Khamis, 17 November 2011

PENDIDIKAN ISLAM ( AKIDAH ) TAHUN 2

TAJUK : BERIMAN KEPADA RASUL ( 25 RASUL )



Beriman kepada rasul adalah :- 
  • Merupakan rukun iman yang keempat.
  • Hukum beriman kepada rasul adalah wajib kepada setiap orang Islam yang mentaati perintah Allah.
  • Setiap rasul adalah nabi tetapi bukan semua nabi itu rasul.
  • Rasul adalah orang-orang yang telah dipilih oleh Allah swt. untuk menerima wahyu dariNya untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia agar dijadikan pedoman hidup demi memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
  • Setiap orang yang beriman wajib mentaati segala perintah Rasul dan menjadikan Al-Quran & Al-Sunnah sebagai panduan hidup di dunia dan akhirat.
  • Setiap umat Islam wajib menghayati sirah Rasulullah saw dan rasul sebelumnya dengan menjadikan mereka sebagai contoh teladan.
  • Terdapat 25 orang rasul yang wajib diketahui.
  • Setiap muslim wajib mempercayai kesemua 25 orang rasul.
  • Umat Islam tidak boleh beriman kepada sebahagian rasul sahaja kerana semua rasul membawa risalah tauhid yang satu dan saling melengkapi sejak nabi Adam a.s hinga Nabi Muhammad saw berdasarkan ; Surah al-Baqarah ayat 285;
  • Maksudnya :  Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". 
  • Tugas para rasul Allah ialah menyampaikan wahyu yang mereka terima dari Allah swt. kepada umatnya.  
  •  Tugas ini sungguh sangat berat, mendapatkan tentangan, penghinaan, bahkan siksaan daripada umat manusia. Allah swt. juga memberikan keistimewaan yang luar biasa iaitu mukjizat kepada para rasul.

 Tugas-tugas Rasul
  1. Menyampaikan wahyu Allah swt .
  2. Membimbing manusia mengenal Allah dan membersihkan hati daripada perkara syirik.
  3.  Menjadi teladan kepada umat manusia dalam segenap lapangan hidup. 
  4. Mengajar manusia cara beribadat dan menjalani kehidupan berlandaskan syariat Allah swt. 

SIFAT-SIFAT WAJIB BAGI RASUL 

1.SIDDIQ (BENAR)

Rasul mempunyai sifat benar dalam perkataan dan perbuatan kerana mereka diutuskan untuk menyampaikan kebenaran.

Firman Allah swt; Ali Imran ayat 161;
Maksudnya;

Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).



2.AMANAH (JUJUR)

Rasul mempunyai sifat jujur dan bertanggungjawab dalam menjalalankan tugas dakwah agar manusia memperhambakan diri kepada Allah;

Firman Allah swt; As-Syuara ayat 143;
Maksudnya;

"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.



3.TABLIGH (MENYAMPAIKAN)
Rasul bertugas menyampaikan segala perintah Allah swt dan risalah Islam kepada semua lapisan masyarakat. Mereka tetap melaksanakan tugas ini walaupun berhadapan dengan tentangan hebat dari musuh.

Firman Allah swt; al-Maidah ayat 99;
Maksudnya;
Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja; dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

4.FATANAH (BIJAKSANA)

Sifat bijaksana yang dimiliki oleh Rasul membolehkan mereka menyusun strategi dakwah dengan berkesan disamping dapat mematahkan hujjah orang musyrikin.

Firman Allah swt; An-Nahl ayat 125;
Maksudnya;
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik…..


  SIFAT MUSTAHIL BAGI RASUL
1.KAZZAB (DUSTA)


-Rasul tidak berdusta.

-Semua perkara yang dissampaikan adalah benar.

-Allah tidak akan melantiknya sebagai rasul jika ia pendusta.

-Umat Islam tidak akan mengetahui kebenaran ajaran Islam.

 
2.KHIANAT (PECAH AMANAH)

-Rasul tidak khianat terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

-Islam dapat berkembang pesat keseluruh dunia.

-Allah tidak akan melantiknya sebagai rasul jika ia khianat.

-Allah tidak menyuruh hambanya mempercayai mereka.


3.KITMANUN (MENYEMBUNYIKAN)

-Rasul tidak menyembunyikan perkara yang diperintahkan kepadanya.

-Semua disampaikan dengan penuh ikhlas.

-Kita dapat mengetahui isi kandungan Al-Quran dan syariat Islamiah.

4.BALADAH (BODOH)

-Rasul tidak bodoh.

-Sekiranya mereka bodoh sudah tentu mereka tidak dapat melaksanakan amanah yang berat dengan cemerlang



SIFAT HARUS  BAGI RASUL


1.BASYARIYATUN (SIFAT YANG ADA PADA MANUSIA BIASA)
  • Rasul manusia biasa.
  • Mereka mempunyai sifat yang dimiliki oleh manusia seperti makan, minum, tidur, berjalan beristeri, penat, sakit yang tidak menjejaskan martabat nubuwatun (kenabian). 
  •  Mereka menanggung kesusahan.
  •  Tiada sifat yang boleh menjatuhkan martabat mereka sebagai seorang rasul seperti gila dan sebagainya.


Khamis, 10 November 2011

NAMA - NAMA RASUL


Nama-nama 25 orang rasul yang wajib kita ketahui ialah :- 


1. Nabi Adam a.s
2. Nabi Idris a.s
3. Nabi Nuh a.s
4. Nabi Hud a.s
5. Nabi Salleh a.s
6. Nabi Ibrahim a.s
7. Nabi Luth a.s
8. Nabi Ismail a.s
9. Nabi Ishak a.s
10. Nabi Yaakub a.s
11. Nabi Yussuf a.s
12. Nabi Ayyub a.s
13. Nabi Syuaib a.s
14. Nabi Musa a.s
15. Nabi Harun a.s
16. Nabi zulkifli a.s
17. Nabi Daud a.s
18. Nabi Sulaiman a.s                       
19. Nabi Ilyas a.s
20. Nabi Ilyasa a.s
21. Nabi Yunus a.s
22. Nabi Zakariya a.s
23. Nabi Yahya a.s
24. Nabi Isa a.s
25. Nabi Muhammad s.a.w

-Jom kita dengar dendangan lagu 25 Rasul dari kumpulan Raihan.

Ashsholaatu Alannabbi
Wassalaamu Alarrosul
Walambiyaail Mursaliin
Kulluhummukromun

Selawat Keatas Nabi
Sejahtera Keatas Rosul
Nabi – Nabi Yang Diutuskan
Mereka Semua Adalah Mulia

Adam, Idris ,Nuh, Hud, Sholeh, Ibrahim, Luth, Ismail
Isqak, Yaqub, Yusuf, Ayub
Syuaib, Musa, Harun, Dzulqifli
Daud, Shulaiman, Ilyas, Ilyasa
Yunus, Zakaria, Yahya, Isa

Wal Aakhiru Khotimul Ambiyaa
Muhammad Al Musthofaa

Selawat Keatas Nabi, Sejahtera Keatas Rasul
Nabi – Nabi Yang Diutuskan, Mereka Semua Adalah Mulia