendak saya kemukakan disini supaya kita semua berfikir sejenak, menagapa begitu mudah kerajaan BN meluluskan permohonan Harakah?Kenapa?

Apakah kelulusan ini diperolehi hanya dengan menghantar permohonan dan membiarkan begitu sahaja lalu ianya diluluskan.?

Pada saya, inilah antara hasil permulaan yang diperolehi hasil pertemuan pimpinan kita yang dibising-bising sekarang ini.Mungkin ada yang menyatakan bahawa ini adalah andaian atau telahan saya semata-semata, namum saya tidak mungkin berkata demikian sekiranya tiada sumber yang sangat jelas perawinya dari pimpinan atasan.

Usaha-usaha sebegini sebenarnya tiadak perlulah dimaklumkan kepada pengikut,ada perkara tertentu( tidak semua) yang kita bahawan tidak perlu tahu urusan pimpinan, tetapi sebagai pimpinan ia perlu mengambil tahu tindakan yang dibuat oleh orang-orang bawahan.

Sebenarnya selepas ini ada agenda besar hendak diuruskan termasuk usaha-usaha untuk membebaskan saudara-saudara kita yang menjadi mangsa keganasan ISA, namum kini usaha ini nampak sedikit terbantut.Apakan daya.

Ingat-ingatlah

http://www.penawarrindu.blogspot.com/

ABDULLAH MEMANCING, JADI BERHATI-HATILAH..

PUTRAJAYA: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has confirmed that he has personally met with "high-level" PAS leaders three times to discuss issues relating to Islam and Malay unity.

Although he declined to name these leaders, he said they were "decision-makers."

Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau? Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek;

a. Mengukuhkan kedudukan beliau dalam UMNO di tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu.
b. Menabur benih perpecahan di dalam PAS yang mungkin mara mengambil alih tempat UMNO pada masa depan.
c. Menghilangkan keyakinan dalam Pakatan Rakyat dan menghalang Agenda Post Pilhanraya 2008.
d. Menjarakkan semula PAS dari sokongan masyarakat bukan Melayu, mungkin 40 tahun kebelakang semula.


Mungkin Abdullah mendapat inspirasi umpan 'Negara Islam' yang dilemparkan oleh Dr. Mahathir selepas melihat kemaraan Pembangkang dalam pilihanraya 1999 dan umpan itu menjadi sehingga Pembangkang undur semula dalam pilihanraya 2004.

Perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sudah tentu tidak akan mengkesampingkan perpaduan ummat Islam dan tidak pula menjadikan Perpaduan Nasional agenda kedua selepas Perpaduan Islam. Malah, Perpaduan Islam dicapai dalam konteks Perpaduan Nasional yang semestinya diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti dilakukan oleh UMNO selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan untuk semua.

Perpaduan versi UMNO sudah lusuh. UMNO sesama UMNO pun tidak dapat disatukan. Apatah lagi formula itu hendak digunakan bagi ummat Islam dan nasional.

Abdullah sudah pun mencapai maksud yang diharapkan, pada darjah yang tertentu yang belum parah.

Tugas utama pemimpin PAS pada waktu ini ialah;

a. Mempastikan parti tidak berpecah, bahkan kekal bersatu. PAS lah satu-satunya parti yang paling stabil, kukuh dan mantap buat masa ini. Jika jangkitan kuman UMNO meresap dan memecahkan PAS, perkongsian kuasa dengan UMNO hanya ulangan percantuman sementara era BN dulu yang berakhir PAS ditolak ke tepi selepas UMNO mencapai kekuatan mereka semula.

b. Mempastikan kepercayaan dan harapan masyarakat bukan Islam terhadap PAS tidak dikhianati. Islam menekankan kepada kesetian terhadap janji.


Jika sekiranya PAS mempunyai pandangan dan agenda yang berguna untuk kepentingan negara, agenda ini boleh dimaklumkan kepada rakyat secara terbuka dan tuntutan boleh dibuat untuk UMNO menerima atau melaksanakannya, tanpa terikat dengan satu perkongsian kuasa yang akan meletakkan PAS selama-lamanya pemain kedua yang bertugas menyelamatkan UMNO dengan faham sekularnya yang merosakkan itu. Berulang kali PAS memainkan peranan yang sama.

Tetapi itu tidak penting bagi Abdullah. Dalam ketidak tentuan sebelum Disember ini, Abdullah memerlukan segala dahan yang ada untuk berpaut.

Pada waktu kepercayaan kepada kepimpinannya berada pada titik yang paling rendah: keupayaan pengurusan ekonomi yang hampir sifar, hala tuju negara yang amat kabur, keyakinan terhadap kemampuan membawa keharmonian pelbagai kaum yang amat rendah, kehilangan keyakinan terhadap institusi utama seperti kehakiman, polis dan jabatan Peguam Negara - memang Abdullah memerlukan PAS.

Jawatan kerajaan yang mungkin ditawarkan oleh Abdullah kepada PAS tentulah bukan segala-galanya.

Abdullah, cuba menggambarkan gambaran positif terhadap dakwaan pertemuannya itu dengan menggunakan istilah -decision-makers' - 'pembuat keputusan', walaupun dia tau mana-mana, apatah lagi parti Ilam seperti PAS, tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin, sebesar mana pun pemimpin itu. PAS sebagai jamaah Islam dikendalikan dengan kaedah dan etika harakah Islamiyyah yang tertentu, termasuk mesyuarah.

PAS tidak mampu berpecah semata-mata untuk memenuhi impian Abdullah mendapatkan 'keldai' korban yang boleh ditunggang, walaupun sementara.

Khamis, 24 Julai 2008

PAS TIDAK MINAT TAWARAN UMNO

PAS "tidak berminat menerima tawaran" Umno sewaktu rundingan wakil parti itu dengan perdana menteri dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Mac lalu.

"Sesiapa juga yang datang kepada kami untuk menawarkan jawatan ataupun menawarkan kedudukan yang menggiurkan, kita tidak akan terima. Kita ada prinsip, harga diri. Pimpinan PAS bukan boleh ditawarkan jawatan sedemikian," kata ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata: "Sama ada tawaran itu perdana menteri, menteri besar walau apa pun, kami tidak berminat untuk bincang tentangnya.

"Kita ada mandat, kita ada tanggungjawab dan prinsip perjuangan. Kita boleh bincang tentang kepentingan negara," tambahnya dalam satu sidang akhbar mengenai pendirian rasmi Pemuda PAS dalam isu tersebut.

Menurut beliau, pihaknya sedia bersama-sama kerajaan membincangkan isu-isu seperti tuntutan perairan sekitar Pulau Batu Puteh.

Mengulas tindakan PAS terus mengadakan perbincangan tertutup dengan Umno selepas mengetahui wujudnya tawaran itu, beliau berkata:

"Ya, selepas pilihanraya (umum) Khir Toyo mempelawa kita. Kita bersedia untuk dengar. PAS walaupun menang agak besar dalam pilihanraya yang lepas, tidaklah kita menang besar sangat, tetapi kita lebih baik daripada 2004, kita tidak sombong.

'Kita boleh bincang'

"Kita tidak angkuh, walaupun Umno mengajak kita, kita bersedia datang dan mendengar. Kita tidak boleh menunjukkan keangkuhan kita. Mentang-mentanglah kita menang banyak sikit, Umno nak ajak bincang pun, kita tak mahu. Bukan begitu sikap kita," kata Salahuddin.

Ditanya kenapa pertemuan itu dilakukan sedangkan agendanya mengenai perkongsian kuasa PAS-Umno, Salahudin berkata:

"Mungkin tidak begitu. (Umno) telefon hendak bincang, macam saya, biasa... menteri-menteri, itu biasa, kita boleh bincang tentang apa-apa topik, di parlimen, di luar parlimen. Kita boleh jumpa di mana-mana coffee house, tetapi kita ada prinsip. Kalau itu (jawatan) yang ditawarkan, kita tidak berminat tentang itu."

Sebelum itu, Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata Pemuda PAS tidak pernah menutup sebarang pintu perbincangan dengan mana-mana pihak yang melibatkan masalah negara dan antarabangsa.

"Sebagaimana kami putuskan pada (mesyuarat khas) malam tadi, PAS sebagai sebuah parti dalam negara kita ini, tidak pernah menutup mana-mana inti perbincangan dengan mana-mana pihak kerana itulah dasar dan pendekatan kita.

"Kita bersedia untuk berbincang dengan siapa-siapa sahaja pada bila-bila masa untuk kepentingan negara, kepentingan rakyat dan apa jua isu yang melibatkan negara kita sama ada isu itu melibatkan persoalan dalam negeri dan juga persoalan antarabangsa," katanya.

Namun, tambahnya, perbincangan itu bukan melibatkan "pakatan politik" seperti rundingan awal Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dr Mohamad Khir dengan timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa beberapa hari selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac diketahui.

Tolak pakatan politik

"Kita menolak dan menentang sekeras-kerasnya muzakarah yang bersifat atau cuba memfokuskan kepada pakatan politik ataupun kerjasama politik antara PAS dan Umno buat masa ini," katanya.

Dalam blognya, Dr Mohamad Khir mendedahkan butiran pertemuan tersebut, antaranya beliau mencadangkan agar PAS diberi jawatan menteri besar Selangor dan timbalan menteri besar serta empat exco.

Salahuddin berkata, Pemuda PAS bagaimanapun menolak kerjasama politi antara dua parti Melayu itu dan tetap kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat.

"PAS mesti terus dalam Pakatan Rakyat. Pakatan adalah keutamaan, Pakatan sebagai wadah alternatif kepada BN. Fitnah, hasutan untuk memecahkan Pakatan Rakyat akan ditentang keras Pemuda PAS," katanya.

Mengulas penolakan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap usaha muzakarah, Salahuddin berkata "itu pendirian beliau" dan penolakan menteri besar itu dalam konteks perkongsian kuasa.

"Itu pendirian dia. Dan saya yakin dia bercakap dalam konteks muzakarah itu ke arah perkongsian kuasa. Itu saya yakin dia maksud begitu, sebab rakyat di bawah sana agak terkeliru tetapi rakyat faham muzakarah itu adalah perkongsian kuasa buat masa ini.

"Itu mungkin Tok Guru Nik Aziz mengambil sikap dia tidak setuju buat masa ini adanya muzakarah antara PAS dan Umno.

Faham peranan masing-masing

Ditanya sama ada pendirian Pemuda itu dipersetujui oleh pimpinan di peringkat pusat, beliau berkata "pendiriannya jelas" dan "tidak kisah kalau pemimpin tidak setuju".

Ditanya sama perbincangan isu perpaduan Melayu dan Islam akan menjejaskan hubungan dengan DAP, beliau berkata:

"DAP juga berhak berjumpa dengan sesiapa sahaja. Hatta kita melihat sampai tahap bekas pimpinan Gerakan mengetuai beberapa syarikat kerajaan negeri. Di selangor juga, saya difahamkan bekas ahli parlimen Segambut daripada Gerakan juga bersama DAP.

"Saya rasa itu tidak mengikat kita dan masing-masing faham peranan masing-masing," katanya selepas sidang media tersebut yang diadakan di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

"Mereka juga ada dasar dan pendekatan mereka. Kita ada dasar dan pendekatan kita. Untuk membincangkan masa depan orang Melayu, agama Islam (dalam keadaan) yang Umno sekarang masih lagi menjadi teras kekuasaan, apa masalahnya untuk PAS mengadakan perbincangannya telus, bukan pakatan sulit," tambahnya.

Bagaimanapun, ketika menjawab soalan pemberita, beliau berkata, muzakarah PAS dan Umno sukar menjadi kenyataan kerana "stigma di kalangan ahli-ahli PAS di peringkat bawah" yang mengaitkan muzakarah itu dengan perkongsian kuasa.

MUZAKARAH: AHLI PAS UGUT DEMO - MALAYSIAKINI


Tidak cukup dengan perbahasan di internet dan sesama sendiri pro dan kontra muzakarah PAS-Umno, sekumpulan ahli PAS mengugut mengadakan demonstrasi membantah kerjasama dua parti itu, lusa. Dalam sebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ahli dan penyokong PAS mulai semalam, perhimpunan itu dirancang diadakan di depan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut selepas solat Jumaat.

Demonstrasi itu dinyatakan sebagai menunjukkan "sokongan kepada mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menentang kerjasama Umno-PAS." Bagaimanapun usaha Malaysiakini sejak semalam belum berjaya menghubungi pihak yang bertanggungjawab menganjurkannya.Beberapa sumber menyatakan, perhimpunan itu mahu dilihat sebagai "usaha spontan ahli-ahli akar umbi" menyatakan sikap terhadap usaha dialog yang diketuai oleh timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dengan dukungan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selepas sidang media menyatakan
pendirian rasmi Dewan Pemuda PAS berhubung isu muzakarah dan perkongsian kuasa Umno-PAS, ketuanya Salahuddin Ayub menyifatkan sebaran SMS itu "khabar angin" dan maklumat itu "tidak betul." Sumber-sumber itu bagaimanapun menyatakan keputusan sama ada meneruskan perhimpunan itu, atau sebaliknya, bergantung keputusan Majlis Syura Ulama PAS petang ini.

Menurut blog rasmi mingguan Siasah, pertemuan selama sejam di kediaman rasmi menteri besar Kelantan melibatkan tujuh daripada 13 anggota anggota majlis itu, termasuk Abdul Hadi dan Nasharuddin (foto kiri).

Selain itu, timbalan mursyidul am Datuk Harun Din, ketua Dewan Ulama PAS Datuk Muhammad Daud dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman turut hadir di mesyuarat bermula jam 4 petang.Pertemuan ringkas itu bertujuan membincangkan kekeliruan berhubung pertemuan sulit antara pemimpin tertinggi PAS dengan Umno yang diwakili presidennya sendiri dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Dalam sidang media selepas mesyuarat di Kota Bharu, menurut akhbar itu lagi, barisan pemimpin atasan PAS menegaskan "tidak pernah berbangkit parti itu hendak bergabung atau berkongsi kuasa dengan Umno", malah bersedia kekal dalam Pakatan Rakyat.Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi dan Dr Harun (foto bawah) dilaporkan sepakat menyatakan PAS tetap komited dengan kerjasamanya bersama PKR dan DAP."Apa yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PAS adalah bersemuka (muqabalah) dengan para pemimpin Umno untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat," laporan blog itu dipetik.

Beberapa pemimpin kanan PAS menghadapi kesukaran menjelaskan kepada ahli dan penyokong parti apabila Abdullah mendedahkan beliau sendiri terlibat dalam tiga pertemuan dengan PAS. Laporan-laporan media kemudiannya menyebut usaha PAS mendekati Umno termasuklah rundingan tentang kerajaan campuran di Selangor dan pengagihan jawatan penting negeri, beberapa hari selepas pilihanraya umum 8 Mac. Dihubungi Malaysiakini selepas keputusan majlis syura, sumber-sumber yang dekat dengan usaha menganjurkan perhimpunan itu, menyatakan kemungkinan meneruskannya Jumaat ini.Sumber-sumber itu malah mendakwa "Nik Abdul Aziz telah diberikan maklumat yang salah" tentang pertemuan PAS dan Umno.

Sementara sumber-sumber yang dekat dengan media PAS pula membuat andaian keputusan majlis syura hari ini boleh meredakan kekecewaan penyokong dan ahli parti.Nik Abdul Aziz, yang juga menteri besar Kelantan, baru-baru ini dilaporkan menggesa muzakarah dengan Umno dihentikan kerana ia akan memecah-belahkan PAS.

Beliau dilaporkan berkata PAS dibimbangi akan menjadi seperti kera sumbang, manakala di kiri kanan pula kena marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin Umno. Kelmarian, Nik Abdul Aziz berkata, "apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga."Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.

"PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. "Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti."Itu perangkap namanya," katanya, lapor Harakahdaily.net

Rabu, 23 Julai 2008

TG NIK AZIZ RAIH ANUGERAH KEAMANAN NOBEL VERSI ASIA

Oleh remboe

Tahniah buat TG Nik Aziz dengan pemberian anugerah daripada Gusi Peace Price Foundation yang beribu pejabat di Manila. Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun dan dikatakan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk mendapat anugerah yayasan itu.

Anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi , Insyaallah pada bulan November ini di Manila, Filipina.Menurutnya, TG Nik Aziz adalah tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.

Sebelum ini, anak Kelantan, Datuk Ismail Mohammad dianugerahkan pada 2006 menggantikan Tun Dr Mahathir yang dikatakan tidak boleh hadir untuk menerima anugerah itu pada tahun tersebut. Ini kerana peraturan yayasan mengatakan bahawa penerima anugerah hendaklah menghadirkan diri dan terima sendiri anugerah yang diberikan.Untuk tahun ini, sebanyak 1,490 orang tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah itu. Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi.

Sekali lagi, tahniah diucapkan buat TG Nik Aziz. Semoga dengan pemberian anugerah ini dapat membuka mata Malaysia secara amnya dan dunia, khasnya. Orangkita mengharapkan media arus perdana berbahasa Melayu dapat menyiarkan artikel anugerah yang diperolehi oleh TG Nik Aziz ini di dada akhbar mereka. Biar semua orang nilai sendiri ketokohan TG Nik Aziz ini.

Tolong jangan diamkan cerita begini wahai media arus perdana khasnya 'Utusan Meloya' dan 'Berita Hairan'.

Baca berita tentang ini
di sini.

ULAMA DAN PRAMUGARI

Sedikit renungan untuk dikongsi bersama
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu

kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja... .) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari,

bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

APA YANG SEDANG DIBUAT SAIFUL SEKARANG?

Oleh Dr. Buasir

Umum sudah mengetahui bagaimana saksi kes mahkamah biasanya akan diasuh untuk duduk di kandang saksi. Mereka akan diatur cara cakap dan bagaimana menghadapi serangan peguam ketika perbicaraan berlangsung. Para pendakwaraya serta pembantunya akan membentuk saksi laksana seorang peragawati untuk berjalan cara ‘catwalk’ bagi memakukan perhatian penonton. Di sini selain dari percakapan, malah emosi serta mimik muka juga akan dibentuk. Kekadang, pegawai atau peguam pendakwa akan memberi isyarat tertentu dalam mahkamah kepada saksi semasa disoal-jawab.

Ini suatu yang lumrah sahaja dan menjadi pengetahuan umum. Malah bagi mereka yang biasa berdampingan dalam kes-kes mahkamah, apa yang saya tulis ini merupakan makan pakai hari-harinya.

Kelmarin ada sidang akhbar yang dibuat oleh Keluarga Saiful bersama dengan peguamnya. Natijah dari sidang akhbar itu menekan akan pentingnya DS Anwar memberikan sampel DNA serta hujah bapanya betapa Saiful berkata benar dan tidak berbohong. Mereka setapak ke depan dengan memainkan sentiment Islam apabila mengatakan yang Saiful sanggup tampil ke hadapan untuk bersumpah di masjid secara Islam selepas siap laporan polis dengan bersaksikan para ulama.

Kehadiran peguam kepada Saiful serta bapa saudara nya yang kelihatan lembut itu, lebih kepada perbicaraan serta pembentukan persepsi pembaca di dada akhbar. Ditambah dengan komen-komen Pak Menteri serta sidang akhbar sebegitu diharap dapat menghasilkan tanggapan yang Anwar memang bersalah meliwat saluran tahi Saiful kerana keengganannya memberikan sampel DNA. Itu sahaja.

Persoalan kenapa saiful berada di bawah jagaan dan kawalan pihak polis dijawab lewa betapa ia perlu bagi menjaga keselamatannya. Nokhtakh. Gamaknya mereka takut Saiful menjadi sasaran pengikut Anwar!

Sebenarnya, itu lah jua yang pernah dilalui saksi pendakwa dalam tuduhan liwat tahun 1998 dahulu. Azizan, Umi Hafilda malah Tan Sri Musa Hasan turut melalui proses penghafalan skrip dan penjagaan tingkah laku agar bahasa badan seiringan dengan cerita yang nak dibohongkan.

Semasa proses tunjuk-cara (simulasi) atau mahkamah olok-olok memang la mudah dan enteng kerana ia melibatkan gerombolan haprak kesemuanya. Sang sarjan menjadi Hakim, Inpektor menjadi pendakwa serta pembela. Macam main masak-masak zaman kanak-kanak sahaja. Semuanya lancar dan meyakinkan. Namun pada hari perbicaraan lain pula ceritanya.

Dari pembacaan rekod lama, segala yang dirancang dan dihafal-hafal menjadi tunggang terbalik. Hari ini cakap lain, esoknya pula berputar 360 darjah. Malah lebih dahsyat selepas dua tiga soalan dari peguambela, kebenaran pun terserlah. Azizan yang terkenal dengan percakapan dolak-daliknya yang kunun diliwat 15 kali akhirnya mengaku ia tidak pun diliwat. Beliau mengaku dengan penuh sedar bahawa polis lah yang mengatur segala percakapannya. Malah KPN sekarang pun sehingga terpaksa mengaku yang ia akan patuh apa sahaja disuruh Tuannya si Rahim Nor hatta disuruh berbohong sekali pun. Ha, amacam? Itu kira pro tu, bagaimana agaknya Saiful Buasir nanti?!

Hanya ada satu alasan kenapa pihak polis bermati-matian mahu sungguh sampel DNA Anwar. Melaluinya mereka boleh ‘plant’ bahan bukti. Tak kira lah, samada seluar seroi Saiful ka, gumpalan tisu ka, mahupun kain tuala yang saiful lap air gatal peliwatnya. Kalau sekadar nak dibuat perbandingan bahan bukti yang ada dengan DNA tertuduh cukup dengan rekod pengkalan data Anwar yang lama, kes itu sudah pun boleh dibawa ke mahkamah! TETAPI mereka mahukan sampel baru untuk dibuat sebagai bahan bukti membelasah Anwar. Itu sahaja. Pada tahap ini mereka tidak ada apa-apa untuk menyokong dakwaan Saiful yang ia telah diliwat Anwar Ibrahim!!

Pemeriksan fizikal lubang bontot Saiful tidak laku sebagai hujah mengaitkan Anwar. Lubang bontot ada elastisiti, paling menonjol pun isi terusan anus terjengoi keluar. Tak mungkin ada tatu ‘Anwar was here’! tak mungkin. Mustahil juga ada kepingan air mani kering Anwar kat situ. Atau pun bulu rerambut kemaluan Anwar di situ. Peguambela goncang sikit saja kat mahkamah. Habis! Nak dapat apa sebagai bukti? Ia bukan macam 'ballistic test' pada senjata yang disyaki. Tak ada apa.

Jadinya, kekuatan di pihak polis dan pendakwaraya hanyalah cerita Saiful dan bahan bukti! Inilah yang menerangkan kenapa Saiful disimpan dan polis beria-ia mahu sampel DNA Anwar.

Terlajak menyebut betapa polis menyimpan Saiful, bukan lah sangat atas alasan keselamatan. Tak pernah ada mangsa liwat yang disimpan polis. Nada. Mereka sebenarnya bukan simpan, tetapi melatih ia menghafal maklumat peribadi yang ada pada badan Anwar. Segala rekod pemeriksaan kesihatan terkini Anwar yang sampai ke tangan polis akan dijadikan topik hafalan kepada saiful dan juga ubahsuaian dalam laporan polis serta pertuduhan nanti.

Bagaimana rupa paras 'anu' nya Anwar akan menjadi ratib harian Saiful. Bentuk, tahi lalat, dan sebagainya perihalan fizikal Anwar akan diingati dan dihafal. Berapa tegang senjata Anwar serta ukuran panjang dan ukur lilit akan ditanam dalam memori untuk perbicaraan kemudian hari.

Begitu lah perancangan manusia. Begitu lah juga yang dilalui semua sengkokolan dalam kes liwat 98 tatkala Tun Kepala Taik Mahathir menerajui negara. Namun perancangan Allah akhirnya menyerlahkan kemakaran mereka sehingga laporan perbicaraan dalam mahkamah menjadi bahan ketawa. Rakyat akhirnya melihat bukan Anwar yang dibicarakan, tetapi rejim Mahathir dan sekongkolannya.

Kita menjangkakan situasi yang sama bakal berulang. Untuk menutup satu pembohongan, pasti tercipta sembilan lagi pembohongan. Apabila datang kebenaran yang bathil pasti menghilang. Biar pun pelbagai cara dan mehnah yang mereka rancang serta lakukan, yang Hak pasti akan unggul dan bertakhta di atas persada.

Kalau TS Musa Hassan pun terkucil, apa lagi lah Saiful Buasir. Kalau Azizan pun mengaku ia disuruh polis membuat cerita palsu, apakah Saiful tak akan bercelaru? Tambahan pula kita tahu yang keputusan akademik nya yang begitu lemah semasa di Uniten. Tunggulah tatkala 9 peguam akan membelasahnya.

Tak sabar la pulak!

Dr Buasir

Nota kaki:
Kalau bukan kerana Mahkamah Kangaroo 'Linggam', tentu sahaja Anwar dibebaskan pada perbicaraan itu kerana banyak saksi berbohong dan mengada-adakan cerita dengan sekongkolan polis dan pihak pendakwaraya.

BAIKI V6 2 KALI RM 50 000, BPR MESTI SIASAT


Oleh : CTkay's

Kenyataan MB Terengganu Dato' Ahmad Said ketika memberi alasan kewajaran kerajaan negeri membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri .

Beliau memberi alasan kononya kos penyelenggaraan kereta Perdana V6 yang hanya baru berusia 4 tahun( dibeli 2004) sangat tinggi.Ahmad berkata "Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang," katanya.

Kalau betul kes 4 tahun sampai RM50,000 kos selenggara, ini sangat kes terpencil.Ini juga sesustu yang amat pelik,kerana 4 tahun menggunakan kereta tersebut kos penyelenggaraanya mencecah separuh harga asal kereta tersebut.

Benarkah kos setinggi itu?Kenyataan yang dikelurkan oleh Ahmad Said ini sekaligus mencemarkan jenama proton V6 itu sendiri serta meninbulkan persepsi yang tidak baik rakyat Malaysia terhadap kereta Nasional ini.

Perlu rasanya satu lapuran BPR dibuat bagi menyiasat kos selenggaraan V6 yang digunakan oleh YB Toh Chin Yaw.BPR perlu menyiasat dimanakah penyelengaraan dibuat, bila ianya dibuat, apakah kerosakan dan apakah kompenan yang ditukar.

Oleh kerana MB sendiri yang membuat kenyataan tersebut, maka ianya telah melahirkan satu keinginan bagi rakyat untuk mengetahui lebih lanjut.
Selepas disiasat oleh BPR, elok lah MB sendiri pula mengelurakan ciri-ciri terperinci penyelenggaran yang bernilai RM50,000 tersebut.

Songel- Sebuah sahaja yang dubaiki dengan kos RM50,000.Tapi Ahmad Said tukar sehingga 14 buah kereta.

Ingat-ingatlah....

MUZAKARAH : UMNO PIPI TERSORONG-SORONG


Oleh : CTkay's


Terlalu banyak sehari dua ini mengulas isu muzakarah PAS dan Umno, malahan ramai yang nampak seolah-olah ada percanggahan antara Pimpinan tertinggi PAS.


Ada juga yang membuat telahan kononya PAS akan bergabung dengan Umno.Setelah diamati tulisan dan kenyataan tadi, langsung pada saya tiada sedikitpun kenyataan dari pimpinan untuk bergabung dengan Umno, malah Presiden PAS secara jelas menyebutkan bahawa PAS Kekal bersama Pakatan


Isu ini tercetus hasil dari wawancara Presiden PAS bersama Harakah yang menyatakan PAS bersedia untuk menemuai Umno demi kepentingan Islam.


Dalam wawancara tersebut antara lain Presiden PAS menjawab soalan begini:


S ;Maknanya benarlah dakwaan adanya pertemuan tersebut?J:Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka.


Disudut ini kita melihat sangat ketara persamaan antara Jawapan Presiden dan kenyataan Mursyidul Am PAS.Tiada sebarang percanggahan pada masa itu.


Suasana menjadi sangat kalut apabila Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa sudah 3 kali pertemuan diadakan dengan pimpinan PAS tanpa kehadiran Mursidul Am.


Disini jelas menunjukkan bahawa Abdullah Badawi telah cuba memasang perangkap untuk memecahbelahkan PAS.Kenyataan beliau sangat tidak jujur.Sehinggakan akhbar Berita Harian pada hari ini(21.7.2008) menyatakan antara individu yang membuat pertemuan dengan PM itu dipercayai Presiden PAS sendiri, sedangkan hakikat sebenar Presiden sendiri tidak terlibat dalam pertemuan tersebut.Pada hari yang sama juga Presiden telah membuat kenyataan Media megesahkan pertemuan tersebut dan menjelaskan individu yang terlibat. Hari ini juga TV3 melalui Buletin utamanya telah menyiarkan Kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am PAS yang menegaskan agar isu muzakarah tersebut dihentikan.


Umum mungkin melihat ada percanggah antara Kedua-dua pimpinan PAS ini,namum apabila diamati semula kenyataan tersebut melalui harakahdaily jelas menunjukkan ianya tiada percanggahan, Tuan Guru Mursyidul Am meminta supaya hal ini dibawa berbincang melalui muktamar PAS dan Tuan Guru Presiden Juga melalui akhbar Siasah ( Sabtu 19.7.2008) menjelaskan perkara tersebut mestilah dibincang melalui muktamar.


Ini bermakna amat mustahil Muzakarah ini akan berlaku dalam masa terdekat. Disudut politiknya bagi saya, sekarang PAS berada didalam keadaan yang sangat mahal, pertemuan sebelum ini dan muzakarah yang ditimbulkan oleh PM itu akhirnya terasuk kemuka beliau sendiri, dengan niat untuk memecahkan PAS beliau membuat kenyataan itu, malah kini ayuh kita lihat Umno itu sendiri seolah-olah pipi tersorong-sorang.


Isu Muzakarah tidaklah sebesar mana, namum begitu Abdullah Badawi telah cuba menggunakannya untuk mengalih isu-isu yang lebih besar, termasuk pemiliahan Umno yang akan berlangsung nanti.Bagi PAS sememangnya semenjak dulu lagi sentiasa mengajak Umno bermuzakarah, namum sebelum ini tidak pernah disahut oleh Umno.Malahan sejarah debat Isu kafir-mengkafir 1984 telah dibatalkan oleh umno melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu.


Bagi pengikut PAS marilah kita bertenang, usah terperangkap dalam isu ini, seperti kata Tuan Guru Mursyidul Am PAS" Kalau kita berpecah, umno akan gembira".Seterusnya Tuan Guru Mursyidul Am,menyarankan agar isu ini dihentikan(Melihat ketidak ikhlasnya Umno dlm isu ini.)


Marilah kita bermunajat dan berserah kepada Allah.


Ingatlah Muzakarah(berbincang, berdebat) tidak semestinya PAS menyertai atau bergabung dengan Umno.


Matlamat kita hanya satu menjaga Islam.


Yakinlah dengan kedua-dua pimpinan utama kita, Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden.


Marilah sama-sama kita mendengar penjelasan Timbalan Presiden disini dan disini
Ingat-ingatlah