Monday, April 12, 2021

Logo Rasmi SK Kampung Kebuaw, Dalat

 


Logo rasmi SK Kampung Kebuaw, Dalat.
Apa yang berbeza dengan logo yang lama? Perkataan SIBU pada logo ditukar ke DALAT.
Moga gambar logo rasmi ini bermanfaat buat semua.

Friday, April 9, 2021

Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster Sempena Musim PKPB

 

 

 

 

 

 


KERTAS KONSEP

 

 

PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER SEMPENA MUSIM

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

 

 

 

 

ANJURAN:

PENOLONG KANAN KURIKULUM, SK KAMPUNG KEBUAW

PENGELOLA:

PENOLONG KANAN KURIKULUM, SK KAMPUNG KEBUAW

 

 

 

 

 

 

 

1.0        RASIONAL

SK Kampung Kebuaw telah membuat perubahan dalam pelaksanaan pertandingan-pertandingan mengikut kesesuaian semasa selaras dengan panduan yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan karnival ini diharap dapat memperkembangkan bakat murid secara holistik dengan meningkatkan pelibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti pembangunan bakat murid. Pertandingan-pertandingan yang akan diadakan ini berfokuskan kemahiran murid secara individu. Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menghasilkan projek atau karya individu.

 

2.0        OBJEKTIF AKTIVITI

2.1        Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan murid

sekolah; 

2.2        Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran pembelajaran teknologi

maklumat

2.3        Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti kurikulum.

 

3.0        PELAKSANAAN AKTIVITI

Satu pertandingan mewarna poster untuk tahap 1 dan melukis poster tahap 2 akan dilaksanakan untuk peringkat sekolah bagi Tahun 2021. 

 

4.0        PERTANDINGAN DITAWARKAN:

Berikut merupakan pertandingan-pertandingan yang akan ditawarkan kepada murid-murid:

i. Pertandingan Mewarna Poster Tahap 1

ii. Pertandingan Mewarna Poster Tahap 2

5.0        ASPEK PENILAIAN

Bil

Aspek Penilaian

Markah

A

Kekemasan

25

B

Tona warna

25

C

Latar belakang

20

D

Kreativiti

30

 

6.0        PEMENANG

             

6.1        Setiap Kategori

6.1.1     Johan                  :              Hadiah dan Sijil Pencapaian

6.1.2     Naib Johan         :              Hadiah dan Sijil Pencapaian

6.1.3     Ke-Tiga               :               Hadiah dan Sijil Pencapaian

 

7.0        GARIS MASA

Bil

Perkara

Tarikh

1

Hebahan kepada murid-murid

05 April – 09 April

2

Penghantaran karya

14 April - 16 April

3

Penilaian karya

19 April – 30 April

4

Penyampaian hadiah

05 Mei 2021

 

8.0        PENUTUP

Pelaksanaan pertandingan ini akan memberi ruang dan peluang kepada murid untuk terus mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka. Penyertaan murid dalam pertandingan ini juga akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran tambahan.

 

Disediakan oleh,                                                                                               Disahkan oleh,

 

 

(ABDUL HAFIZ BIN MOHAMAD)                                            (MOHD HAFIZ FADHLULLAH)

 PENYELARAS PROGRAM,                                                           GURU BESAR,

PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER,            SK KAMPUNG KEBUAW.

SEMPENA PKPB,

SK KAMPUNG KEBUAW.


 

LAMPIRAN 1

BIL

PERIHAL BARANG

KUANTITI

ANGGARAN HARGA

JUMLAH HARGA

1

FILE (DOC HOLDER) 20599 TS8333 A4 ENVELOPE FOLDER

6

RM 2.80

RM 16.80

2

PUNCH 18606 UNICORN 2 HOLE PAPER PUNCH CP-30CX

6

RM 7.20

RM 43.20

3

PEN 11917 STAEDTLER ART 4354 06-9 BLACK

1

RM 1.80

RM 1.80

JUMLAH BESAR

RM 61.80

 

PERUNTUKAN DIKENAKAN          :  RM 61.90 YURAN KHAS SEKOLAH

 






Wednesday, March 10, 2021

Inisiatif #20: Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran Abad ke-21 SK Kampung Kebuaw

 

Cerita Testimoni / Inspirasi / Amalan Terbaik

Bermula dengan lawatan daripada pihak nazir, sekolah ini dipantau dengan pembudayaan amalan KBAT dalam pentadbiran dan pembelajaran. Lawatan itu tidak hanya memantau tetapi turut membantu penggerak sekolah ini untuk membudayakan amalan KBAT dalam pentadbiran dan pembelajaran dengan lebih meluas dan efektif.

   Rentetan daripada lawatan tersebut, sekolah ini diberi Penarafan KBAT dan diangkat menjadi sekolah mentor bagi sekolah-sekolah yang lain di daerah Dalat. Dengan ini satu program bersama dirancang dan dilaksanakan, iaitu Program Peluasan Sekolah Penarafan KBAT kepada Sekolah Mentee.

     Meskipun sekolah ini menjadi sekolah mentor, kami juga turut mengambil perkongsian daripada guru-guru yang lebih berpengalaman dalam lapangan pendidikan  bagi menambah baik pembudayaan KBAT dalam pentadbiran dan pembelajaran.

         Program yang dijalankan ini, menyaksikan 3 buah sekolah membentang plan strategik sekolah masing-masing yang menerapkan unsur KBAT dalam jurang, skop ataupun bidang tugas yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah baik dari sudut pentadbiran itu sendiri, kurikulum, pengurusan murid dan kokurikulum.

        Secara peribadi program ini membantu kami sekolah mentor dan mentee untuk sama-sama membuat penambahbaikan dalam menjayakan amalam pembudayaan KBAT dalam pendidikan secara umumnya, dan dalam pembelajaran secara khususnya.

        Bagi program Pentaksiran Kompetensi Literasi (PKL), sekolah diberi pilihan untuk melaksanakan PKL secara atas talian atau luar talian berdasarkan kesesuaian sekolah. Sekolah kami memilih untuk melaksanakannya secara atas talian. Satu cabaran buat kami apabila melaksanakan PKL atas sebab lokaliti sekolah kami yang terletak di kawasan pedalaman dan di tepi sungai menyukarkan kami mendapatkan capaian internet yang stabil.

         Berpegang kepada prinsip, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan, sesi PKL berjaya dilaksanakan. Jadual pelaksanaan dirangka; guru dan murid diberikan kumpulan pemantauan dan pelaksanaan program. Bagi memastikan pentaksiran dilaksanakan secara serentak dalam kumpulan murid, komputer riba guru-guru telah diguna pakai. Komputer riba yang dibekalkan kepada sekolah sebelum ini tidak dapat berfungsi dengan baik.

         Satu pengalaman yang menarik yang boleh dikongsikan, pelaksanaan PKL sekolah kami dilaksanakan di kawasan wharf sekolah, satu-satunya lokasi yang ada liputan internet yang stabil. Kumpulan guru dan murid perlu mengangkat meja dan kerusi ke kawasan wharf sekolah bagi memberi keselesaan kepada murid-murid menjawab pentaksiran.

Meskipun perjalanan masih jauh, semoga usaha dan langkah-langkah yang dibuat pada ketika ini menjadi laluan kepada kejayaan amalan pembudayaan KBAT dalam pembelajaran pada masa akan datang.      


-Nukilan #sirdancik 10 Mac 2021.
Terima kasih cik, yang banyak menyumbang.   











Sunday, April 17, 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KEBUAW, DALAT 2016

Nukilan yang lalu, 
Tidak kupadam mahupun diubah,
Walau kutahu,
Ada yang "kurang" perlu diubah.
Mohon ditegur andai ada yg silap.

Pemandangan SK Kampung Kebuaw dari dalam perahu (gambar 2015)

Kami (2015)
Cg Maryam-Kak Rogayah-Cg Juliza-Cg Ili-Ustajah Norlihasyikin-Cg Monalisna-Kak Norfaridah-Kak Norhayati-Cg Suhaila
Cg AHM-Cg Helmi-Cg Fauzi-Cg Nur Rehan-Cg Maxwell-Cg Zackwan-Cg Amir

ALAMAT SEKOLAH
*      SK. KAMPUNG KEBUAW, D/A. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DALAT, 96300 DALAT, SARAWAK.
*      KOD SEKOLAH: YBA3202
*      EMAIL: sk_kebuaw@yahoo.com
*      NO TEL: tiada
*      NO FAX: tiada


LOKASI
*      Pedalaman Daerah Dalat, Sarawak (diiktiraf sebagai Pedalaman 1(P1), penjawat awam yg bertugas akan menerima Elaun Khas Lokasi & Tahap Kesusahan)
*      Ditepi sungai Batang Igan, Sarawak
*      Dibawah naungan N.44 DUN Jemoreng


KAMPUNG KEBUAW
*      Di tepi sungai Batang Igan, Sarawak
*      Didiami penduduk berbangsa Melanau
*      Penduduk beragama Kristian & Islam (majoriti beragama Kristian)
*      Terdapat beberapa buah rumah penduduk kampung yang berjiran dengan SK Kampung Kebuaw
*      Rumah-rumah penduduk yang lain terletak di sepanjang/tepian Sungai Batang Igan
*      Terdapat sebuah Balai Raya Kampung Kebuaw terletak di sebelah SK Kampung Kebuaw
*      Bekalan elektrik mula dibekalkan pada penghujung tahun 2015 (sebelumnya menggunakan jenerator elektrik)
*      Bekalan air bersih belum dibekalkan (masih menggunakan tadahan air hujan & air sungai)


GAYA HIDUP
*      Bekerja sendiri (*dan lain-lain)
*      Menebang pokok rumbia (pokok sagu)
*      Nelayan
*      Petani

*      Agama
*      Majoriti: Kristian
*      Minoriti: Islam
*      Bangsa
*      Melanau (Etnik Bumiputra Sarawak)


KENDERAAN UTAMA
*      Kenderaan air: Bot Perahu Berenjin
*      *Kampung Kebuaw hanya dapat dihubungkan melalui jalan air

  
PERJALANAN KE KAMPUNG KEBUAW
*      Menggunakan bot ekpress daripada Bandar Sibu dan akan mengambil masa selama +/-3 jam untuk sampai ke Kampung Kebuaw (Tambang bot ekpress Sibu-Igan: RM25.00 –tambang tahun semasa:2016-)
*      Menggunakan bot perahu berenjin daripada Kampung Sungai Kut(Dalat) dan akan mengambil masa selama 15-20 minit untuk sampai ke Kampung Kebuaw (Tambang bot perahu berenjin Kampung Sungai Kut-Kampung Kebuaw: RM10-RM15-RM20)
*      Menggunakan bot ekpress daripada Kampung Igan-Sibu (akan mengambil masa +/- 30 minit, bot express akan lalu Kampung Kebuaw) (Tambang bot ekpress Igan-Sibu: RM10 –tambang tahun semasa:2016-)
*      Menggunakan bot perahu berenjin daripada Kampung Igan dan akan mengambil masa selama +/-45 minit untuk sampai ke Kampung Kebuaw (Tambang bot perahu berenjin: RM20-RM25-RM30)
*      Mengggunakan bot perahu berenjin daripada Pekan Dalat
*      *dalam perjalanan ke Kampung Kebuaw, jika berkesempatan akan terserempak golongan “Bujang Senang” berjemur di tepian sungai


JIRAN JAUH KAMPUNG KEBUAW
*      Kampung Sungai Ilas (Ke sebelah hilir Kampung Kebuaw) (ada sekolah)
*      Kampung Igan (Ke sebelah hilir Kampung Kebuaw) (ada sekolah)
*      Kampung Kebuaw letaknya di tengah-tengah (Lebih kurang)
*      Kampung Sungai Kut (Ke sebelah hulu Kampung Kebuaw) (ada sekolah)


SK KAMPUNG KEBUAW
*      Bangunan sekolah dibina daripada kayu
*      Titian kayu menghubungkan bangunan-bangunan sekolah
*      Tiada asrama,murid-murid akan menaiki bot (setiap hari) keluarga masing-masing untuk pergi ke sekolah
*     Terdapat beberapa(sebilangan kecil; 5 orang murid) orang murid yang tinggal(yang berumah) disebelah kawasan sekolah masih boleh berjalan kaki untuk ke sekolah


ENROLMEN 2016
*      14 orang guru (5 guru lelaki, 9 guru perempuan)
o   Guru Besar (En. Mohd Fauzi)
o   PK Pentadbiran (En. Maxwell)
o   PK HEM (Puan Nur Rehan)
o   PK KO (En. AHM)
o   Guru Prasekolah (Puan Monalisna)
o   Puan Nur Suhaila
o   Cik Juliza
o   Cik Maryam
o   Puan Ili Nur Nadiah
o   En. Zackwan Hazeq
o   En. Ahmad Amir Najmi
o   Ustazah Norlihasyikin
o   Cik Nur Baiti
o   Cik Cynthia
*      Staf sekolah
o   Kak Norhayati (Pembantu Tadbir)
o   Kak Rogayah (Pembantu Tadbir)
o   Kak Nor Faridah (Pembantu Pengurusan Murid/PPM)
*      Pekerja Pembersihan Swasta
o   En. Ahmad
o   Puan ____


ENROLMEN MURID 2016
*      Prasekolah (13 orang murid:6 lelaki 7 perempuan)
*      Tahun 1 (12 orang murid:6 lelaki 6 perempuan)
*      Tahun 2 (10 orang murid:6 lelaki 4 perempuan)
*      Tahun 3 (6 orang murid: 3 lelaki 3 perempuan)
*      Tahun 4 (8 orang murid: 5 lelaki 3 perempuan)
*      Tahun 5 (6 orang murid: 2 lelaki 4 perempuan)
*      Tahun 6 (13 orang murid: 6 lelaki 7 perempuan)
*      JUMLAH BESAR: 68 orang murid (34 murid lelaki & 34 murid perempuan)
*      Murid Islam: 6 Orang Murid (3 daripada tahun 5, 3 daripada prasekolah)
*      selebihnya murid beragama Kristian


PERSEKITARAN SK KAMPUNG KEBUAW
*      1 Pejabat Guru Besar & berkongsi dengan Pejabat Am
*      1 bilik guru
*      1 bilik pemulihan
*      6 bilik kelas (Darjah 1-6)
*      1 bangunan prasekolah
*      1 perpustakaan
*      1 bilik RMT (Rancangan Makanan Tambahan)
*      1 bangunan kecil tandas murid (murid lelaki & perempuan)
*      1 bangunan kecil bilik Kesihatan & Stor Kebersihan
*      1 bangunan stor Am
*      2 bangunan kecil (pondok) jaket keselamatan
*      1 bangunan Astaka Sekolah
o   1 bilik galeri sekolah
o   1 bilik stor kemahiran hidup
o   1 bilik stor alatan Pendidikan Jasmani
*      Padang sekolah
*      Gelanggang sepak takraw
*      3 bangunan kuarters guru
o   Bangunan kuarters Guru Besar & PK (3 bilik)
o   Bangunan kuarters kecil (Kuarters Bunga Raya & Kuarters Bunga Kemboja)
o   Bangunan kuarters ‘standard’ (Kuaters Bunga Melur & Kuarters Bunga Mawar)
*      1 bangunan enjin generator
*      2 bangunan kecil stor jaket
*      1 bangunan kecil stor khemah & kerusi plastik
*      4 pondok nipah (Teratak Ilmu: usaha PIBG sekolah)
*      1 anjung ilmu (ruang menunggu murid-murid & info sekolah: Pentadbiran, HEM, Ko-Kurikulum, Keselamatan, Kebersihan, Kesihatan, Bimbingan Kaunseling & Guru Penyayang, PIBG)
*      1 Botani Mini (usaha PIBG, dibina semula 2016)
*      1 pondok pengawal
*      1 jeti sekolah


KEMUDAHAN SEKOLAH
*      Bekalan Elektrik (Penjana Kuasa Jenerator @ Generator Set)
*      Bekalan Air (Air hujan, air bawah tanah & air sungai)
*      Wireless Sekolah (ada & berfungsi: mengikut keadaan)
*      Line Telefon (ada & ‘mobile data’ akan tangkap line ‘E’/ ‘G’ dalam kawasan sekolah, lebih ‘ok’ di jeti sekolah, boleh tangkap line H+/3G)


FAKTA MENARIK SK. KAMPUNG KEBUAW
*      Dibawah pemantauan(kawasan jagaan) POLIS MATU-DARO (KESELAMATAN)
*      Bernaung dibawah PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) DALAT (PENDIDIKAN)
*      Dibantu pihak Klinik Kesihatan KAMPUNG IGAN (KESIHATAN)

*      Kawasannya dibawah tampuk N.44 DUN JEMORENG (Jemoreng: Sebuah penempatan yang terletak dalam kawasan Matu-Daro)
*       Pekan Dalat merupakan pekan terdekat
*       Bandar Mukah bandar yang terdekat 
*       Bandar Sibu bandar yang akan dikunjungi untuk membeli-belah (khususnya utk persiapan perayaan)
*       Nama-nama murid yang unik
*       Menggunakan 'Bin/Binti' pada nama (tidak kira beragama Islam/Kristian)

Peta SK Kampung Kebuaw 2016

Pontun Baru


Jeti Sekolah

Tempat duduk di jeti

Pintu pagar sekolah

Visi & Misi sekolah

Pondok pengawal

Pemandangan selepas masuk pintu pagar

Gelanggang Sepak Takraw (dalam peta: Gelanggang Serbaguna)

Teratak Ilmu (pondok2 kecil yang mewakili sudut matapelajaran teras, yang menggunakan konsep tradisional)

Anjung Ilmu

Botani Mini

Kuarters Guru 1

Bilik Matematik

Bangunan Prasekolah

Kuarters Guru 2 & 3

Pusat Sumber

Bangunan Kelas Tahun 1 & Tahun 6

Bangunan RMT

Keadaan dalam bilik RMT (berkonsepkan meja makan Jepun)

Bilik Sakit

Blok Pentadbiran (Kelas Tahun 2, Kelas Tahun 5, Bilik Pemulihan, Bilik Guru, Pejabat Am & Bilik Guru Besar, Kelas Tahun 4, Kelas Tahun 3)

Stor Am (dibelakang tong hujan)

Tong air (mengepam & menapis air bawah tanah)

Padang Sekolah (Pemandangan dari depan Stor Am)

Kuarters Guru 4 & 5 (Kuarters Standard) - gambar diambil ketika air pasang

Keadaan di Jeti Sekolah sewaktu pulang tengahari

Wifi Sekolah SK_KEBUAW

13 orang murid- Kelas Tahun 6 2016 (Guru Kelas: Cg Amir, PGK: AHM)

Pemandangan matahari terbenam Kampung Kebuaw

Blog kuconteng berkongsi maklumat.