March 24, 2011

meraih cinta yg 1 =]

Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah SWT. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti?betol ke? 
 " Tidak, cinta kepada-Nya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. "

Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:

Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. "Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Ali 'Imran: 31)
Dari Abu Hurairah RA katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya  yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "
(Riwayat Bukhari)
Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :
" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "

Al-Quran
Kita boleh buat perkara sunat yg dpt mendekatkan diri kpd Allah SWT dgn kita baca Al-Quran, dgr dgn penuh tumpuan :D

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
( Surah Yunus: 57)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari akhirat kelak. "
Bukti DicintaiNya
Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya..
1-Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.
2-Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT,  jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.

3-Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.

"Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintaiNya?"
Asy-Syaukaani berpendapat :
" Allah SWT memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan. "

Siapa Bertakhta Di Hati ?
Firman Allah SWT :

قُلْ إِنْ كَانَ أبَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: " Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusan-Nya ". Dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. "
(At-Taubah: 24)
Rasa cinta kpd Allah SWT pasti akn membuahkan rasa cinta kepada teman hidup dan keluarga.. Cinta insani itu adlh buah drpd cinta kepada Allah SWT..
Tiada ketaatan kpd makhluk dlm perkara maksiat kpd Pencipta.. Allah Al-Khaliq. Harta adalah ujian.. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yg akn menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yg sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azab-Nya.. hee nasihat utk diri sndri J


March 19, 2011

praise ^_^


Bismillahirrahmanirrahim…

First of all, saying Alhamdulillah wa syukrulillah~ u know what, feel so harder and harde to opened the tab IIUM portal, grrr mmg mgji kesabaran kot, well da ngaji agama taw cgt2lah ASSOBRU MINAL IMAN hik3 then take a time for a few day..ak tgu nye lame lh alahai nenek kebayan kot jln nyot nyet aduh dari 17 march until today bru leh na on, da r bfre tu asyik2 REFRESH owh..tidak cek ta larat tgu g, hilang sbaq cek..g pn mymOm bising buka wireless lme cgt, heee :D

family 
Then, bile mymom and mydad g msjid, hehe ape lgi ENJOY on9 hahak..sje gtai lh tgan maka bukaklah MyIIUM then trOS laju..wah! bangga jdi ank IIUM semua laju+cepat+tangkas, mmg hebat..arhh then ati kecut sedut sendat suda~ na tgOk chekadout I pya rezup, mummy oh tidak sgup ku na ttap wjah2 itu~
                                                                                     Sekali tgok grrr..    

dahsyat!!!
   Kali kedua tgOk, wah!


:)
see how to appreciated the things that given by Allah is so priceless 4 us

smiling to everyone
Kali ketiga tgOk masyaAllah…takbir!

sentiasa bersyukur dgn nikmat kurniaanNya~
Lailahaillah lailahaillah J hanya Tuhan sja thu bgaimana perasaanku :D

Then bile mymom and mydad suda pulang dari masjidun~ I pn ngegeh la ckit2 kt tpi dOwg, “sbenarnyer..result adik da kua hri khmis lalu hee :D (dlm ati, tkot na bg tgok n gtaw result coz t msti ta sbar2 na twu i pya result)” mymom: hah! Lpas tu cmna? Oke?pass?ta trOk? Hmm mom, relax lu..i said Alhamdulillah pass~ mydad: bpe pointer nyer?trun kew naek? Err…heee(xley gtaw korg, maluw) alaa abah, yg PENTING pass..hik3 mymom and dad: iyelh Alhamdulillah, pass nyerr..then usaha lgi, jgn lpa byak kn doa n study jgn la layan cgt FACEBOOK tuh, merapu jew..  bLOGger bley er hee J err nah mek~ kna sedebOq kah3 baek, anakanda menurut perintah bonda dan ayhanda J

without them, we're not perfect

I love mydad and mymom a lot, thank you 4 all the hard work you’ve given me so that I can be the person I am today, without you I’ll be a nobody..




March 3, 2011

friend♥ship


Err..ta tw na cite pew benOrnyer..haha den bengong ptg na nuleh kejadah semua nit, tp den giler2 beruntung de kawe cm demo tuh, bak kata owg den buley er ngam~ hik3 den bukan apo gk, den syg demo mcm den syg diri den lah jugk!!! Tp cdey jugk lah, smlm den ‘hang out’ 2owg jo..hoho meh la tlg simpati samo den, ngeh3 :’(
adet & mek tan
tiyok :'(
Last nite~ err..den kuar gn mek tan sowg je kot ngeee..adet tad k, still dok kt unisza dya tuh wee, cdey den indu gilak J tp xpew..den ttap syg demo dua olwez..smlm, den gilak2 kuar gn mek tan g men bowling, men 2 game..huhu 1st game win gk er, meh 2nd game gerenti kalah grr~ hahak! Ade ke ptot gatai tgan nie, p curik bola budk2 sbelah hik3 mak aiii berat giler babun~ then elok je na golek2 g depan tup adoyai weee bola jatuh kot blkg kut kah3, mek tan jaat ckit gelak kt ak grrr sbor jew hahak seb bek owg ta tgok, lau x maluwww hehe ops! Di cnie, kitowg lupe na snap hik3 well, dok gelak guling2 kt geng sndri xdan eh..na wtpa kah3

Setelah sejam berlalu, mek tan ajk g karOk suda~ wee, 2nd den g ctu, bru na karok jugk lah hehe SATU jam RM18, kami pn msuk err..adOh memang giler2 karOk er..hbes b’poloh2 lagu(erk..moong ja) hehe memang best!!! Agi best, lau adet ade huhu miss u dearry :’( then hbes ler berejam2 kt ctu, kami ta lapa (kitowg On Diet) hik3 gedix kan..dok dlm gelap tuh pn, kitowg still na b’snap2 hehe well giler kemere ler katakan!
jom karok~


hek3

da nme pn ber’KAROK gerenti dahaga cgt2 ma..’cyg, jom p mnom apa mau?’ ‘orait babe’ kami g mne lagi, of COSH lah ‘’Pak hEnAn” a.k.a pak hainan~ J twu kitowg order pew? Gerenti 3 layer tea kitowg cibai babe~ sedap nget ngot..
cdap ngee~
Syg adet J
Miss u already..huhu t kta hangout lgi orait

hehe candit syg~
Syg mek tan J
Nti kta hangout 3 owg oky deary

gigit smp lumat ngee~
Da asar, tgu pew g, balikkkk!!! Mybapak suda bising, and her mother pn da bising jugk~ well, ank dara kn ne buley kuaq lme2 hehe anyway kitowg enjoy+missing u adet= kitowg na uat lg, but nxtyme when u here bebeh :D 
 love u  tan + missing u adet

sy syg kwn sy :)

kenapa Allah temukan kita dgn orang yg salah..

Memang sakit bila cinta   yg kita dambakan itu tidak dihargai oleh kaum Adam mahupun kaum Hawa, apatah lagi kita dibuang begitu saja..tapi itulah juga petanda baik utk kita dan masa hadapan :)

1. memang Allah sengaja menemukan kita dgn org yg salah supaya apabila kita  bertemu dgn jodoh yg sebenar, masih ada syukur kita pada ketentuanNya.

2.  memang Allah sengaja menemukan kita dgn org yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3.  memang Allah sengaja menemukan kita dgn org yg salah supaya kita sedar bahawa kita makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT.

4.  memang Allah sengaja menemukan kita dgn org yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG yg terbaik, khas utk diri kita.

5.  memang Allah sengaja menemukan kita dgn org yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH maha Pemurah & Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg terbaik utk kita dan kehidupan masa depan.

6.  memang Allah sengaja menemukan kita dgn org yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tidak dapat semua orang berpeluang utk mendalaminya.

7. memang Allah sengaja menemukan kita dgn org yg salah supaya kita menjadi MANUSIA yg HEBAT jiwanya.

8.  memang Allah sengaja menemukan kita dgn org yg salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yg terBAIK hanya ada bersama ALLAH.


*bersabarlah wahai HATI, kerana engkau akan sering diuji dgn ALLAH*

بسم الله الرحمن الرحيم


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu.
:)
 Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ?
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan
aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku
 karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. 



Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain.
 Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan,
tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu.
Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu.
Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu.
 Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan
hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu
pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga
ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
dialah putera yg soleh :)
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini
serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati,
insyaAllah ku redha ketetapan Illahi…

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini!

ia satu pernikahan ;) JOM KAWEN ngeee~

January 19, 2011

KERANA dikau wahai bunga...~

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

kerana CINTA:
Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah...
  
"ya RABBI...selamatkan diriku daripada godaan syaitan..."

TO LOVE SOMEONE IS NOTHING,
TO BE LOVED BY SOMEONE IS SOMETHING,
TO BE LOVED BY SOMEONE YOU LOVE IS EXCITING,BUT....
TO BE LOVED BY ALLAH IS EVERYTHING!!!


Oleh itu,sucinkanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
 Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
 Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
 dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu..."