Hari ini aku free..duk fikir2 apa nak buat terus ambik photo2 comel anakku terus edit...
Sunday, March 6, 2011
Monday, February 7, 2011
Bila anakku ketawa...
Hari ini anakku Ilyana Arisya sudah hampir 10 bulan lebih usianya. Saat beginilah sangat seronok bermain-main dengannya..apatah lagi bila melihat dia ketawa besar...terserlah 3 batang giginya yang baru tumbuh itu.
Dengan 2 batang di bawah dan 1 batang di atas sudah cukup untuk menambah kecomelannya.
Bukan itu sahaja dia juga sudah pandai meminta apa yang orang dewasa makan.
Arisya juga sudah mula menyusur di tepi sofa dan bertatih jalan.
Si comel aku ini sentiasa tidak mengecewakan bila berposing
Ini pula gambar sewaktu di Jusco Bukit Indah
Melemparkan senyuman manisnya
Thursday, January 13, 2011
Aidil ke sekolah
Lama dah tak update blog ni...maklumlah kesibukan atas urusan harian.
Hari ini, sudah 2 minggu anakku Aidil bersekolah. Dalam usia yang belum mencecah 4 tahun genap, dia gembira sangat untuk ke sekolah, jadi kami masukkan dia ke sekolah Tadika Indah Ria, Taman Universiti.
Aidil begitu bersemangat dengan pakaian sekolahnya
Setiap pagi aku menghantar dia ke sekolah bersama kawannya si Syasha yang berumur setahun lebih tua darinya. Alhamdullillah sekarang Aidil dah tak menangis lagi di kelas walaupun hari ke-2 dan ke-3 dia melalak bila masuk kelas, biasalah tu baru-barulah katakan...hehehe
Tapi seperti kebiasaannya botol susu berisi milo sudah menjadi kemestian sebelum ke sekolah.
Sunday, November 14, 2010
Ceria Selepas Chicken Pox
Alhamdulillah setelah hampir sebulan Arisya dan Aidil kena chicken fox, kini mereka sudah sembuh sepenuhnya. Kesian melihat keadaan mereka yang masih kecil ditimpa chicken fox tapi itulah dugaan yang diberi kepada kami. Namun aku bersyukur tidak kelihatan kesan parut chicken fox yang ketara di wajah mereka walaupun agar besar di bahagian dada dan perut Arisya.
Wajah ceria Aidil dan Arisya
Kini Arisya berumur 7 bulan lebih
Aidil pula semakin petah bercakap dan kuat merajuk. Emmm sukar juga nak pujuk si Aidil ni bila dah merajuk...
Inilah wajah Aidil bila merajuk..ish ish sih..anak papa ni..
Setelah berjaya dipujuk..ehmm baru nak tgk ke kamera...
Arisya tersenyum manis sekali...sejuk mata
memandangnya..
Semuga keceriaan sentiasa menemani kami sepanjang masa..tunggu untuk post yang berikutnya.
Wajah ceria Aidil dan Arisya
Kini Arisya berumur 7 bulan lebih
Aidil pula semakin petah bercakap dan kuat merajuk. Emmm sukar juga nak pujuk si Aidil ni bila dah merajuk...
Inilah wajah Aidil bila merajuk..ish ish sih..anak papa ni..
Setelah berjaya dipujuk..ehmm baru nak tgk ke kamera...
Arisya tersenyum manis sekali...sejuk mata
memandangnya..
Semuga keceriaan sentiasa menemani kami sepanjang masa..tunggu untuk post yang berikutnya.
Friday, September 24, 2010
Bila Sicilik Berposing
Monday, August 23, 2010
Muhammad Aidil
Friday, August 13, 2010
Nur Ilyana Arisya
NUR ILYANA ARISYA di lahirkan pada 23 hb Mac 2010 jam 3.30 ptg
Dengan berat dilahirkan 3.2kg, sekarang dan pada hari ini si comelku mencapai 6.5kg dalam umurnya 4 bulan setengah .
Subscribe to:
Posts (Atom)